Feb 27, 2012

Is it a boy or a girl?




Assalamualaikum :)

E'eh.. macam pernah ku dengar tajuk ini.. tapi di mana ya? Anyways, hari tu memang nekad betul mo pegi klinik swasta. Kononnya mo check jantina baby. Siap survey merata tempat lagi. Usually, certain people tidak mau ambil tau pasal jantina baby. Alah.. suprise la kunun. But in my case, bab suprise ni kurang sebati dalam hidup aku. Maklumlah, aku kan orang yang suka merancang. Kalau rancangan terlari sikit, macam tunggang langgang aku rasa hidup aku.

Honestly, most of the time rancangan aku banyak melibatkan aktiviti bershopping. Kalau namanya bershopping main general ni, aku kurang terer sikit. Semua idea pun terbantut. At least kalau sudah tau jantina, kita suda boleh prepare warna baju apa, corak baju apa dan paling penting sudah boleh plan mau kasi nama apa. Zaman dulu-dulu boleh la. Pilih nama ikut artis bagai. Tapi sekarang ni seboleh-boleh mau kasi nama anak yang ada maksud sikit.

Masa aku pregnantkan si Haikal dulu, seawal 7 bulan aku sudah tau apa jantina baby. Kebetulan la pula aku ada masalah plasenta di bawah. So, terus refer dengan doktor pakar. Paling best, dengan confidentnya aku beli barangan baby boy. Biru ja memanjang..


Bila pregnantkan Dyana pula, aku selalu berada dalam tanda tanya. Tidak tau jantina baby apa. Memandangkan Dyana tiada sebarang masalah, maka macam tiada keperluan la mau jumpa doktor pakar. Bila tanya doktor kerajaan, balik-balik cakap tidak tau. Sudahnya, sampai aku beranak baru aku tau aku dapat anak perempuan. Sepanjang bershopping, macam serba salah ja aku mau beli baju pink atau biru *macam ja itu ja color yang ada*. Balik-balik warna putih atau oren atau hijau atau coklat.

Masuk baby yang ketiga ni, aku sudah macam putus asa mau tanya doktor kerajaan. Takut diorang ada polisi tidak boleh kasitau jantina anak. Itu sebab aku beria-ia mau cari klinik swasta. Last-last plan tidak jadi. Doktor kerajaan sudah bagitau siap-siap jantina anak. I lap you lah doktor! Senang kerja aku. Boleh la aku start shopping lepas ni. Hehehe...

Apa yang penting, kalau kamu masi ingat kalendar cina yang aku uwar-uwarkan dulu (klik sini).. nampak gaya macam betul sekali lagi. Bravo!! Apapun, itu tidak semestinya betul 100%. So, kena berpada-pada juga shopping. Takut baju yang dibeli semua ala-ala boy, sekali yang keluar girl. Hahaha.. baru padan muka aku.


GDM kah aku?


Assalamualaikum :)

Semenjak aku 'disahkan' GDM, istilah pengidap kencing manis sejak mengandung ni.. maka banyaklah appointment2 yang telah ditetapkan. Paling best, semua appointment ni kena pergi. Yalah kan.. orang suda penat-penat book *walaupun kita tidak minta*, kita pula mau bermalas-malasan atau dalam kes aku bersibuk-sibukan.

Mari aku explain secara jelas dan terperinci *bagi aku la* kenapa aku rasa malas dan penat. Mungkin disebabkan berat badan yg naik mendadak masa mengandung, atau mungkin juga sebab aku memandai letak bapa aku pengidap kencing manis dalam buku perubatan aku. Most probably, kau kena suruh ambil ujian saringan atau dalam bahasa sainsnya MGTT.

Ujian MGTT ni senang ja secara teorinya. Puasa dari jam 10 malam, lepas tu esok pagi minum 1 paket air gula. Bukan paket kecil-kecil yang kamu jumpa di McDonald atau KFC tu ok.. malah jauh lebih besar dan lebih manis daripada biasa. Akun lagi aku makan coklat daripada minum gula. Lepas minum, kita disuruh beristirehat selama 2 jam. Bukan istirehat baring-baring sambil tengok tv, tapi kalau boleh duduk-duduk dan kurangkan bergerak sebab kununnya kita belum breakfast *tapi minum air putih dibenarkan*. Dalam tempoh 2 jam, aku sudah start palau-palau (pening), tapi aku minum banyak air sebab terasa segala gula tu masih menepek di kerongkong aku.

