Oct 22, 2012

The King of All Kings


Assalamualaikum :)

Jumaat lepas, ambil budak-budak dari nursery. Tiba-tiba penjaga tu cakap..

"Dia ni (Hakim), kami panggil Raja Golek. Letak 5 minit, ampai-ampai sudah dia atas lantai. Padahal kami sudah sambung 2 tilam. Dia paling kecik, tapi dia la yg paling pandai bergolek-golek. Dulu masa diorang Haikal dengan Dyana, tidaklah sampai macamtu."

Hahaha.. untuk makluman, penjaga yg menjaga Haikal dari umur 6 bulan dulu adalah orang yg sama jaga Hakim sekarang. 

Hakim memang kuat bergolek. Letak tilam atas lantai, tinggalkan untuk masak nasi. Tup tup ampai-ampai atas lantai tanpa dipedulikan si abang dan si kakak. 

Masa tidur, katil akan diletakkan di penjuru bilik, sambil aku buat shape L untuk cover supaya dia tidak jatuh. Kalau aku mo buat kerja, aku letak bantal tinggi-tinggi macam buat kubu perang supaya si Hakim tidak terjatuh. Katil baby, kami sudah kemas. Hahahaha


 Raja Golek


 Sudah tergolek, diam-diam buat muka minta kesian..


Tidur.. Raja Golek Style!


  

No comments:

Post a Comment