May 29, 2011

Movie : Kung Fu Panda 2 [2011]





Last Friday, Haikal sudah mula cuti. Bagi meraikan 'Hari Merdeka' Haikal, aku berniat mo bawa dia tengok wayang. Memandangkan laki aku sibuk training bowling, maka tinggal la aku membawa 2 orang kanak2 riang ni tengok wayang. Nasib baik last2 minit, adik aku mo join sekali. Punyalah leegaaaaa!

Sampai panggung saja, si Dyana suda 'pengsan'. Si Haikal sibuk mo ambil gambar. Masuk dalam panggung, aku rasa kami ada lambat sikit sebab wayang sudah pun bermula..

The first 20 minutes, semua org dlm panggung including my brother suda start ketawa kuat2. Time tu aku masih malas mo ketawa. Mungkin sebab aku rasa lawaknya biasa2 saja. After 30 minutes, I joined the crowd. Ketawa bila lucu, say "owh..." bila sedih.

All and all, aku rasa Kung Fu Panda 2 is the best. It might took me a while untuk 'panas', but it actually worth it. Dyana somehow woke up 30 minutes before the movie end. Tidak kesahlah.. apa yg penting dia duduk diam2 mcm org betul2 tengok movie.

The synopsis - Po, the Dragon Warrior sibuk menyelamatkan dunia bersama the famous 5, dia entah macamna ternampak satu simbol yang mengingatkan tentang ibubapa dia yg sebenar. Simbol tersebut akhirnya membawa Po bertemu dgn Shen yang dikatakan punca kenapa ibubapa Po meninggalkan dia.

Ada banyak part lucu yg aku suka dalam movie ni. Tapi part yg paling aku tidak suka, aku rasa mcm movie ni pendek sangat. Tidak sampai pun 1 jam 30 minit.

Of course there are some parts yg agak mengarut. Terutama sekali di awal kemuculan Shen yg penuh bergaya dgn kung fu yg high class. Shen is actually a peacock. Bila Shen bersuara.. alamak!! Jantan rupanya! Hahaha padan muka aku. Aku ingat klu suda cantik mcmtu betina, rupanya... Another thing, agaknya suda menjadi fahaman aku klu peacock ni sure tidak boleh terbang. Rupanya, boleh terbang la pula.. But then what do you expect? Even panda pun pandai berkuntau, ini kan pula peacock yg pandai terbang.

My favorite scene - Masa Po sibuk2 mo selamatkan 2 legendary kung fu master Master Ox dan Master Croc. Extremely funny!

Highly recomended but don't forget to bring along the kids :).


Before movie : Sibuk mo ambil gambar dgn lanun..


Before movie : Sudah booking mo tengok Cars 2. His favorite movie of all time..


After movie : Baru ada can mo bergambar dgn Kung Fu Panda..


After movie : Haikal bawa adik bergambar sekali lagi dgn lanun..


May 27, 2011

Criminal Minds Season 6


Setelah membuktikan kesungguhan dan kepayahanku, akhirnya aku berjaya menonton Criminal Minds Season 6 (24 episodes) lebih awal daripada yg ditayangkan dlm tv. How did I manage to do that? Don't ask! Hehehe


This season, Criminal Minds (CM) buat aku tunggang langgang. After a few episodes, they pull out JJ. Kunun sebab JJ diperlukan di *something about defense department. At this point, I already heart-broken. Then, they bring in this new girl which I don't give a damn who she was in this series. Later, they pull out Prentiss. What on earth are they trying to do? Cast clean-up? Macamlah perubahan drastik boleh meningkatkan rating. Lainlah klu diorg panggil Lady Gaga atau Justin Bieber (the most influential people in the world, opps planet) pigi ganti. Mo cakap cast lama makin tua, tidaklah sampai berjalan 2-3 langkah pun pengsan. As angry as I was, somehow at the end of the season finale.. someone is coming back! Agaknya diorg pun penat melayan soalan2 dari die hard fan CM. Fuhh!! Lega betul aku.

For those yg meminati CM, good for you. For those who doesn't, meh aku cerita sikit..

Criminal minds ni cerita bersiri pasal satu team profiler called BAU (Behavioral Analysis Unit) yg kerjanya memahami serial killer. Any case regarding serial killer, diorglah yg akan dipanggil. Di awal season 1 and 2, two of the original members of the team left the show. Elle (season 1) and Gideon (season 2). Both of them dalam cerita ni left BAU sebab tidak tahan dgn kerja ni. Anyway, time ni aku tidak la sedih sangat. Lagipun di awal2 season. Belum pun tangkap cintan lagi dgn cast :).

The rest of the series (season 3-5) berjalan dengan lancar. Bila masuk season 6, macam mo histeria pun ada. Laaa.. Die hard fan rupanya aku ni. Bru aku sedar.. hehehe.