Lepas 2 jam, kena ambil darah dan sampel air kencing. Lepas tu pulanglah kamu dan bersarapanlah sepuas hati. Sebab aku risau dengan GDM ni, setelah beberapa hari aku pun google la info sana sini. Turn out, kadar gula dalam badan yang normal adalah 4-8 mmol/dl. Dalam kes aku, sebelum minum gula 4.3 mmol/dl tapi lepas minum gula zuuuppp naik mendadak ke 7.4 mmol/dl. Kalau ikutkan masih dalam tahap selamat walaupun sipi-sipi. Tapi agaknya sebab mo ambil langkah berjaga-jaga aku pun termasuklah dalam kelompok berjaya GDM.

Jadi satu hal mau jumpa doktor 2 minggu sekali. Kalau pandai kawal kadar gula la. Kalau terlalu campen *atau tidak dengar cakap*, maka doktor akan lebih sayang maka temujanji berjumpa doktor harus lebih kerap. Kira-kira seminggu sekali. Sehari sebelum jumpa doktor, kita harus berkenal-kenalan dengan Lab technician. 1 hari mau jumpa 4 kali untuk buat test BSP. Jangan tanya aku BSP tu singkatan bagi apa, sebab aku fail benda-benda perubatan ni. Apa yg penting, kena ambil sampel darah 4 kali (8.00 am, 11.30 am, 5.30 pm, 8.30 pm). Result terus dapat on the spot. Keputusan haruslah di antara 4-6 mmol/dl. Kalau lebih, maka dapatlah temujanji dgn doktor minggu depannya di samping taklimat ringkas di esok hari. Yeay!!

Disebabkan kelompok GDM ni, ambil BSP sama-sama maka nampak meriahlah suasana. Di samping berborak-borak pasal apa yang di makan serta comparing result *ala macam SPM dulu..*. Siapa dapat result cemerlang, kena puji-puji. Siapa dapat result tidak cemerlang kena gelak dalam hati. Hohoho..

First time buat BSP aku fail. 3 result cantik sekali last result 6.9. Maka, kesianlah aku. Lepas tu, baru cantik. Memanjang 4.++ mg/dl. Rasa bangga pun ada. Baru amalkan makanan sihat, berat aku terturun sikit. Susah mau turunkan berat badan time pregnant. Aku terberjaya la pula.

Lepas tu, aku kena kasi appointment untuk periksa mata. Aku pun kurang pasti apa signifikannya periksa mata. Tapi sebab malas mau argue, last friday aku jumpa juga. Harus diingat, lain kali kalau mau pergi ni test kena bawa geng yang pandai drive. Kalau tidak, terpaksa la drive dalam 40-50 km/j. Maklumlah mata tidak berapa terang. Ujian matanya senang ja. Titik ubat untuk kembangkan anak mata, lepas tu tunggu dalam 1-2 jam. Pandangan akan lebih kabur dari semasa ke semasa which is normal. Lepas tu, masuk jumpa pegawai perubatan dan ambil gambar anak mata. Siap! Bagi yang mengandung macam aku, result akan dapat serta merta dan keputusannya adalah normal. Yeay!!!! Terus aku rasa macam buang masa tunggu lama-lama untuk ambil test ni. Ciss!!

Tidak lama lagi aku kena jumpa Dietician pula. Aku pun tidak tau mo expect apa ceramah atau taklimat yang aku dapat. Tawakkal ja la.

Lepas tu kena jumpa doktor di Hospital Likas lagi. Pun kurang pasti kenapa mau pegi sana. Padahal cara periksanya sama saja pun.

Kesimpulannya, sungguhpun aku membebel-bebel cakap benda-benda ni buang masa tapi nampak gayanya ada kebaikan juga. Kenaikan berat badan dapat dikrontol *bak kata Haikal dan bukan typo* dengan jayanya. Horray!!!


