Nov 20, 2014

Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Sepatutnya pada saat dan ketika ini, aku sibuk mengetik-ngetik papan kekunci. Motif? DOKUMENTASI.

Masuk minggu ni, 3 minggu sudah aku berbengkel. Termaktub sudah dalam sejarah hidup aku bengkel paling lama aku pernah attend sampai 3 minggu. Kalau lah dalam bucket list aku ada kursus 3 minggu, boleh sudah aku eleminate. Tapi malangnya tiada. 

Kursus apa juga sampai 3 minggu? Minggu pertama, lead auditor untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Siap ada exam lagi. Sama ada lulus atau tidak.. wallahua'lam. Minggu kedua, buat risk analisis. Patutnya tidak perlu ikut pun sebab mengikut senarai jabatan aku tiada dalam skop. Tapi sebab aku rasa aku perlu belajar untuk keperluan masa akan datang, maka aku dengan sukacitanya datang lah juga. Minggu ke 3, aku kira aku malas mau masuk sebab kali ni pembangunan dokumen. 

Tup tup tiba-tiba aku rasa mau datang tengok apa-apa yang patut. Alih-alih, setelah ditilik-tilik oleh perunding, rupanya jabatan aku masuk dalam skop. Punah harapan, hancur berkecai dan berderai-derai harapan aku mau beristirehat selepas berkursus 2 minggu.

Entah kenapa, semenjak 2 menjak ni aku asyik pegi kursus audit ja. Terus macam expert sudah aku bab mengaudit ni. Penangan kursus 3 minggu..




Oct 21, 2014

Kawan Lama

Assalamualaikum,

Di kala sibuk main tenung-tenung dengan pc depan mata, tiba-tiba terdengar pula rakan-rakan seofis kepoh cari speaker untuk Seminar ICT. Masing-masing sibuk buat panggilan hayat sebagai usaha untuk memberi bantuan.

Aku pula masih dalam proses mengenalpasti mangsa. Kalau ada pun aku tidak yakin 100% calon tersebut berkebolehan membuatkan peserta yang hadir sentiasa dalam keadaan berjaga dan waras.

Hakikatnya, sama ada kita terima atau tidak, orang-orang IT bila bercakap tidaklah sebanyak coding yang dibuat dan tidaklah semenarik output yang dihasilkan. Bosan dan sangat teknikal. Adakalanya, lawak orang IT hanya akan difahami oleh orang- orang sejenis sahaja. Most of them. Not all of them.

Tiba-tiba seorang rakan terfikir satu calon yg ada Phd dlm IT. Kebetulan pula orang yang kenal dengan Dr. CKO ni, aku. Dr. CKO ni, aku kenal masa study dulu. Kira ketua kelas zaman awal milenium aku dulu.

Lepas tu aku jumpa dia balik masa dia study Phd. Masa tu aku jadi RA. Mungkin sebab aku excited, aku tegur dia dulu. Tanya kalau dia masih kenal aku kah tidak. Reaksi muka dia pada masa dan ketika itu, membuatkan kita sedar.

Mulut cakap ingat, tapi muka dia macam sedang reboot. Of course dia tidak akan sekali-kali sebut nama aku sebab aku sangat yakin nama yg akan keluar dari mulut dia langsung tidak ada kena mengena dengan aku.

Oleh itu, aku terpaksa menolak permohonan rakan untuk buat panggilan sebab aku 200% yakin dia tidak ingat aku siapa.

Baiklah. Mari kita lihat segala kemungkinan kenapa orang sukar untuk mengingati diri ini.

1. Kita tidak meninggalkan kesan yg mendalam kepada individu tersebut. Bayangkanlah kalau kamu ada pengalaman memalukan atau pernah beradu tenaga (bertumbuk/bertampar) dengan dia, kamu ingat dia akan lupa?

2. Perubahan geografi. Oklah.. perubahan fizikal. Kalau la fizikal kita sma macam 15 tahun dulu, rasanya cabarannya kuranglah sikit. Lainlah kalau si kawan ada masalah ingatan yang serius.

