Apr 19, 2012

Review 37 Weeks KK Penampang



Assalamualaikum :)

Reviewnya kemarin, tapi hari ni baru sempat mo update. Seperti biasa, aku dtg seawal 7.00 pagi ke klinik dan terus pergi ke lab untuk ambil sebarang ujian yg diperlukan. Rupanya sebab kuantiti darah aku sangat banyak, maka kali ni aku kena suruh buat ujian air kencing ja.

Jam 7.50 pagi aku sudah lepak2 depan bilik nurse untuk diperiksa. 8.40 pagi, giliran aku pun tiba. Sok sek sok sek dgn nurse, sambil baring2 utk dengar degupan jantung si baby tiba2 nurse tu mula naik risau. Susah mo cari degupan jantung. Panggil pula nurse lain. Kononnya, kedudukan si baby songsang la pula.

Terpaksa call doktor (padahal next week jumpa doktor juga). Doktor pun semangat la mo jumpa. Temujanji yg sepatutnya selesai jam 9 pagi, akhirnya berlanjutan sampai 12.30 pm. Bila jumpa doktor, posisi baby betul la pula. Haiyyyaaaaaaa!! Sudah buang masa 3 jam 30 minit.

Tiada apa yg menarik dalam minggu ni. Cuma kaki sudah mula membengkak sedikit. Mama aku akan dtg ke KK (kunun utk jaga aku) hari sabtu ni. Risau pula aku kalau aku belum terberanak, mama aku naik boring di rumah tiada sebarang aktiviti. Huhuhu..




No comments:

Post a Comment