Feb 19, 2012

Books : Ombak Rindu




Assalamualaikum :)

Fuh! Tarik napas kejap.. baru hari ni aku rasa aku free. Masuk kemarin, 15 hari berturut2 aku dtg opis termasuk hujung minggu. Mo cakap rajin tidaklah sangat. Cuma kebetulan jadual tu berturut2.

Actually, ada kawan baik hati meminjamkan buku ni. Lepas 2 hari, terus aku kasi pulang. Kenapakah? Tidak seronok? Kekeke.. sebab aku sudah siap baca. Ewah, bukan main lagi aku membaca bersungguh2. Selalu aku tidur jam 9 malam, bila baca buku tu jam 11 malam baru aku masuk tidur.

Selalunya, bila sudah tengok movie, sure aku tidak berminat mo baca buku. Kunun2 paham suda la tu. Tapi disebabkan banyak ura2 mengatakan cerita dalam buku mmg berlainan dari movie, maka aku pun mengutarakan hasrat mo baca. Nasib ja si kawan ada beli buku.

All and all, mmg lain. Baru baca 2-3 lembar sudah aku rasa macam lain. Bila baca sampai habis, lagilah lain. Mo cakap cerita tu ada persamaan, paling2 pun dlm 15%. Aku rasa la. Selebihnya mmg lain. Apapun, tidak la aku kisah sangat. Namapun wayang, mesti ditayangkan 2 jam. Buku mo kasi abis baca pun 2 hari. So, agak2 la kan?

Pagi ni, laki aku tengok movie Ombak Rindu di rumah. Maklumlah hari tu jual mahal tidak mo kasi teman. Tau2, lepas abis cerita 'hujan' la pula dalam rumah aku ni (tapi bukan aku). Kalau la aku bawa dia tengok Ombak Rindu hari tu mesti aku malu kan? Melebih2 lagi banjir laki aku dari aku.. kekekeke.


Feb 13, 2012

Penat

Assalamualaikum :)

Masuk kerja hari ni macam kurang semangat. 2 hari lepas sibuk aku ber'OT' mcm orang bujang. Hujung2 minggu orang rehat santai, aku bekerja gigih kunun. Apa la yg aku buat? Cuba menyiapkan kerja2 sepantas kilat.

Maklumlah, due beranak dijangka awal Mei. Lepas tu cuti 3 bulan. 3 bulan tu klu datang kerja, macam2 aku boleh buat. Habis, takkan la aku mo tulis dalam SKT projek tahun ni beranak kan? At least ada la beberapa projek yg dpt diselesaikan dlm tempoh setengah tahun.

Kira ok juga la kerja hujung minggu ni. Kurang gangguan2 antarabangsa. Fokus semacam sja. Yang kurang bestnya, keadaan rumah jadi tunggang langgang. Haish...


Books : Final Hour


Assalamualaikum :)

Siapa sangka kan? Aku pun tidak sangka! Akhirnya aku berjaya juga menghabiskan masa membaca buku cerita yg sudah berapa kali di renew ni. Terima kasihlah, klinik kesihatan. Kalau bukan sebab aku rasa bosan main tunggu2 di klinik ni, sure aku tidak terbaca punya.

Apa pendapat aku tentang cerita ni? Quite ok la. Not too bad. Tapi ok la. Banyak misteri sikit. My kind of story. Most of the time, bila kita rasa mcm kita boleh agak jalan cerita ni.. TET!! Back to zero. Cuma aku macam mudah lost bila terlalu banyak nama yg involved. Confuse la kunun.

Nah, aku bagi sinopsis.. *aku ambil sinopsis ni dari cover belakang buku *

FBI Special Agent Jennifer Bennet is an African-American success story. On the biggest case of her young career, she's teamed up with Sean Alexander, a volatile agent who put himself on the extended leave of absence after he couldn't stop a terrorist from blowing up a school. Now, his demons of self-doubt could send both of their careers up in smoke...

The kidnapping of a politician's son has forced Sean back into action. The act is chillingly personal, with a ransom note meant to be understood only by him. Though Jennifer has no wish to see her career derailed by the mistakes of a burnt-out agent, she soon discovers that Sean is not the man she thinks he is. Brilliant and handsome, he earns more than her respect. And Jennifer finds herself by his side when they confront a killer who will come close to destroying him - from the inside out...