3. Insiden lama. Adakalanya, terjadi insiden yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan rasa malu setiap kali bertentang mata (ewah). Adalah normal kalau si kawan buat-buat tidak kenal.

4. Ingatan separa. Kalau tiba-tiba ada sapaan atau senyuman dari seseorang yang kita tidak kenal, ini bermaksud orang tersebut mungkin kenal kita atau tersalah orang. Adakalanya kita ingat rupa tapi tidak pasti. Maka mulalah aktiviti scanning maklumat dalam memori sedia ada. Di mana kita pernah nampak. Bila sudah ingat, tup tup si kawan sudah beredar. 

5. Tiada keperluan. Sungguhpun kejam bunyinya, tapi itulah kenyataan. Bukan setiap hari kita ada masa belek-belek album lama sambil ingat-ingat ini siapa. Kita ingat apa dan siapa yang perlu.

Kesimpulannya, kalau sapaan dan senyuman tidak berbalas janganlah ambil kerusi dan baling pada si kawan. Actually, that might work. Sampai bila-bila pun dia akan ingat. But not in a good term.

Oct 10, 2014

Mangsa Banjir

Assalamualaikum,

Agaknya mungkin sebab rasa penat dan 'sedikit' stress, aku merancang untuk ambil cuti panjang sikit sempena Hari Raya Haji. Plan untuk balik kampung memang sudah lama dilupakan memandangkan si suami sudah jadi jawatankuasa korban 'tetap dan berpencen' untuk jabatan dia.

Apapun, melepak di rumah bersama anak-anak pun bukanlah aktiviti yang membosankan. Macam juga bersenam secara fizikal dan mental.

Memandangkan Hakim ada temujanji klinik pada 7/10/2014, aku pun plan la cuti. Ini termasuklah aktiviti bertemujanji bersama si suami. Plan aku sangat la simple. Lepas hantar si abang dan si kakak ke sekolah, terus pergi klinik. Balik dari klinik, hantar si kecil ke nursery dan teruskan program jalan-jalan cari makan. Kali ni memang tidak ada plan mau tengok wayang. 

Seperti biasa, walaupun temujanjinya pukul 8.00 pagi, proses pemeriksaan oleh pelatih jururawat (yang kebanyakannya lelaki dan masih menggigil bila menulis :)) selesai pada pukul 10.30 pagi. Tiba-tiba ada nurse yang buat liputan langsung. "Macamana la kita mau pulang ni? Banjir sudah". Eh? Tadi macam masih ok, tiba-tiba banjir?

Keluar dari klinik, aku nampak ramai betul mangsa banjir lepak di luar (kebetulan klinik ni atas bukit). Aku tinjau la sikit kalau-kalau banjir ni seburuk yang dilaporkan.

Paras air sampai dada. Ok, ini memang teruk. Nasib baik si suami sudah tapau sarapan pagi. Jadi tidaklah kebulur sangat. Tapi sayangnya air hanya surut ke paras paha jam 4.30 petang. Masih belum membolehkan kereta-kereta kecil dan pendek untuk berenang-renang ke kuala. 

Satu perkara yang menjadi kerisauan, dengan jumlah mangsa banjir yang menumpang kasih di klinik ni, rasanya bekalan makanan memang tidak akan mencukupi. Sedangkan makan tengah hari pun berebut-rebut (agaknya semua orang pun takut kebulur di musim banjir ni), inikan pula makan malam. Kami cuma sempat beli sepinggan mee goreng kosong. Itupun sebab anak kelaparan. Rasanya di saat-saat macam ini, keutamaan perlu diberikan pada kanak-kanak, ibu-ibu mengandung dan warga emas. Yang pastinya ia meliputi 80% mangsa banjir di klinik. Nama pun klinik kan? Jadi mana-mana yang tidak dinyatakan di atas, agak-agaklah kan?

