Oct 4, 2012

Happy 8th Birthday Haikal



Assalamualaikum :)

Cepat sungguh anak-anak membesar kan?

Tahun ni.. Haikal sudah pandai buat birthday counting. Seminggu sebelum birthday dia sudah sound awal-awal tentang 4 perkara.

1. Haikal mau kek yang ada karektor Cars
2. Haikal mau hadiah birthday Hotwheels
3. Haikal mau topi birthday
4. Haikal mau makanan nasi goreng yg mama masak


Cabaran Kek :
Sepatutnya aku sediakan lebih awal. Tapi sebab busy, aku terlupa pegi tempah. Bila mau menempah, terlewat la pula. Terpaksa pergi kedai kek sehari sebelum birthday utk buat tempahan. Sedang pilih-pilih design kek, Dyana pun mau kasi masuk Powerpuff Girl dalam design. Boleh? Bila kita cakap tidak payah, dia buat kuak kupu-kupu reverse style di lantai kedai berkenaan. Anak siapa la tu.. 

Sekali siap..

Haikai? Siapa Haikai?


Sila abaikan pisau samurai aku. Entah macamna pisau kek terhilang masa aku cuba sembunyikan sebab takut Dyana rasmi kek tu dulu. Pandai betul aku kasi sembunyi kan? Betul-betul hilang owh!


Cabaran Hadiah :
Haikal kalau bab hadiah langsung tidak cerewet. Kasi beli kereta mainan, 10 kali dia cakap terima kasih. Kalau tidak dikasi beli, dia cuma cakap "Tidak apalah.. nanti gaji baru kita beli."

4 tahun lalu, dia selalu cakap mo mainan kereta yg ada track. Sebab benda tu mahal, plus si mama ada sedikit kedekut (sedikit?) maka, tahun ni...

Hadiah utk Dyana terpaksa aku sediakan juga. Takut jeloss.. tapi yg murah punya. Kan aku sedikit kedekut.. :D


After 4 years.. Janji ditepati! Hehehe


Sepakat membawa berkat


Cabaran topi birthday :
Tiba-tiba last minute Haikal cakap tidak payah pakai topi birthday. Nasib baik aku belum beli.. :)


Cabaran menu :
Asalnya aku cadang mau makan di luar saja. Tapi Haikal cakap mo nasi goreng yg mama masak. Ini membuktikan.. *ehem* Hehehe

Anyway, memandangkan si Hakim sedikit meragam sebelum majlis bermula.. maka si bapa pun tapau KFC.

Sekian.

No comments:

Post a Comment