Apr 19, 2012

Books : Worst Case


Assalamualaikum :)

Masihkah kau ingat dalam entri aku kebelakangan ni aku diuji dgn aktiviti tunggu menunggu di ruang menunggu? Minggu lepas di Hospital Likas, minggu ni di Klinik Penampang? Ahaaaaa!! Disebabkan itu, maka bermulalah pembacaan buku ke-2.

Buku ni aku pinjam bukan sebab aku kenal penulis. Tapi lebih kepada perkataan BESTSELLER yang terpapar di cover buku.

Buku ni walaupun ada 102 chapter, setiap chapter cuma ada 2-3 muka surat ja. Aku memang suka baca buku2 mcm ni. Senang mo berhenti bila perlu. Apa yang menarik, jalan cerita buku ni. Sesuai dengan citarasa aku la.

Mengisahkan tentang siri pembunuhan anak-anak orang kenamaan dan kaya di New York. Pembunuh akan memilih mangsa dari kalangan orang kaya dan berpengaruh di samping mereka mestilah anak tunggal. Tiada sebarang tebusan diminta (pelik kan?), tapi nyawa anak2 orang kaya ini hanya bergantung pada satu ujian sahaja. Ujian tersebut perlu dijawab oleh mangsa. Kalau gagal, jawapannya.. mati lah.

Sampai dihujung cerita aku masih lagi berteka-teki mcmna pembunuh pilih mangsanya. Last2 baru aku tau.. Hahahaha.


No comments:

Post a Comment