Tepat jam 4.30 petang, sekumpulan sukarelawan 4x4 Penampang safari sedia untuk mengangkut mangsa banjir ke kawasan yang lebih selamat. Di klinik pun selamat juga, tapi kalau mati kebulur pun tidak guna juga. Si suami bercadang, tinggalkan kereta dan tumpang sukarelawan berkenaan. 

Agaknya, beginilah rasa mangsa banjir ketika kena rescue. Aku pun tidak tahu macamana mau describe. Aku pun kesian dengan diri aku, apatah lagi dengan mangsa lain macam warga emas dan kanak-kanak.

So, kami ditempatkan di blok-blok kedai berhampiran. Yang penting senang cari makan. Baiklah, kita pun faham para sukarelawan kena beri bantuan kepada yang lain. Takkan la minta hantar sampai depan rumah pula kan?

Dari blok kedai, kena cari pengangkutan untuk balik rumah. Cari teksi tidak jumpa. Akhirnya kena juga naik bas beramai-ramai. 

Rasa macam menyesal pula aku bercuti di masa-masa begini. Agaknya, di masa-masa akan datang kalau bercuti pun kena buat kajian cuaca. Manalah tau kan?


Inilah suasana sebenar di hari berkenaan



Di saat-saat nurse yang terlebih panik dari pesakit/pengunjung


Manakala pengunjung hanya termenung panjang memikirkan..
Berenang ka atau naik bot?


 Ketibaan bantuan para sukarelawan..
I've said it before and I'll say it again:

THANK YOU!




Sep 23, 2014

Kundasang Trip

Assalamualaikum,

Di kala kesibukan melanda, seorang rakan tiba-tiba bersuara, "Kak. Lama sudah kakak tidak update blog". Ya ampun.. masih ada pembaca rupanya. Hehehe

Dipendekkan cerita, kesibukan di tempat kerja adalah sangat luar biasa. Belum start kerja sudah penat. Ada orang kata, kerja ni sampai mati pun tidak abis. So, kita buat satu persatu. Setakat yang terdaya.

Cuti sekolah baru-baru ni, disebabkan sibuk aku langsung tidak plan untuk pergi mana-mana. Setakat hantar anak-anak balik kampung. Tidaklah diorang terperuk di nursery saja. But thanks to my dad, plan mengejut ke Kundasang akhirnya berjaya dilaksanakan. KPI tercapai. Hahahaha..

Memandangkan masa pun terhad, percutian tidak dirancang cuma berlangsung 2 hari 1 malam. Kira oklah. Dalam masa yang singkat aku pun beria-ia jugalah mencari homestay. Mulanya macam malas mau bercuti sebab mau berehat di rumah saja. Tapi tiba-tiba ja rasa excited. Cari punya cari, aku terjumpa Suryati Homestay secara online. RM380 untuk sebuah rumah. 4 bilik, 3 tandas, dapur dan ruang tamu untuk 14 orang. 

Bercuti ramai-ramai, pergi pula di tempat sejuk.. definitely percutian yang berbaloi. Sungguhpun tidak ada shopping complex bagai, tetap juga menenangkan. Sesuai untuk reset semula minda sebelum memulakan semula kerja-kerja yang tidak pandai habis.

Sekian rencana hari ini.

*Tidak ada gambar yg available.. aku malas ambil gambar (hakikatnya aku sangat menyesal!)


May 21, 2014

Hello Kuala Perlis

I know. I know. I know.

Seems like I have so much free time that I some how manage to post a few entries in a few days. Probably because of this apps that I can update secara live in my mobile, or probably I have plenty of time waiting in an event or a meeting. May be a little bit of both. Who knows!

But here I am in Kuala Perlis. For the first time ever! I probably was here when I was little. I couldn't remember. But I will definitely remember this time! I really wish my husband and the kids was here.

It was a brief visits actually. We got our dinner all the way here. Kira macam upacara penutupan la kunun.

