May 3, 2011

Festival Sakit Mata

Mula2 sekali, anak aku yg paling kecik kena dulu. Dia kena di nursery. Well, aku mo marah pun buat apa. Nama pun nursery, mmg la macam tu.

Tidak lama lepas tu, aku rasa macam pedih2 mata. Oh tidak!!! Mungkinkah? Nasib baik false alarm. Rupanya itu wabak terpelanting pula dekat anak lelaki aku. Aisehmen... ini sudah tidak bagus. Dari 1 pesakit bertambah lagi 1 pesakit. Aku tanya kawan2 aku yg lain (yg together2 hantar anak di nursery yg sama), rupanya mereka telah berjaya ditumpaskan. Ibu dan anak2 sama2 sehati sejiwa bersakit2an mata bersama2.

Adik aku pula, sibuk2.. "Jangan tengok mata dia. Nanti berjangkit!". Itu semua mitos belaka. Dulu2 aku percaya juga la, tapi memandangkan Doktor sudah mula mengeluarkan hujah2nya, maka Doktor.. I will follow you lah!!

Mengikut si Doktor, jelingan tajam ala2 Shah Rukh Khan tidak akan membawa kepada menjangkitnya sakit mata. Sebab utama terjangkitnya sakit mata adalah apabila si mangsa (anggap ja la yg sakit mata) menggosok2kan matanya dan kemudian memegang tangan bakal mangsa. Bakal mangsa kemudiannya akan menggosok2kan matanya dan ini menyebabkan virus tersebut merebak ke mata bakal mangsa la pula. Mungkin juga pasal tuala gunasama. Sedang asyik gosok2 mata anak, lepas tu kita pakai tuala yg sama untuk cuci muka... maka bak kata Doktor "What to do? Nasiblah..".

Cara untuk mencegah wabak sakit mata, selalu2lah mencuci tangan anda. terutama sekali setelah melakukan rawatan khas kepada pesakit (dalam kes aku yg 2 org tu la). Lepas ja kasi ubat titik mata, teruskan la mencuci tangan. Selain tu, asingkan tuala atau bantal. Semasa festival sakit mata ni, terma Sharing is Caring is no longer used. Tapi sebab anak aku suka betul testing2 bantal bila mo tido, aku gunakan cara selamat. Mana bantal yg aku mo pakai, aku bungkus pakai kain sarung. Tidur Cermat Mata Selamat.


Kesian anak aku.. nasib baik dia tidak meragam time sakit mata. Paling2 pun meragam masa bangun pagi saja. Itu pun sebab mata dia tidak boleh buka.


Baru mcm mo jadi, aku cepat2 bawa pegi klinik.


Pegi klinik yg sama selang 1 hari ja. Doktor pun mcm konfius. Rupanya pesakit yg berlainan. Paling2 pun Doktor cakap "What to do? Nasiblah..".


Nasib2 pun Haikal kena kasi 3 hari sick leave. Takut terjangkit budak lain di sekolah. Sampai nursery, aku minta anak aku kena quarantine di bilik lain. 1 beg aku kasi bekal mainan.. Harap2 dia tahan la main sorg2..


No comments:

Post a Comment