Apr 23, 2012

Mesyuarat PIBG


Assalamualaikum :)

Many weeks ago, Haikal bawa surat dari sekolah. Di bahagian tajuk surat tertera : Jemputan Mesyuarat PIBG serta Pemilihan Jawatankuasa baru bagi sesi 2012. Turut dilampirkan adalah borang pengesahan kehadiran ibubapa serta nama calon yang dirasakan sesuai.

Ok, bila tengok tajuk saja khususnya part "Pemilihan Jawatankuasa Baru", definitely kami tidak akan hadir. Siapa la orang yg sanggup untuk terpilihkan? Bukan tidak mau menyahut cabaran, cuma dalam keadaan kami (suami isteri) yg ditimbuni dgn segala jawatankuasa di ofis mungkin adalah lebih baik kalau kita sit back sekejap. Paling tidak boleh percaya, kami kena namakan calon yg sesuai untuk dilantik jadi JK. Kalaupun kami kenal rupa, tidak terlintas pula mo tanya nama. Takkan la mo letak nama bapa si polan pula kan? Sangat tidak professional.

Lepas hantar borang pengesahan, mengatakan kami tidak hadir dan tiada sebarang calon dinamakan kami beranggapan segalanya telah selesai. Sehinggalah Haikal membawa pulang lagi satu surat meminta ibubapa hadir pada Sabtu 21 April 2012 sempena Mesyuarat PIBG, Penerimaan Keputusan Ujian Bulan Mac Murid dan Penerimaan Bantuan KWAMP (klu tidak silap) untuk pelajar yg layak.

Sangat pandaikan ini sekolah. Mungkin ramai parents tidak mau datang meeting, suddenly Mesyuarat Agung kena combine dgn penerimaan slip keputusan dan bantuan KWAMP. Since perjumpaan adalah jam 8.00 pg, aku dan suami bertolak kira2 jam 9.00 pg. Konon mo escape pemilihan. Last2 terjebak juga kami dalam mesyuarat tersebut. Punyalah ramai ibubapa yg hadir. Mungkin bukan jenis ibubapa yg berharap terpilih jadi JK, tapi semata2 mo ambil result anak atau mendapatkan bantuan seperti yang dimaksudkan.

Setelah pemilihan dibuat (Alhamdulillah, kami tidak terlantik), kami ambil result Haikal. Not bad. 4B 1C. Average student mcm mamanya juga dulu. Cuma cikgu tegur, Haikal boleh jawab soalan cuma agak perlahan. Kena buat latihan selalu la jawabnya kan?

Lepas dpt result, terus cari makan.. bikin lapar rupanya bermeeting ni :).


No comments:

Post a Comment