Eventhough it was short, but it's definitely owesome! 

Masjid Terapung Kuala Perlis

It was sunset. So, it's georgous!


Visiting Pekan Rabu

Mungkin kerana urusetia rasa simpati terhadap para peserta yg nampak tidak begitu bersemangat bermesyuarat, akhirnya mereka bercadang bawa kami ke pekan rabu. Asalnya macam tidak berminat, tapi mungkin atas desakan jiran2 hotel akhirnya aku pergi la jugek...

Sampai saja ke pekan rabu, tengok geng2 shopping last2 aku shopping la juga. Serunding, jeruk.. Itu ja pun. Semua pun portion 'tukang jual pun malas mau layan'. Dalam erti kata lain, beli secara runcit. Senang cerita, beli sikit2. Takut membazir. 

Lepas tu, nampak buah berangan. Sepertinya org yg tidak pernah nampak buah berangan, maka aku pun beli la dgn semangat berkobar2 di dada. Pakcik tukang jual siap cakap org sabah suka beli buah berangan. Ketara sangat la aku ni orang belah2 sana kan?

Anyway, itu saja la yg aku beli. Bg org yg suka shopping tudung, kain, kerepek dsb mgkn lebih byk la hasilnya.

Hakikatnya, utk ke pekan rabu dari seberang jalan HARUS menaiki jejantas.. Kalau tidak pun tidak la kena saman. Tapi obvious sgt la bukan org local kan?

Pekan Rabu yg tinggal ekan rabu. Ironinya pekan ini buka setiap hari dan bkn hari rabu sahaja.

May 20, 2014

Not as it seems


Dang!! I see squares here and there. The picture doesn't even appeared. *sigh*

I guess apps also had their own fault. Nothing is perfect. That only means.. I can only post an entry with a lots of text (boring) and a few efforts to attach a picture.


Here in Kedah

Due to my absence in blogging world, (ohmygod~as if somebody is going to die if i did'nt blog!! 😱) i decided to install this apps for my mobile. Probably i'm the last person in the world doing it and still feels like i'm the king of the world. 😎

So here i am in alor setar kedah. I'm supposed to attend a week course in kl, yet i'm stranded here due to some order from high-above.. 😓

While looking at the plane ticket, i have some sort of 'feeling' (or is it a de javu?). 20 years ago, i was supposed to go to kedah for a netball tournament. Yep.. ME training so hard i thought i might die, but in the end i didn't go. My mom thought PMR is cruicial to my life that she has to say no. My replacement player is sooo lucky!

More than 10 years ago, i got an offer to further my study in uum, kedah. Of course, i'm excited and all. Once again, my mom has to say no. It's to far and to dangerous for a girl to travel alone (you know la.. Naik bas and all). So, there goes my chances to kedah.

And finally today, i'm here. Eventhough the airport is quite small, the view is fascinating. The food is waaaayyyy to cheap! (I thought i was living in 80's).. 

The funny thing is i actually booked a tabung haji hotel alor setar. Since it's suggested by urusetia. Once we arrived, we rode a shuttle (provided by the hotel).. A few seconds later, we're already there! In SECONDS!. The hotel can be seen from the airport. Probably 700m? Or may be less.

This is my first attempt in blogging using a mobile. If this attempt is a success, you probably will see more of me next time.. 😝


Aiport in the middle of sawah bendang. What a view. The airport is actually the building yg samar2 di hujung sana. May be since it's morning, selubungi kabus la pula..

Mar 19, 2014

Aktiviti Hujung Minggu


Mungkin disebabkan rasa bersalah atau mungkin juga aku semakin sedar yang anak-anak aku kurang enjoy bila hujung minggu.

Kalau tidak angkut diorang sekali pergi ofis sebab si mama kena OT, paling-paling pun bawa diorang makan di luar, lepas tu terus balik.

Tsk tsk tsk.. sungguh kesian...

