Laki aku cakap aku ni suka betul manjakan anak. Aku rasa kadang2 mungkin juga, kadang2 tu tidak juga. Ikut monsun khatulistiwa aku la.
Sebelum ni kami sekeluarga meraikan festival sakit mata peringkat negeri. Kenapa aku cakap peringkat negeri, sebab hampir semua kawan2 yg hntar anak di nursery yg sama confirm akan kena the famous 'red eye'. Semua pun diraikan secara berperingkat. Mula2 sekali yg paling kecik. Lepas tu, si abang, lepas tu baru si mama dan si bapa. Tempoh sembuh pula tidak sama. Mula2 yg kecik, lepas tu si mama dan seterusnya si bapa. Si abang? Sampai sekarang masih tidak sihat2 lagi. Anggap sajalah rawatan susu ibu itu betul2 berjaya.
Bab si Haikal ni aku kurang pasti. Sejak sakit mata ni, perangai mengalahkan budak2. Atas alasan dia sakit mata,
1) Kalau jalan mesti mo pegang tangan sebab dia tidak nampak. Jadi kerja aku pula la mo cakap lompat atau langkah. Macam cerita si apek dalam Ali baba bujang lapok.
2) Sampai rumah tidak boleh buka lampu sebab mata dia sakit. Adik aku balik kerja ingat rumah tiada letrik. Makan pun ala2 'candle light dinner' kunun, tapi ramai2.. aparah.
3) Bangun pagi/mo tidur mesti mo merengek dulu berhabis2an. Tidak boleh bangun la, tidak boleh nampak sinar la (sinar kunun.. cahaya bah tu).
Tapi apa yg aku perasan mata dia kurang merah, shit eyes (mengikut google translate ah.. hahaha) pun sudah kurang, cuma bengkak ja masih ada. Jadi pada firasat aku si Haikal mungkin ada sindrom manja-yg-melampau.
Aku sdg usahakan pelbagai metodologi..
1) Cuba pujuk cara baik --> Akhirnya dia menangis teresak2.. mo manja2 la tu konon.
2) Aku dgn hubby buat komplot (berbincang dlm max volume) mo hantar Haikal pegi klinik inject mata --> End up dia nangis semakin kuat plus kita pun tidak mo kasi takut budak jumpa doktor kan?
3) Aku puji2 adik dia kuat, itu sebab Dyana cepat sihat --> Aku pula yg sedih tengok Haikal diam2 melayan perasaan manjalara dia tu.
4) Aku cakap mo pegi taman weekends ni. Tapi org sakit mata tidak boleh join sebab nnti tidak boleh nampak playground --> mula menunjukkan reaksi yg positif sebab dia suda mula mo buka mata.
Aku rasa la, Haikal ni mgkn terlalu seronok sebab tidak payah pegi sekolah. Tapi sebagai ibubapa, tidak boleh juga ketepikan kemungkinan dia betul2 sakit. So, kita tunggu dan lihat..
eh, hantap jarih usulnya haikal atu. cam hj sulaiman sdh peliatanku. hahaha...
ReplyDelete