Aaron Hotchner (Ketua unit BAU)
He lost his wife and almost lost his son pasal kerja ni.
Serial killer yg diorg kejar, entah macamna cuba kenakan diorg balik.


David Rossi (Senior SSA)
Dia ni masuk season 2 menggantikan Gideon.
Anggap sajalah dia ni tempat rujukan since he had all the experience in the world (or not :)).


Derek Morgan (SSA)
Nothing much to say about him. Just look at him.
Who cares klu dia jadi serial killer pun, as long as he's in it :D.


Jennifer 'JJ' Jareau (Media Liaison)
Apa2 pasal media, dia la yg handle.
Dia juga la yg dikeluarkan diawal2 season 6.
But then, dia juga la yg akan kembali.. yeay!!


Spencer Reid (SSA)
Doktor muda kesayangan hamba.
Kalau bab membaca, dia saja la yg punya tugas.
Itupun sebab dia saja yg tahan membaca dan sanggup mengingat.
Typical nerd..


Emily Prentiss (SSA)
Replacing Elle after 1st season. Mula2 kurang berkenan juga.
Tapi makin lama terjatuh hati la pula.
She's actually an interpol agent yg terpaksa bersembunyi di BAU.
Somehow terpaksa meninggalkan BAU sebab takut team member dia yg lain kena bunuh.
Sob sob sob I feel.. incomplete.


Penelope Garcia (Technical Analyst)
Dikenali dgn klip rambut bunga bersaiz penumbuk dan pensil bulu2 dia.
The most talented computer hacker FBI can find (for now).


Ashley Seaver (Thanks to goole..)
The new girl in the team with 'serial killer' daddy.
Agaknya pasal tu la dia masuk dalam team ni.


P/S: Can't wait for the new season to start :).

May 26, 2011

Fesyen Baju Raya 2011

Sekiranya anda ingat topik ini related dgn fesyen baju raya masa kini, sila berlalu pergi. Takut pula aku kamu patah hati.

Tahun ni, rata2 org ofis aku tidak semangat mo sambut raya. Aku pun termasuk. Ini semua sebab cuti tidak diluluskan atas sebab pendaftaran pelajar. Pelajar yg mendaftar, kami pula yg sibuk. Sebab aku kuciwa cuti raya tidak lulus, maka aku cakap dgn laki aku "Tahun ni baju raya aku baju tidur ja. Kuih2 pun tidak payah buat atau beli. Bukan kita mo sambut pun". Boleh2 laki aku cakap "Kalau mcmtu, aku dgn budak2 ja la balik kampung". Ewah2.. sudah la aku tidak kena kasi cuti raya, dia mo kasi tinggal aku la pula!

Tapi punya la tidak best klu tidak sambut raya. So, alang2 tidak kena kasi cuti, 1 minggu aku pakai baju raya ja walaupun kerja. Lagipun, stok kain aku mencukupi untuk 3 kali raya. Kalau rasa2 lost klik sini ok. Itupun according to my sister, ada lagi kain my mom kasi.

Setelah berhari2 aku membentang kain mcm tokeh kedai kain lagaknya sambil2 memikirkan fesyen2 baju yg sesuai, akhirnya terpaksa aku minta pendapat geng2 bas sekolah. Kalau ikut aku, semua aku buat baju kurung asli. Sure2 boleh di pakai ke ofis dan of course confirm tidak ketinggalan zaman kunun. Kamu pakai la baju ni 10 thn akan datang (if the baju still fit lah), masih blend lagi dgn mana2 zaman pun.

My sister pula, suggest ramai2 pakai jubah raya tahun ni. Konon semua makcik2 aku sudah plan mo pakai jubah. Including my mom.


Cantik owh jubah ni.. tapi, klu pakai sekali saja mcm membazir la pula. Takkan la aku pakai mcmni mo pigi kerja. So, may be next time la. Kalau aku pregnant. :)



Ini pula mcm trend masa kini. Fesyen jubah kaftan. Hmmm.. My sister meramalkan fesyen ini yg paling laku raya tahun ni. Then again, I don't think it suits me and my persona. Uiseh!! banyak la aku punya persona..


Akhirnya keputusan dicapai. Aku buat 6 baju raya (not included 3 pasang tempat adik aku). 3 of the kain, buat baju kurung asli. 2 baju kurung moden dan 1 buat kebarung.


Typical baju kurung asli. Sesuai dgn jiwa raga aku yg simple ni. Padahal sebab jenis fesyen begini saja yg boleh cover sebarang extravaganza (especially kebuncitan). Hahaha



Baju kurung moden ala2 longgar. Aku pernah buat kurung moden ikut body punya, tapi mcm segan la pula mo pakai pi ofis. Kurang keyakinan diri kali kan? Kalau time bujang dulu.. you don't say lah.. menggunung aku punya self esteem. ihik ihik ihik


Last time aku buat fesyen ni, sebelum aku kawin dulu. Since aku berkira2 mo buat something dgn kekurangan keyakinan diri, aku pun buat la satu. Harapnya aku pakai la baju ni selalu.. *crossing my fingers

Di pagi yang hening..