Memandangkan aku selalu sangat OT bermula awal tahun lepas, aku mula rasa macam bersalah. Mula la bawa anak-anak pegi shopping mall pegi hiburkan hati. Tapi mainan tidak boleh beli. Jadi apalah hiburannya kunun?

Sehinggalah awal Mac lalu, Haikal ada school trip ke Muzium Negeri Sabah. Balik dari trip punyalah excited mamat tu. Kalau boleh setiap hari mau melawat muzium kunun.

Jadi aku bincang dengan si bapa. Sekurang-kurangnya sekali dalam hujung minggu, kena buat aktiviti untuk kanak-kanak. Selama ni semua aktiviti pun macam tiada hiburan untuk diorang.

Dijadikan cerita, langkah pertama.. aku promised mau bawa diorang pegi Perdana Park. Pada pendapat aku la.. Perdana Park ni kira taman paling happening di KK. Ada taman permainan untuk kanak-kanak.. ada taman rekreasi untuk orang dewasa. Lepas tu ada sedikit persembahan tarian air di waktu malam.

Aku dengan penuh confident cakap dengan laki, sementara aku jaga budak-budak di playground, laki aku boleh la jogging beberapa round. BAD IDEA. Melihat betapa ramainya kanak-kanak pada malam tu, aku tidak dapat memantau ketiga-tiganya. Hilang seorang (Dyana). Tarpaksa main teriak-teriak ja panggil nama anak. Lepas tu baru perasan di satu sudut, minah ni menangis teresak-esak.

Kebetulan laki baru balik dari jogging, terus dia tanya kenapa tidak pergi taman permainan lagi satu. Di situ kurang sibuk kunun.. Aishhhh... selepas aku bertungkus lumus jadi supervisor tanpa gaji baru dia kasitau aku?

 Lokasi taman permainan yang impossible untuk memantau 3 budak hitam


Lokasi ke-2 taman permainan yang aman dan damai


Look how excited my kids are :)


The next week, aku kena OT lagi. So, tiada sebarang aktiviti sangat. Tapi last week aku bawa pegi PetroSains, KK.


Ramai la pula rombongan cik kiah.. hehehe


 Dyana paling excited buat aktiviti ni. Semua pun dia mau color. 
Hampir tiada peluang kanak-kanak lain.


 Entah kenapa, bila masuk Petrosains ni.. aku pun terlebih excited. Bukan aku saja, cikgu-cikgi pun excited. Ada banyak aktiviti menguji minda di sini. Which of course student bawah 12 tahun tidak berminat sangat. Jadi kami yang senior ni la paling minta puji.. 

Just for info:
PetroSains ni dibuka setiap hari. 
Hujung minggu (Sabtu & Ahad) dari jam 9 pagi - 2 ptg. 
Masuk adalah percuma.

Mar 7, 2014

Movie : Non-Stop [2014]


Just like the title, it's a non-stop post. Hahahaha..

Last night, kononnya mau bawa Haikal tengok movie since my youngest is in Labuan with his grandma. So, it's a movie time for me, hubby, Haikal and Dyana.

Asalnya mau tengok movie pasal LEGO, but in the end the mom is getting selfish and wanted to watch the new movie of her favorite uncle Liam. Somehow Kevin Costner is not interesting as uncle Liam anymore. Not even close! So, the mom choose Non-Stop over 3 days to Kill.



Sinopsis
The movie is about an Air Marshall trying to catch the person who threaten to kill each of the passenger every 20 minutes until 150 millions is bank-in into an off-shore account. It's a international flight that took 6 hours (more or less) and about 150 passenger on board. Kalau 1 jam, 5 orang mati. Kalau 6 jam, 6x5 = 30 passenger. Secara logiknya, in the worse case scenario 120 passengers can be saved. But being an Air Marshall, that's not the case. Rather than tossing one passenger to death every 20 minutes (macam korban), each passenger nampaknya begitu berharga. So, he had to stop the killing. Tau apa yang paling menarik? I'd only get to know 'si penjahat' 15 minutes before the movie is over. Of course la since we had 150 suspects on the plane. I was more busy looking at other passengers than watching the movie (macam la aku boleh tolong sangat). But somehow semua yg aku suspect, semua salah. So did my husband.   