1) Dark Harbour - by Stuart Woods
2) Final Hour - by Tracey Tillis
3) Broken - by Karin Slaughther
4) The Scent of Rain dan Lightning - by Nancy Pickard
5) Death Gets A Time-Out - by Ayelet Waldman


Feb 10, 2012

Ole Ole from France



Assalamualaikum :)

Don't worry. I'm not the one who came back from a day trip to France. However, if I do going to France I definitely will make a big fuss about it. Not in any time sooner though ;).

My big brother just came back form France. Atas urusan kerja selama 3 minggu if I'm not mistaken. He is so damn lucky kan? So, he bought us a few things from France.


Nike shirt for hubby


When my hubby saw this, dia tanya.. "Dia tulis apa?". Macamlah aku tau apa maksud dia kan? I'm not the one who just came back from France. Jadi kalau mau tau.. mengikut wiki "Rouge et noir" bermaksud red and black. Owh!!! Patutlah colornya macam tu...



'Tas tangan' Longchamp *as my brother exact word* folded


Tas tangan Longchamp unfolded


Bila abang aku cakap dia belikan 'tas tangan' Longchamp *soo old fashion kan? tas tangan.. hehehe*, I thought.. mesti bida (tidak cantik). Since, dia ni sangat tidak berdaya saing dalam bidang memilih barang perempuan. Tapi, bila 'tas tangan' tu sampai.. ihik.. ihik.. it's my favorite color! Sesuai dgn taste aku yg simple dan casual. Cuma.. *ayat org tidak pandai bersyukur* tidak banyak poket. Biasalah, org yg 'organized' mcm aku ni perlukan banyak partition dan banyak poket or else aku akan jadi sangat serabut. All and all.. I LIKE jugalah!! Benda free klu inda LIKE, memang cari nahas.


Keychain yg ada landmark France.



and of course utk koleksi hobi baru..


Feb 9, 2012

Finally..


Assalamualaikum :)

Akhirnya.. aku tidak perlu lagi bersusah payah kursus membungkus lamban setiap pagi dan petang. Ini kerana..


Kukunya telah tercabut!!





YESS!!!!!


5 Words Baby Use

Assalamualaikum :)

Lepas kena share dalam FB, terus aku semangat mo kasi masuk dlm blog. Tujuan? Untuk eksperimen dan kegunaan di masa depan *klu la eksperimen berjaya*..

Sangat menarik. Kepada ibu2 muda *atau ibu yg tidak berapa muda tapi belum tau* mari kita cuba try test. Tengok adakah ia membantu dalam 3 bulan yg pertama selepas baby lahir.





Anak siapa bah ni?



Sebelah kiri No. 13


Assalamualaikum :)

Beberapa hari yg lalu, laki aku sibuk mo tengok perlawanan kelayakan Pra-Olimpik 2012 antara Malaysia dan Bahrain. Sungguhpun keputusannya tidak begitu mengejutkan bagi aku *tengok saiz org Bahrain pun suda boleh agak.. Malaysia kalah 2-1*, tapi yg paling mengejutkan aku bila laki aku cakap penjaring gol Malaysia, orang Labuan.

Biar betul?! Soalan pertama yg keluar dari mulut aku.. "Anak siapa bah tu?!" Macamlah aku tinggal ampai2 di Labuan selama puluhan tahun. Tapi bagi aku soalan tu memang soalan famous. Kalau org cakap dia org Labuan, soalan itu automatik terkeluar. Dengan harapan, kalau anak tidak kenal, mesti kita kenal bapa atau mamanya. Biasalah, besar mana ja pun Labuan tu. Pusing2 balik2 org yg sama juga kita jumpa. Kalau tidak kenal nama pun, sekurang2nya kenal muka.

Pagi ni baru berkesempatan mo google pemain dari Labuan ni. Last2 jumpa nama dia Ahmad Hazwan Bakri. Cek di wiki utk confirmation org Labuan atau bukan, lepas tu google gambar *dgn harapan aku kenal la player ni.. ceh! mana ada..*. Tengok nama bapa dia pun aku tidak kenal. Banyak betul nama Bakri di Labuan tu.. hehehe

Apapun, aku ikut bangga la. Sekecil2 Labuan tu, tais liur *berselera* jua KL mo buat scouting.