Finally, musim itu datang lagi. Apakah yg dimaksudkan dgn musim itu? Musim di mana anak2 kesayangan kita berjaga sepanjang malam (kalau bernasib baik) sehingga ke pagi (kalau mmg nasib kamu tidak baik).

Almost a week, Dyana tidak tidur sampai pagi. Atau actually dia tidur, cuma aku yg tidak nampak. Al-maklumlah.. klu suda namanya 'tertidur'. Well beruntung sungguh la aku dapat anak yg tidak perlu di monitor sangat. Yang kurang beruntungnya, mcm2 aktiviti dia buat sepanjang 'ketiduran' si mama dan si bapa.

Sebab dia tidak mo tidur, aku pun bagi dia latihan. Tolong kemas pinggan, susun gelas dan sebagainya. Boleh tahan juga la anak dara aku. Walaupun kadang2..


Bila kita suruh susun bantal..

Dia sibuk main kuda2..



Bila suruh kasi masuk kain dalam bakul..

Dia sibuk mo test pakai dulu..



Bila suruh susun pinggan mangkuk..

Dia sibuk mo BUAT LAWAK!


Semua yg kita suruh, semuanya pun 'tergelincir' dari landasan. Aku kena cari jalan penyelesaian segera ni. Gawat sih..

May 25, 2011

Revolusi Bahasa Ringkas

Kalau suatu masa dulu, masa handphone dan teknologi sms mula diperkenalkan.. beginilah yang kita taip. Tapi atas sebab jumlah character per page adalah terhad, maka bahasa tadi telah diringkaskan bagi mengurangkan penggunaan kredit telefon. Biasalah orang muda.. belum ada gaji pun time study dulu.

Bila anak sudah ada handphone, ibubapa pun digesa supaya berhandphone. Barulah senang mo ber'contact' dengan orang2 terchentah! Actually bukan pasal apa pun, supaya senang mo bagi reminder sama ibubapa yg sedang seronok2 berborak dengan kawan lama sampai lupa anak dalam kereta sudah lama menunggu. Kalau tidak pun, supaya senang mo cari parents kalau sudah hilang jejak. At least bagi aku, lebih kurang begitu la alasannya.

Mula2 my mom dapat mesej dari anak2 atau sesiapa saja yg sama baya dgn anak dia, agak lama juga la dia terkebil2 tengok skrin hp dia. Mula2 tengok dkt2.. lepas tu tengok jauh2. Ingatkan tidak nampak, rupanya tidak paham. Last2 terpaksa la panggil consultant tidak bertauliah untuk explain apa yg kena tulis. Lepas tu mula la my mom membebel2.. "Cuba la tulis betul2. Senang sikit mo baca". Logically, ada benarnya juga la.

Ma, x pyh msk mlm ni. kjap lg aku dtg ambil mama.
(Ma, tidak payah masak malam ni. Kejap lagi aku datang ambil mama.)

True! Siapa2 yg tidak biasa tengok akan join group si kebil macam mama aku. Tapi bagi org2 yg ke hulu ke hilir bawa telefon (siap gantung d leher lg klu zaman dulu2), ini la bahasa harian diorg. Tapi, we have our own reason. Ringkas, cepat dan murah. Kalau mo tulis2 betul2 mcm dlm karangan, hausla keypad handphone 3310 tu nnti.

Now, sebab org jrg2 ber'sms', org lebih suka ber'facebook'. Maka, the new breed of bahasa ringkas telah mula muncul. Sekarang turn aku pula join kelab si kebil bila tengok some of my cousins punya status update. Some okey.. bukan semua. Sekarang my mom boleh jadi penaung kelab si kebil, turn aku pula jd pengerusi.

aq tau la. sok aq si ma kaw. lau aq lupa jan lupa si ingat aq.
(aku tau la. esok aku kasi sama kau. Kalau aku lupa jangan lupa kasi ingat aku.)
*ini pun after a while baru aku boleh tangkap.

Aku paham kalau bahasa generasi ke-3 ni digunakan dlm sms. over ringkas, over padat, less character and of course murah.. tapi klu dlm facebook yg suda sedia free, hmmm mcm pelik la pula. Mungkin juga suda terbiasa kali, atau mmg sengaja supaya org2 senior (blum mo mengaku tua) tidak paham diorg cakap apa.

Mari kita buat perbandingan :



Kalau mo fikir mcmna boleh bahasa ni kena mutasi, aku awal2 suda angkat bendera putih. Kita maintain ja la dgn bahasa yg kita paham..