Movie : The Monuments Men [2014]


It's been a while...

Bila ada anak kecil, aktiviti menonton wayang is more like playing hide & seek di tempat gelap. Sekali sekala, suara-suara kecil akan kedengaran jelas panggil "Mama!!" Which of course, the more you hear it, the more you're sinking on your own seat. 

Anyhow, hubby suruh aku cuti untuk daftar sekolah Dyana (kemasukan Tahun 1 tahun depan). Memandangkan kami merancang untuk pergi ke sekolah berkenaan sebelah petang, aku pun ajak la suami nonton wayang.

Dari senarai wayang yang ada, aku cuma tertarik mau tengok wayang ni. Kenapa?


Judging from the cast line-up, it's hard to resist kan?


Sinopsis
Memandangkan ini cerita perang, aku harapkan wayang ini akan penuh dengan letupan dan darah berpercikan sana dan sini. Well, you can see that of course since it's a war (duh..). Cuma tidak la sedasyat yang aku harapkan.  More than anything this story is not about the war. It's more about saving karya agung Perancis dan England dari dicuri oleh Nazi dan orang Rusia dan memulangkannya ke negara asal. The more I see it, the more I see the similarity between this movie and Saving Private Ryan. Except this time, it's the paintings. Though it's not much of a bomb or blood, I have to say it's a nice movie. Of course since it's based on a true story. The humor between these Monuments Men is definitely refreshing. 


Allowances


Not very long time ago, Haikal tanya aku soalan berkaitan homework. Since it's english, I guess I'm the person in-charge. We had this MoU between my hubby and I regarding the kids homework. I'll be taking care most of the subjects except Science, Bahasa Arab and Pendidikan Islam. Maths is more like a join venture :).

Apa yang menarik, salah satu topik homework yang Haikal kena buat berkenaan dengan perbelanjaan berhemat. How we should not buy anything which is unnecessary. Kalau mau beli barang yang mahal, simpan duit (menabung). Jangan berhutang and etc.

Memandangkan ia sudah termaktub dalam buku teks, aku mengambil keputusan mempraktikkan apa yang tertulis dalam buku teks so he'll understand it better.

It's a good thing for me too. It's more than a month aku tidak beli mainan untuk budak-budak. Usually, kalau jalan-jalan mesti ada terbeli. Walaupun yang murah. Aku bagitau Haikal, start dari tahun ni aku akan menguatkuasakan sistem elaun. 

It's more like mat salleh punya type of allowance, tapi telah diubahsuai sedikit. I'll be giving Haikal RM15 for a week as some sort of allowance. With that RM15, Haikal gunakan untuk belanja ke sekolah. Kalau lepas seminggu duit tu masih berbaki, Haikal boleh simpan baki dalam tabung. For example, setiap hari Haikal cuma ambil RM2 sebelum ke sekolah. For monday - friday, it's only RM10. He can keep the remaining RM5. 

Untuk menjadikan ia lebih menarik, aku letakkan RM15 (semua dalam not RM1) dalam satu buku khas dan diletakkan di kereta (sebab tiap pagi aku yg hantar pergi sekolah). Setiap pagi aku akan nampak berapa banyak dia ambil. Aku boleh nampak macamana dia berkira-kira sama ada mau ambil RM1 atau RM2. Siap buat bajet lagi.. "Hari ni Haikal beli mee 50 sen, lepas tu air 50 sen. 1 ringgit pun cukuplah."