Feb 8, 2012

Lesson of Life : Jual Ikan

Assalamualaikum :)

Masa aku budak2 dulu disebabkan hidup yg agak susah *aku rasa la sebab aku tidak pula rasa susah sangat*, mama aku memang bekerja keras mencari sesuap nasi *nasi zaman dulu mahal woo*. Selain menjahit, mama aku sibuk buat kuih, jeruk atau kerepek pisang. Sampai aku rasa mama aku ni kerja non-stop back-to-back lah!

Bapa aku pula macam selalu out-station *biasalah kelasi kapal*. Tapi bila dia di rumah, bapa aku selalu pasang bubu di laut. Hasil tangkapan ikan akan dibawa pulang dan dipilih2. Lepas audition, ikan akan diikat rapi dan dibahagikan kepada 2 bahagian utk dijual. Bahagian yg paling banyak, diberikan pada abang aku manakala yg sikit diberikan pada aku dan adik aku. Masa tu kami baru 3 beradik.

Memandangkan abang aku ada basikal, aku pun kurang pasti laluan mana yg dia ambil tapi selalunya ikan dia yg cepat habis. Aku dgn adik aku pergi together-gether melenggang kangkung ke kawasan rumah berhampiran sambil bertolak2an sebab tidak tau mau cakap apa sama tuan rumah.Tapi selalunya jualan kami habis jugalah. Mungkin juga atas dasar kesian atau apa.

Kami tidaklah menjual ikan all out mcm Siti Nurhaliza jual kuih. Sambil2 teriak2 "Ikan.. ikan.." *version Siti : kuih.. kuih..* Agak2 kalau kami buat macam tu, lama sudah kami jadi superstar! Hahaha..

Bila difikir2kan balik, klu budak2 sekarang kau suruh jual macam2, belum tentu lagi diorang mau. Malu kunun.. klu mau pun mesti mo kasi elaun. Jadi kenapa kami buat juga walaupun malu dan tiada elaun? Aku pun tidak tau. Bukan pun kita ada benda penting mo buat selain bermain 24 jam kan?

Apa yg aku dapat dari pengalaman jual ikan? Berkenalan dgn jiran tetangga kali.. hehehe. Apa yg penting, kami adik beradik sempat juga berjasa membantu ibu bapa masa hidup susah. Tidak bolehlah mama aku cakap kami adik-beradik tidak pernah hidup susah.. *adik lelaki aku selalu kena ni* hehehe..




Feb 7, 2012

Ikan Rebus dan Kerabu Peria



Assalamualaikum :)

Menjelang ujian BSP aku pada hari ni, menu makan malam harus lebih.. well SIHAT.



Menu 1 : Ikan Rebus

Kalau mengikut orang kedayan, kalau tidak pandai masak ikan rebus, bagus terjun laut sajalah. Kononnya, masakan ni adalah mandatori utk dipelajari. So, resepinya.

5 ekor ikan kerisi (saiz sederhana)
1 biji tomato
1/2 inci halia
2 batang serai
1 biji lada hidup
6 keping asam (aku punya asam saiz xs)
Garam dan serbuk perasa

Cara :

Tumbuk apa yg boleh ditumbuk serta campakkan semua bahan yg ada. Tunggu sampai mendidih dan siap untuk dihidang.


Menu 2 : Kerabu Peria

Entah kenapa, sungguhpun aku suka makan ini kira first attempt aku utk buat sendiri. Aku cuma ingat2 bahan yg mama aku sebutkan suatu masa dulu.

1/2 biji peria (dihiris dan diramas dgn garam)
Sedikit udang kering (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
Sedikit cili api (dihiris)
Sebiji limau
Sos ikan

Cara :

Masukkan semua bahan. Perahkan limau dan masukkan sos ikan mengikut selera. Siap utk dihidang.


Gambar menu yg ke-3 tu actually bukan utk aku. Hubby kena cirit-birit beberapa hari yg lalu dan asyik mau makan bubur nasi kosong sja. Utk kasi up sedikit selera si kawan, maka aku masakkan Sambal Ubi Kentang dgn Ikan Bilis. Selesai juga 2 mangkuk.. hahahaha.