May 24, 2011

Good Luck

Wishing anak aku Haikal good luck untuk exam dia this week. Macam la dia baca sangat blog merapu mama dia ni. hehehe

Kemarin balik dari sekolah aku yg terlebih excited. Mo juga tau mcmna rupanya dia ambil exam. Haikal masuk kereta, aku sudah start jadi interrogator.

Aku : Macammna exam tadi. Senang?
Haikal : Senang.
Aku : Jadi boleh buat la?

Haikal : Haikal tidak buat. Haikal hantar saja.

Ohh tidak!! Sesunggu
hnya, aku betul2 tidak tau mo cakap apa. Balik rumah aku cakap dgn hubby. Kali ni biar Babah dia yg uruskan.

Babah : Haikal, exam tadi boleh jawab?

Haikal : Tidak. Haikal tidak tau ba..
Babah : Kalau tidak tau tengok la kawan sebelah.
Aku : ???? (Adik aku sakan suda ketawa)

Haikal : Mana boleh meniru!! Babah ni!!

Babah : Bah kalau mcmtu, kalau Haikal tidak tau tanya cikgu.

Aku : ????
Haikal : Cikgu mana mau kasi tau jawapan! Apalah babah ni..

Hmmm... I wonder. Laki aku ni pernah ambil exam ka tidak? Macam ada yg tidak beres ja ni.

Kalau la resultnya begini... huhu


Aku tengok anak2 kawan aku, study pun macam berpesta. Bila masuk bab anak aku, suruh belajar dia cakap "Tunggu dulu". Penat aku mo monitor 'tunggu dulu' dia tu tau. Last2 kita go with the flow ja la. Dulu aku pun bukan paham apa2 pasal study ni. Masuk sekolah asrama baru aku tau apa itu study. Harapnya, by the time dia masuk darjah 4, dia ada kesedaran diri untuk study. Manalah best, mo paksa2 anak study. Mama pegang rotan, anak nangis2 baca buku. Punyala sengsara namanya study macam tu..


May 20, 2011

He says She says

Hari ni aku merasmikan topik (label) baru dalam blog aku He says She says. Topik ni bertujuan mengupas isu2 semasa masyarakat masa kini. Fuiyooo.. boleh suda aku sign up jadi protege Karam Singh Walia. Perasan sungguh!

Actually tidak la seserius itu. Hubby and I suka main2 teori. Bila ada sesuatu kejadian pelik berlaku khususnya surrounding area, kami suka membuat sebarang teori yg mungkin. Saja ja untuk hiburan. Itu sebab dalam kebanyakan kes, aku tidak akan dedahkan sebarang nama bagi memastikan identiti individu tidak tercemar. Aiseh!! Padahal sebab mmg kami tidak kenal pun.. hehehe..


Situasi :
Seorang gadis remaja membeli ikan ketika aku sdg sibuk memilih saikon wing (chicken wing). Sebab aku malas mo peduli, aku pun tidak la pandang sangat. Bila sesi timbang menimbang berlaku..

Tukang timbang : Ini saja?
Awek : Iya.

So, si mamat tukang timbang pun mula la menjalankan tanggungjawab menimbang dan menampal sticker harga. Lepas tu dia bagi si awek.

Awek : 76 sen ja?
Tukang timbang : Iyalah. Itu saja kan?

Aku yg tadi buat dunno terus toleh. Mo juga tau apa yg murah sangat tu. Rupanya ikan basung. 2 ekor ja. Yang paling kecil lagi.. Dia pun cari la kawan dia. Aku tengok kawan dia sedang pegang2 Maggi.

Apa yg disaksikan oleh aku (aiseh), turut sama disaksikan laki aku. Masuk dalam kereta, kami mulakan main2 teori:


She says (aku)
Mungkin sebab awek2 tu mo memancing. Jadi dia beli umpan la. Bukan pakai banyak sangat pun kalau mo buat umpan. Atau mungkin sebab dia mo jadikan ikan basung tu sapak* maggi dia kali.

*Sapak - Macam kita masukkan telur dalam Maggi. Tapi kali ni masuk ikan.


He says (laki aku)
Mungkin diorg mo berjimat bah tu. Ujung bulan kan.. itu ikan potong 5, boleh makan sampai 5 hari.


Verdict
Winner : He says..
Tapi ayat pertama saja diterima pakai. Ayat seterusnya kira merapu suda..


Additional Info
Sebab aku tidak confident nama ikan basung dlm bahasa melayu (ada yg cakap sardin), maka aku tunjukkan gambar. Siapa yg tidak kenal ikan.. ini lah masanya kamu kenal si ikan basung.


May 19, 2011

Pinjam Buku

Dalam tengah2 kesibukan kerja, tiba2 aku teringat aku kena return buku2 library yg aku pinjam dulu. Aku bawa sedikit bekalan 'duit' just in case aku terdenda. Bertemankan mamat perasan hensem, Mus yg bercita2 mo mencari buku2 motivasi ala Dr. Fadzilah Kamsah.. of we go to the library.

