May 21, 2014

Visiting Pekan Rabu

Mungkin kerana urusetia rasa simpati terhadap para peserta yg nampak tidak begitu bersemangat bermesyuarat, akhirnya mereka bercadang bawa kami ke pekan rabu. Asalnya macam tidak berminat, tapi mungkin atas desakan jiran2 hotel akhirnya aku pergi la jugek...

Sampai saja ke pekan rabu, tengok geng2 shopping last2 aku shopping la juga. Serunding, jeruk.. Itu ja pun. Semua pun portion 'tukang jual pun malas mau layan'. Dalam erti kata lain, beli secara runcit. Senang cerita, beli sikit2. Takut membazir. 

Lepas tu, nampak buah berangan. Sepertinya org yg tidak pernah nampak buah berangan, maka aku pun beli la dgn semangat berkobar2 di dada. Pakcik tukang jual siap cakap org sabah suka beli buah berangan. Ketara sangat la aku ni orang belah2 sana kan?

Anyway, itu saja la yg aku beli. Bg org yg suka shopping tudung, kain, kerepek dsb mgkn lebih byk la hasilnya.

Hakikatnya, utk ke pekan rabu dari seberang jalan HARUS menaiki jejantas.. Kalau tidak pun tidak la kena saman. Tapi obvious sgt la bukan org local kan?

Pekan Rabu yg tinggal ekan rabu. Ironinya pekan ini buka setiap hari dan bkn hari rabu sahaja.

No comments:

Post a Comment