Rearrange




Assalamualaikum :)

After a while *about a month after new year*, my work station look like this!





Apakah yg telah berlaku??

Aku perlu susun atur semula jadual dan work station aku.

Clearly, it's not helping dalam meningkatkan produktiviti kerja.
Not helping AT ALL.

And it's FEBRUARY.
Definitely NOT a good sign.


Feb 3, 2012

Books : Dark Harbour



Assalamualaikum :)

Siapa sangkakan? Buku ni mmg aku sudah baca niat mo kasi pulang pegi library Isnin lalu. Sibuk punya pasal, perjalanan ke library pun rasa mcm berliku2 walaupun hanya sekangkang kera *mgkn byk kera la mo pakai*.

Disebabkan masa aku banyak dihabiskan menunggu giliran di klinik, akhirnya buku ni la jadi peneman aku di kala boring.

Mula2 asal baca ja, last2 abis juga aku baca semalam. Kira rekod la tu, habis baca dalam 3 hari. Al-maksood? Buku ini sangat best!

Since dalam buku ni tidak ada sebarang sinopsis di cover, maka pembacaan kita agak misteri la. Rupanya dalam buku tu ada sinopsis. Aku saja yg buat2 tidak nampak.

Stone Barrington hasn't heard from his cousin Dick Stone in years. Then an otherwise pleasant meal at Elaine's is interrupted by the CIA with news of Dick's death - Apparently by his own hand. It seems that Dick Stone, a quiet family man who doubled as a CIA agent, methodically executed his wife, daughter, and himself - or did he? Appointed executor of Dick's will, Stone must settle the estate and - with the help of his ex-partner Dino and friend Holly Barker - piece together the elusive facts of his cousin's life and death as a CIA operative. At every step, Stone knows he is being watched by Dick's family - and one of them just may be the killer...

Walaupun cerita ni agak best, dalam erti kata lain "A page-turner", tapi ada beberapa part yg aku kurang berkenan. Antaranya,

1) Tidak dinyatakan dengan jelas kenapa si pembunuh perlu membunuh Dick dan seorang lagi bekas ejen Don Brown.

2) Ending cerita ni agak biasa saja. Aku pun sudah boleh agak siapa pembunuh di tengah2 pembacaan. Terlalu obvious. Tapi still bersemangat juga mo baca sampai di abis sebab mau tau motif. Tapi apa yg kau dapat? Hampeh!! Hehe


1) Dark Harbour - by Stuart Woods
2) Broken - by Karin Slaughther
3) The Scent of Rain dan Lightning - by Nancy Pickard
4) Death Gets A Time-Out - by Ayelet Waldman


Sup Ayam

Assalamualaikum :)

Hohoho.. gambar makanan saja mo kasi tunjuk.

Semalam, aku tiba2 teringin mo makan sup ayam. Laki aku pun laju ja angguk bila aku cakap mo masak sup ayam.

Cara masaknya simple sebab aku suka masak express. Anak2 aku tiada kesabaran mo tunggu masakan yg fancy2, tapi punyalah lama mo masak.

Bahan2nya:

Isi ayam [potong kecil]
Kentang [potong kecil]
Tomato [potong kecil]
Halia [hiris]
Bawang besar [hiris kasar]
Bawang putih [tumbuk]
Bawang merah [tumbuk]
Lada putih
Garam
Serbuk perasa
Minyak [utk menumis]

Cara2nya :

1) Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
2) Masukkan air.
3) Masukkan kentang dan bawang besar.
4) Bila kentang sudah empuk, masukkan ayam dan tomato.
5) Masukkan garam, serbuk perasa dan lada putih.
6) Tunggu sampai mendidih.

Sedia utk dihidang!


Saja ja aku letak resepi2 ni. Just in case nnti berpantang, boleh la laki aku belajar masak.. hahahaha..


*kasi hias sama daun bawang klu rajin*




Sup Sayur Bebola Ikan

Assalamualaikum :)

Sejak aku kena 'jaga makan' ni, menu makan malam di rumah harus dikawal. Tapi menu haruslah bersesuaian dgn si kecil sebab kita pun tidak mau diorg jadi kurus sebab si mama kena kawal makan.