Nasib la aku tidak didenda. So, aku pinjam 2 buku. Satu buku baru, satu lagi buku klasik. Klasik tu maksudnya agak 'buruk' sedikit rupanya. Tapi sinopsisnya macam menarik.

Niat hati mo pinjam lebih, tapi takut tidak terbaca la pula. Kalau busy ada masa kah membaca? Well, bila kerja kita kerja. Masa balik, itu kerja mesti kasi tinggal. Pamper yourself dgn apa2 aktiviti yang membuatkan kita ni macam manusia. Main dengan anak ka, manja2 dgn laki ka, mema
sak ka, menjahit ka, membaca ka. Anything selain dari kerja.

Habis baca nanti aku review. Itupun kalau abis baca la.. H
opefully!


May 18, 2011

BCG


Hubby dapat call dari sekolah, suruh Haikal datang untuk ambil jarum BCG. It's bad enough for Haikal these past few weeks. 2 minggu tidak datang sekolah sebab sakit mata plus ada exam lagi minggu depan. Aku kadang2 berkira2 mo ambil cuti, kasi private tutor untuk Haikal. Tapi malangnya, jumlah fail atas meja aku makin meninggi dan terus meninggi.

Last Friday, bawa Haikal review mata. Seperti biasa dicuci lagi. Lepas tu terus bawa Haikal pegi sekolah untuk ambil jarum BCG. Kira bertuahlah ibubapa kalau anak2 melompat gembira bila kita cakap dia mo kena jarum. So, anggap sajalah anak aku bukan dalam kategori tersebut. Bagi melancarkan perjalanan menuju ke sekolah, aku langsung tidak cakap sepatah apapun pasal jarum. Ada yg langsung tidak turun kereta la nanti.

Sampai sekolah, Haikal suda naik bingung. Aku cakap ja cikgu dia mo jumpa. Mo bagi baju. Memandai ja la mama dia ni. Masuk bilik jarum, Haikal suda keras semacam. Dalam hati mungkin suda agak dia mo kena jarum. Aku pujuk memandangkan ada kawan2 lain sedang berbaris. Mula2 nurse tanya kalau ada demam. Konon kalau demam tidak boleh jarum. So, aku cakap demam tiada, tapi sakit mata ada. Diorg cakap ok.

Entah macamna, begitu ramai budak2 yg tengah bersemangat waja bersiap sedia mo dijarum, anak aku yg paling penakut tu juga la yg kena panggil dulu. Tengok muka Haikal mcm mo nangis, so aku offer pegang tangan dia. Tiba2 dia minta pangku pula. Alalalala.. memandangkan nurse cakap boleh, so aku pangku la. Kita pun kalau boleh cuba mo elakkan 'drama' di bilik jarum. Susah aku nanti mo kontrol malu. Hehehe..


Mula2 mmg nervous. Tapi sekurang2nya dia duduk diam2. Bila nurse kasi keluar jarum, terus terlompat jauh si Haikal nun di sana. Aku kurang pasti mcmna ianya boleh terjadi. Pujuk2 punya pujuk, last2 selamat juga la dia dijarum. Ingatkan selesai sudah, rupanya mo jarum lagi sebelah tangan. Alalala kesian anak aku.

Anyway sebagai memujuk hatinya, aku ajak dia pegi Perdana Park. Hari minggu baru terpegi.. hehehe yang penting janji sudah tertunai!



Ohoo.. kamu tidak tau betapa 'YB'nya aku time ni. Macam2 janji aku tabur supaya dia tidak 'overexcited' masa kena jarum.


Masa ni, dia sudah mula tersedu sedan menahan sedih tapi tidak mo menangis. Takut malu kali.. 2 kali jarum di bahu kanan dan kiri.


Lepas jarum, terus balik memandangkan dia masih sakit mata. "Sudah la sakit mata! Tidak boleh angkat tangan lagi!" si Haikal cakap. Kekeke kesian anak aku.


May 16, 2011

Entry Friday The 13th


Login FB saja, begitu ramai sekali kawan2 yang membuat pengumuman tentang Friday The 13th. Honestly, aku mcm tidak heran. Sebab? Mcm kerap sangat la pula Friday The 13th semenjak 2 menjak ni.

So, apa yg best on Friday The 13th? Marathon movie Friday The 13th di awal pagi dari era 80-an sampai ke era masa kini. Seperti biasa, Jason Voorhees juga la yg paling hensem dan tahan lasak. Tidak pandai mati2 atau masuk jail. Actually aku interested juga mo tengok The Beginning punya chapter. Apa punca sebab musabab si Jason Voorhees ni suka betul membunuh orang. Sebab boring ka, trauma ka, keturunan ka.. tapi sebab aku kena bekerja, maka terpaksa la aku tangguhkan niat aku dulu. Sure2 nnti akan ditayang semula..