It's interesting bila tengok anak sudah pandai merancang perbelanjaan. Tapi keadaan ini bergantung pada jenis anak. Since Haikal beriya-iya mau beli produk LEGO whenever kami berkunjung ke LEGOLAND (perancangan hujung tahun ni), maka dia lebih bersungguh-sungguh mengumpul duit. :)


Feb 27, 2014

Technology Update

Tidak lama dulu bila server aku bengong2, aku terpaksa berangkut anak 3 serangkai aku ke ofis. Tidak kira malam mahu pun hujung minggu. 

Not that I'm not being considerate to the kids, rather than resting at home or enjoying their selves at playground or shopping mall, they ended up 'melepak' di ofis aku yang suam-suam kuku di luar office hour. Kalau bawa masuk bilik server (sungguhpun sejuk yg teramat), aku ada sedikit keraguan yang anak2 aku ni tidak gatal tangan tekan2 server orang. 

My husband is lacking in 'taking care of the children' department. Most of the time, walaupun bapa diorang ampai2 di sana, some how I ended up as their go-to person. So, it's hard. Really hard.

So, at that time.. a colleague tanya anak2 aku. "Bila sudah besar mo jadi apa?"

Belum sempat anak aku jawab, dia sambung. "Jangan jadi orang IT. Susah."

Terus aku terfikir. Kalau artis tidak berkenan anak diorang jadi artis, aku pun macam kurang berkenan anak aku jadi orang IT. Nanti kalau anak2 aku tanya, ini jawapan jujur aku.

Bagi aku jadi orang IT ni perlu ada kesabaran dan kesungguhan. Teknologi IT sentiasa berubah. Setiap masa. Kalau tidak update, kita pula tertinggal. Tapi mau mengupdate perlu masa dan tenaga. Which means I have to be ready 24 hours. It's ok if you're single or a married man (since the wife will take care of everything). But in my case.. I really don't know where to start. *sigh* 

Dalam umur aku sekarang ni, aku tidak dapat membayangkan di kala aku berumur 68 tahun masih sibuk tengok coding atau merayau-rayau di bilik server. Ke mana-mana pun bawa laptop. Apalah yg cucu aku fikir kan? Coolnya nenek aku.. atau Nerdnya nenek aku.. 

Mungkin bukan semua orang IT macam tu. Bergantung pada bidang masing2. Kalau kena yang kritikal, well.. Good luck? Kalau kena yg tidak kritikal.. good for you! *clap clap*

Whatever it is.. to the IT people around the world. I salute you!




Feb 25, 2014

Life Update

OH MY GOD!!!

I'm pretty sure I already forgotten the password to this blog. Nasib baiklah tidak!

I won't bother you with the lame (yet popular) excuse saying that I'm busy. Which is I really do. Serious. No joke!

The Kids Update

The kids are being the kids. Adorable yet impossible. 

Haikal seems to know a little about diet. Bila ramai yang tegur dia makin gemuk, pandai pula dia gabra mau berdiet. At the beginning, macam berhasil. Lately, macam 'makin bersemangat' la pula.

Deyana is being a drama queen lately. Setiap kali hantar ke sekolah dia akan buat scene seperti di bawah:


Which is interesting yet embarrassing. 

Hakim is starting to throw a few words. Since he's almost 2 y/o and all. Nampak kucing, dia sebut 'ucing'. Nampak anjing, masih juga 'ucing'. Nampak burung, tiba-tiba 'ucing'! Bila cakap salah, siap hentak-hentak kaki. Bah! Baiklah. Semua pun ucing.


My Update

Nothing much happened to this 36 y/o ahjumma. Beside of being busy at work, at home and wherever I go (most mothers do), I actually doesn't have anything to update. 

Oh wait! I participated dalam sukan staff a few weeks ago. I originally joined 2 sports (bola jaring and bola tampar) yet my name was submitted for 4 different kind of sports. I kinda escape 1 though. :) 

Tidak ada sebarang pingat dimenangi. Tidak ada sebarang sakit-sakit badan dialami. Sama ada aku makin fit, atau aku tidak banyak bergerak. Hahahaha

But more than anything else, I had a very good time!