Memandangkan Haikal dan Dyana suka makan fishball, maka aku bercadang utk buat sup fishball. Bagi memudahkan kerja aku, maka aku campak sayur sekali dalam sup tu. Hehehe kunun2 menu 2 in 1. Satu menu tapi complete.. :)

Resepi aku tidak se'fancy' mana sebab aku tiada masa utk beli pelbagai ingredients atau tidak punya ruang utk letak semua bahan2 mentah yg hanya dipakai sekali sekala.

Fishball
Sawi
Tomato
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Lada putih
Garam
Serbuk perasa
Minyak utk menumis

Perasan aku tidak letak sukatan? Aku assume kamu tau la mo letak berapa banyak yg kamu suka. Hehehe *style mama aku bagi resepi, semua main agak*

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai wangi.
2) Masukkan air.
3) Masukkan fishball, sawi dan tomato. Tunggu hingga mendidih.
4) Masukkan lada putih, garam dan serbuk perasa.

Siap utk dihidang!





Pelanggan Tetap Koperasi


Assalamualaikum :)

Usually, aku akan sediakan bekalan makanan dan minuman utk waktu persekolahan *konon senangla tak payah runsing dia pandai guna duit atau tidak*. Sampailah satu ketika, terjadi satu insiden. Si mama yg pandai ni, lupa masukkan buku latihan Bahasa Melayu ke dalam beg.

Dijadikan cerita, balik dari sekolah Haikal mula membebel. Kononnya, cikgu kasi dia duit RM1 utk dia beli buku latihan di koperasi. Atas rasa bersalah *atau malu*, esoknya aku bagi Haikal duit RM1 utk dibagi kepada si Cikgu *tapi Haikal cakap cikgu tidak mau*.

Bermula dari insiden itu, sebelum ke sekolah aku akan cuba selitkan RM1 utk tujuan 'emergency'. Tapi herannya, setiap kali tu la duit tu akan lesap konon sebab dia shopping di koperasi utk beli pemadam. Penuh pencil box dia dgn pemadam.

Sebagai seorg ibu, atas rasa tanggungjawab aku pun selalu la membebel kononnya tindakannya akan menjadikan si penjual koperasi lebih kaya.

Pagi ni, aku tanya Haikal..

Aku : Haikal mo mama bagi duit ka hari ni?
Haikal : Tidak payahlah..
Aku : Kenapa?
Haikal : Nanti klu mama kasi duit Haikal kasi belanja sampai habis.
Aku : Betul ni? Kalau mau mama kasi.
Haikal : Tidak payahlah. Mama simpan la itu duit..


*Betapa BANGGAnya aku di saat ini!*

Feb 1, 2012

I'm declaring WAR


..against SUGAR!

Assalamualaikum :)

Last Friday, aku ambil ujian kencing manis. Telah termaktub dalam latar belakang keluarga aku, ada pengidap kencing manis tidak kisahla sebelah ibu mahupun sebelah bapa. Memandangkan aku terselamat dari ujian ni tahun 2008 (aku pun kurang pasti macamna aku boleh terskip ujian kencing manis tu), tahun ni nampaknya aku kurang bernasib baik.

Seperti biasa, upacara puasa dijalankan bermula dari jam 10 mlm sebelum ujian diambil esok hari. Tepat jam 8.00 pg, aku kena suruh bagi urine dan blood sample. Tidak lama kemudian, aku kena suruh minum air gula. Utk makluman air bawa sendiri ahh.. jgn bawa air oren, sirap, sarsi segala. Sukuplah dgn air kusung.

Masuk dalam satu bilik khas, 5 paket bersusun cantik mcm dalam iklan. Memandangkan air gula tu kena bancuh sendiri, aku mula tertanya2.. takkan la mo minum semua sekali. Ada jg yg ampai2 nanti mabuk minum gula. Nasib baik ada encik abang sedang borak2 di sana. Terus tanya mo minum berapa paket. Sambil senyum2 dia cakap "satu ja".. manalah aku tau. Hehehe

Lepas minum gula, kena suruh rehat tapi tidak boleh makan. Kena tunggu jam 10 pg utk ambil urine & blood sample semula. Minum air kosong ja la liau.. Lepas bagi segala sample yg diperlukan, aku boleh balik. Keputusan diorg akan maklumkan kemudian.