Niat aku mo masukkan apa2 entry pada tarikh ni. Tapi sebab Blogger (atau akaun aku saja kali) macam kena 'Voorhees virus' langsung tidak boleh buka. Read only saja kunun. Maka terpaksa la niat aku ditunda. Tunda punya tunda, akhirnya 5 hari kemudian baru aku terbuat... kira asi la tu kan?

May 11, 2011

Surprised!

I pay for another visit to the clinic today. Ini semua pasal Haikal. Untuk bulan ni sja, kunjungan aku ke klinik sudah masuk kali ke-4. Thank god la ada buku rawatan.. hehehe

Doktor yg berkenaan pun periksa sepertimana yg sepatutnya. Everything pun as he expected kunun. Lepas tu dia suru masuk bilik rawatan untuk cuci telinga. Macam ada something fishy ja ni... lepas tu baru doktor ckp "Eh! cuci tahi mata". Owh begitu..

Masa cuci mata, balik2 itu nurse cakap.. "Bagus Farhan ni. Good boy Farhan!". Dey.. anak siapakah yg aku bawa ini? Rupa mcm anak aku, tp namanya suda lain. Aku biar ja la nurse tu syok sendiri. Lepas tu..

Nurse : Kak, mcm ada membrane suda ni kak. Kena kasi tanggal ni.
Aku : Tidak sakit ka tu?
Nurse : Sakit juga la. Ada pesakit baru2 ni, sampai berdarah2 kami buka.
Aku : Kalau tidak dibuka apa jadi?
Nurse : Ubat susah mo masuk. Itu sebab dia lambat baik. Nanti kakak buka la. Macam susah pula mo buka.
Aku : ??? Apahal pula aku yg buka. Ini klinik self-service ka? Kalau dia tidak boleh buka, mcmna la pula aku boleh buka? Ingat aku ni ada magik? [Dalam hati ja la..]

Betul org cakap, kadang2 renungan mata kita pun macam bercakap juga. Maka, doktor bagi aku antibiotik. Hehehe

Balik ofis ja, tiba2 aku dpt call.. "Ada barang utk ko?". Heh??!! Seingat aku ada 2 brg ja yg aku tggu. Itupun suda sampai semua. So, aku pun ambil ja la..

Tadaaaaaa....


Wehuu!! Mantaps punya packaging. Mula2 aku ingat aku ada ikut apa2 event.. nope. Lepas tu aku ingat, mesti org ofis yg bagi.. so, aku tengok kad dulu. Jangan tamak sgt mo terus2 tengok hadiah.. kontrol sikit boleh?



Tulisan di envelope pulanya la mcm typewriter. Siap ada Happy Birthday lagi. Paling mahal yang sain itu kad. Sob sob sob.. terharu aku geng.. terasa diri begitu berharga!



Nah.. lepas tu baru buka hadiahnya. Fuiyyooo!! Jam meja. Siap boleh simpan gambar 'org2 tersayang' lagi woo..



Altogether now! Say minta puji..

Tips Memujuk Anak Manja


Laki aku cakap aku ni suka betul manjakan anak. Aku rasa kadang2 mungkin juga, kadang2 tu tidak juga. Ikut monsun khatulistiwa aku la.

Sebelum ni kami sekeluarga meraikan festival sakit mata peringkat negeri. Kenapa aku cakap peringkat negeri, sebab hampir semua kawan2 yg hntar anak di nursery yg sama confirm akan kena the famous 'red eye'. Semua pun diraikan secara berperingkat. Mula2 sekali yg paling kecik. Lepas tu, si abang, lepas tu baru si mama dan si bapa. Tempoh sembuh pula tidak sama. Mula2 yg kecik, lepas tu si mama dan seterusnya si bapa. Si abang? Sampai sekarang masih tidak sihat2 lagi. Anggap sajalah rawatan susu ibu itu betul2 berjaya.

Mangsa keadaan

Bab si Haikal ni aku kurang pasti. Sejak sakit mata ni, perangai mengalahkan budak2. Atas alasan dia sakit mata,

1) Kalau jalan mesti mo pegang tangan sebab dia tidak nampak. Jadi kerja aku pula la mo cakap lompat atau langkah. Macam cerita si apek dalam Ali baba bujang lapok.

2) Sampai rumah tidak boleh buka lampu sebab mata dia sakit. Adik aku balik kerja ingat rumah tiada letrik. Makan pun ala2 'candle light dinner' kunun, tapi ramai2.. aparah.

3) Bangun pagi/mo tidur mesti mo merengek dulu berhabis2an. Tidak boleh bangun la, tidak boleh nampak sinar la (sinar kunun.. cahaya bah tu).

Tapi apa yg aku perasan mata dia kurang merah, shit eyes (mengikut google translate ah.. hahaha) pun sudah kurang, cuma bengkak ja masih ada. Jadi pada firasat aku si Haikal mungkin ada sindrom manja-yg-melampau.

