Assalamualaikum :)
After a couple of hectic weeks, akhirnya berjaya juga aku membuat entry tertangguh ni. Bukan sebab aku sudah terberanak, cuma aku sibuk buat excercise sebelum beranak ;). Last 2 weeks, aku ke Klinik Kesihatan Penampang. Buat pemeriksaan rutin ibu mengandung bertemu nurse. Soalan bonus sudah mula diutarakan. Antaranya,
Persiapan baby sudah buat? Sudah.. yang penting2 seja.
Kaki ada bengkak? Nampak gayanya belum lagi..
Bagi aku, antara to-do-list penting aku sebelum bersalin adalah :
Memastikan kehadiran mama di KK aku sebelum aku bersalin.
Memastikan semua kerja ofis diselesaikan bagi memudahkan si memangku.. which somehow menjadi lebih sukar dari semasa ke semasa.
So, last week aku review di Hospital Likas. Kalau kunjungan yg pertama dulu, nampak begitu mudah dan pantas nampaknya kali ini tidak begitu. Aku sampai ke Hospital Likas tepat 9.45 am. Seperti biasa, parking main double park saja. Yang penting itu no. telefon perlu di kasi tinggal.
Nombor giliran aku 2710. Nombor semasa 2500. APA???!!!! 200 org lagi? Mata melilau cari di mana 200 org yg dimaksudkan? Tunggu ja la.. nama pun free kan?
Tik tok tik tok.. jam sudah 2.30 pm, baru aku kena panggil. Aku naik risau kalau aku terberanak time sedang menunggu giliran. 4 jam 30 minit tuuu.. punya la lama. Untuk makluman, jam 1.00 pm pun nombor masih jalan.
Bila masuk saja, doktor tanya kalau aku sudah makan. Aku cakap belum. Soalan bonus doktor, kenapa belum makan? Lambat sudah ni.. Dengan selamba dan sinisnya aku pun jawab, takut nombor terlepas doktor. Nanti, bertambah lama la pula mau tunggu kan? :D
Everything seems to be fine. Si baby sudah berada dalam posisi bersedia (aiseh) and ready to go. Berat baby mencecah 2.5 kg.
No comments:
Post a Comment