Isnin baru2 ni aku dapat call dari klinik. Kandungan gula dalam darah macam ada sedikit tinggi. Dalam erti kata lain.. kira kencing manis la tu. DAMN!! Sangatlah tidak best. So, diorang suggest supaya aku datang secepat mungkin utk menjalani satu ujian khas. Aku cakap esok baru aku datang.

Kemarin aku datang mencari nurse yg call aku tu utk ambil borang. Terus pergi lab. Kali ni tiada istilah kencing dalam cawan. Main cucuk2 ja. Puasa seperti biasa, jam 10 mlm sebelum tu (sudah kena maklumkan nurse yg call). Jam 8.30 pg ambil sampel darah. Lepas tu boleh sarapan. Jam 9.30 pg puasa lagi, jam 11.30 pagi ambil darah lagi. Lepas tu makan lagi. Jam 3.30 ptg puasa lagi, jam 5.30 ptg ambil darah lagi. Lepas tu aku makan lagi. Jam 6.30 ptg puasa lagi, jam 8.30 mlm ambil darah lagi. Terasa diri ini macam bahan kajian.. huhu

Segala keputusan ujian perlu diserahkan kepada doktor pada keesokan hari. Ertinya, aku ada temujanji dgn doktor hari ini. Mula2 doktor cakap, aku kena jumpa dia setiap minggu. Sehari sebelum jumpa dia, aku kena ambil test seperti mana yg aku ambil kemarin. Maka si doktor pun explain la dgn lebih jelas.

Ibu mengandung yg ada kencing manis ni perlu kontrol cara pemakanan. Tapi itu, boleh aturkan dgn pakar diet nanti. Tujuan jumpa doktor 1 minggu sekali, supaya diorg boleh monitor keadaan baby. Normally, klu si ibu ada kencing manis saiz si baby akan lebih besar. Terutama bahagian bahu. Diorang takut nanti beranak kepala keluar, tapi bahu terpaksa diPATAHkan sebab terlalu besar.

Ok, sungguhpun aku ni bukan peminat diet yg tegar tapi klu sampai mo patahkan bahu baby yg baru lahir... bah baiklah.. BRING IT ON. Klu ko suruh aku makan sup sayur 24 jam pun aku sanggup. *Aku actually masih pelik, kenapa mo patahkan bahu baby? Kenapa tidak operate saja?*

Since tarikh aku jumpa perunding diet pada 22/2/2012, maka si doktor menasihatkan..

1) Kurangkan makan karbohidrat atau minuman manis.
- Done! Aku minum air kosong saja lepas ni. Perlu bawa bekalan dlm handbag sentiasa just in case tempat makan tiada jual air kosong.

2) Jangan makan biskut manis.
- Done! Lepas ni aku stok banyak2 roti mayat. *tidak la byk sgt tp cukup utk cover lapar*

3) Jangan minum 3 in 1.
- Done! Lepas ni, aku tapuk (sembunyi) semua 3 in 1 di opis. Kalau tidak pun aku buat lelong.. *banyak woo aku punya stok 3 in 1*.

4) Jangan makan buah.
- Ala doc.. jangan la mcm ni. Sekarang kan musim buah.. huhuhu tapi sebab aku masih mendapat vision bahu baby terpaksa dipatahkan.. maka aku bersetuju sajalah. Abisla anak aku kali ni berliur2.. *dgn mamanya sekali*.

Tidak cukup dgn jumpa doktor seminggu sekali *klu result ujian ada bagus bleh jd 2 minggu sekali*, plus berklinik seperti biasa.. aku kena jumpa pakar diet pula. Paling best, aku terus kena suruh cek mata. Apakah maksud? Klu dlm keadaan sekarang ni, hampir hari2 aku ampai2 di klinik bagus aku sewa quarters klinik ja.

Maklumat lain, aku mmg kena beranak tepat pd masanya. Klu blum rasa mo beranak pun, terpaksa kena induce. Klu terberanak awal, kira bagus la.

Kesimpulannya, dalam tempoh mengandung ni kena la aku mengalah. Klu mo melantak berabis, terpaksa tunggu abis beranak..