Aku sdg usahakan pelbagai metodologi..

1) Cuba pujuk cara baik --> Akhirnya dia menangis teresak2.. mo manja2 la tu konon.

2) Aku dgn hubby buat komplot (berbincang dlm max volume) mo hantar Haikal pegi klinik inject mata --> End up dia nangis semakin kuat plus kita pun tidak mo kasi takut budak jumpa doktor kan?

3) Aku puji2 adik dia kuat, itu sebab Dyana cepat sihat --> Aku pula yg sedih tengok Haikal diam2 melayan perasaan manjalara dia tu.

4) Aku cakap mo pegi taman weekends ni. Tapi org sakit mata tidak boleh join sebab nnti tidak boleh nampak playground --> mula menunjukkan reaksi yg positif sebab dia suda mula mo buka mata.

Aku rasa la, Haikal ni mgkn terlalu seronok sebab tidak payah pegi sekolah. Tapi sebagai ibubapa, tidak boleh juga ketepikan kemungkinan dia betul2 sakit. So, kita tunggu dan lihat..

May 10, 2011

Mother's Day


Memandangkan hari ibu aku tidak seperti hari ibu2 yg lain, kerja aku menagih 'simpati' ja la dari si hubby dgn anak2. Selepas berkali2 aku bg hint sama laki aku, akhirnya 2/3 benda yg aku request ditunaikan.

1) Lokan dan kelapa bakar
2) Chicken Chop
3) Choclate Cake

Aku dapat 1&2 ja. Yg ke-3 laki aku malas suda mo layan.. kekeke. Lepas tu aku tagih kad dari Haikal. Awal pagi dia kasi nyayi lagu ibu.

"Ibu.. ibu.. engkaulah..."

Itu ja lah yg aku dapat. Konon sebab dia tidak tau tu lagu. Lepas tu, aku tagih lagi kad dari dia. Mungkin juga sebab bapa dia jenis "I tak kesah", maka anak pun macam tiada effort mo buat kad.

Aku : Haikal tidak mo kasi mama kad ka?
Haikal : Mama mana boleh minta. Itu untuk suprise!
Aku : Apa Haikal mo kasi?
Haikal : Mama tidak boleh minta. Nanti Haikal kasi suprise... Babah! Babah mo hadiah apa?
Aku : Apa pula Babah yg dapat.. kan hari ibu, hadiah untuk mama la..
Haikal : Eh mama ni. Kan ada hari bapa..
Babah : Iya betul tu..
Aku : :(

Aku masih lagi menunggu suprise dari Haikal... huhuhu

May 5, 2011

Mama Muda Dyana

Semalam aku ada buat entry pasal aku minta susu dari cousin aku, Hanaz untuk rawatan sakit mata aku yg baru saja bermula kemarin.

Turn out ramai rupanya org yg tau susu ibu tu bleh merawat sakit mata. Aku saja la yg ketinggalan keretapi. Balik rumah, aku letak susu atas meja makan. Dyana, time2 tu juga mo buka tupperware susu tu. Dia ingat puding kali. Aku tegur ja, terus dia buat2 sibuk buat keja lain.

Sedang sibuk2 memasak, aku perasan dyana suda abis minum susu dalam container tu. Huhuhu siap2 ada bunyi sluurrrppp lg. Tapi disebabkan aku dapat tangkap dia in action, tidak la sempat dia menjilat2 container. So, aku manage untuk dpt beberapa titik dari container tu.

Terus aku panggil pesakit2 aku sekali dgn aku sekali buat rawatan mata A.S.A.P. Pagi ni mata aku tidak sepedih kemarin, dan aku rasa rawatan tu kira berjaya la. Cuma kena minta lagi la susu dgn cousin aku ni. Hehehe

Lepas buat rawatan aku fb cousin aku. Dia mention something yg aku tidak terperasan. Wow!!


Yup!! It's true. Dyana got 2 moms disebabkan insiden minum susu dalam container. So, to my beloved daughter, Dyana.. Mama Hanaz is your ibu susuan and Izz is your adik susuan.

May 4, 2011

Festival Sakit Mata (Part II)

Akhirnya, aku terjebak juga. Huhuhu kesian aku. Time2 sibuk, time2 susah mo cuti, time2 aku tidak teringin mo sick leave ni la aku kena juga sakit mata. Biarpun banyak langkah berjaga2 aku buat, nampaknya masih tidak mencukupi.

Baru aku bercadang2 mo pegi klinik, tiba ada orang ofis aku cakap ubat terbaik untuk sakit mata adalah susu ibu. Balik2 aku tanya, untuk confirmation la kunun. Dia cakap, titikkan susu tersebut di mata dan lap2 kan di kelopak mata.

Memandangkan susu ibu tidak mengandungi bahan kimia, maka aku minta dari sepupu aku (yg kebetulan masih bfkan anak dia), Hanaz. Aku minta lebih sikit, untuk kami anak beranak. Hehehehe..


Well, kita tunggu dan lihat la. Berkesan ka tidak. Secara teorinya aku rasa macam ada harapan.. Nantila aku update perkembangan rawatan ini.


May 3, 2011

Tentang Si Puyul (Part II)

Dulu aku ada cerita pasal si puyul ni. Berita tentang kewujudan si puyul ni bagi aku masih menjadi menjadi tanda tanya. Sehinggalah pada April 29, 2011. Akhirnya aku berjaya juga bertentang mata dengan orang yang aku ingatkan tidak wujud ni.

Tapi sebab aku segan mo ambil gambar dia (karang org ingat aku ni mo menculik anak org la pula), aku pun suruh la sidekick aku si Haikal ambil gambar.


Kecik ja orangnya, sopan santun dan tidak banyak songeh. Sedang si Haikal sibuk ambil gambar Si Puyul The Great ni, aku pun tengok la nama dia.

Aku cuma ingat SEIN....DIEN ja. Aku agaklah mungkin nama dia bunyinya macam Sensodyne. Aku agak ja la. Tapi sekarang aku tau kenapa dia kena panggil puyul. Mungkin cikgu dia pun tidak pandai mo sebut nama dia. Mungkin juga itu nama gelaran di rumah.

Biasalah nama budak sekarang, mo lain daripada yg lain punya pasal.. dapat la gelaran Puyul. Mengingatkan aku pada budak2 junior yg susah betul kami mo ingat namanya, last2 kena bagi gelaran A, B, C. Abis cerita. Daripada kena panggil Oi!, kira ok apa..

Festival Sakit Mata

Mula2 sekali, anak aku yg paling kecik kena dulu. Dia kena di nursery. Well, aku mo marah pun buat apa. Nama pun nursery, mmg la macam tu.

Tidak lama lepas tu, aku rasa macam pedih2 mata. Oh tidak!!! Mungkinkah? Nasib baik false alarm. Rupanya itu wabak terpelanting pula dekat anak lelaki aku. Aisehmen... ini sudah tidak bagus. Dari 1 pesakit bertambah lagi 1 pesakit. Aku tanya kawan2 aku yg lain (yg together2 hantar anak di nursery yg sama), rupanya mereka telah berjaya ditumpaskan. Ibu dan anak2 sama2 sehati sejiwa bersakit2an mata bersama2.

Adik aku pula, sibuk2.. "Jangan tengok mata dia. Nanti berjangkit!". Itu semua mitos belaka. Dulu2 aku percaya juga la, tapi memandangkan Doktor sudah mula mengeluarkan hujah2nya, maka Doktor.. I will follow you lah!!

Mengikut si Doktor, jelingan tajam ala2 Shah Rukh Khan tidak akan membawa kepada menjangkitnya sakit mata. Sebab utama terjangkitnya sakit mata adalah apabila si mangsa (anggap ja la yg sakit mata) menggosok2kan matanya dan kemudian memegang tangan bakal mangsa. Bakal mangsa kemudiannya akan menggosok2kan matanya dan ini menyebabkan virus tersebut merebak ke mata bakal mangsa la pula. Mungkin juga pasal tuala gunasama. Sedang asyik gosok2 mata anak, lepas tu kita pakai tuala yg sama untuk cuci muka... maka bak kata Doktor "What to do? Nasiblah..".

Cara untuk mencegah wabak sakit mata, selalu2lah mencuci tangan anda. terutama sekali setelah melakukan rawatan khas kepada pesakit (dalam kes aku yg 2 org tu la). Lepas ja kasi ubat titik mata, teruskan la mencuci tangan. Selain tu, asingkan tuala atau bantal. Semasa festival sakit mata ni, terma Sharing is Caring is no longer used. Tapi sebab anak aku suka betul testing2 bantal bila mo tido, aku gunakan cara selamat. Mana bantal yg aku mo pakai, aku bungkus pakai kain sarung. Tidur Cermat Mata Selamat.


Kesian anak aku.. nasib baik dia tidak meragam time sakit mata. Paling2 pun meragam masa bangun pagi saja. Itu pun sebab mata dia tidak boleh buka.


Baru mcm mo jadi, aku cepat2 bawa pegi klinik.


Pegi klinik yg sama selang 1 hari ja. Doktor pun mcm konfius. Rupanya pesakit yg berlainan. Paling2 pun Doktor cakap "What to do? Nasiblah..".


Nasib2 pun Haikal kena kasi 3 hari sick leave. Takut terjangkit budak lain di sekolah. Sampai nursery, aku minta anak aku kena quarantine di bilik lain. 1 beg aku kasi bekal mainan.. Harap2 dia tahan la main sorg2..