Assalamualaikum,
Agaknya mungkin sebab rasa penat dan 'sedikit' stress, aku merancang untuk ambil cuti panjang sikit sempena Hari Raya Haji. Plan untuk balik kampung memang sudah lama dilupakan memandangkan si suami sudah jadi jawatankuasa korban 'tetap dan berpencen' untuk jabatan dia.
Apapun, melepak di rumah bersama anak-anak pun bukanlah aktiviti yang membosankan. Macam juga bersenam secara fizikal dan mental.
Memandangkan Hakim ada temujanji klinik pada 7/10/2014, aku pun plan la cuti. Ini termasuklah aktiviti bertemujanji bersama si suami. Plan aku sangat la simple. Lepas hantar si abang dan si kakak ke sekolah, terus pergi klinik. Balik dari klinik, hantar si kecil ke nursery dan teruskan program jalan-jalan cari makan. Kali ni memang tidak ada plan mau tengok wayang.
Seperti biasa, walaupun temujanjinya pukul 8.00 pagi, proses pemeriksaan oleh pelatih jururawat (yang kebanyakannya lelaki dan masih menggigil bila menulis :)) selesai pada pukul 10.30 pagi. Tiba-tiba ada nurse yang buat liputan langsung. "Macamana la kita mau pulang ni? Banjir sudah". Eh? Tadi macam masih ok, tiba-tiba banjir?
Keluar dari klinik, aku nampak ramai betul mangsa banjir lepak di luar (kebetulan klinik ni atas bukit). Aku tinjau la sikit kalau-kalau banjir ni seburuk yang dilaporkan.
Paras air sampai dada. Ok, ini memang teruk. Nasib baik si suami sudah tapau sarapan pagi. Jadi tidaklah kebulur sangat. Tapi sayangnya air hanya surut ke paras paha jam 4.30 petang. Masih belum membolehkan kereta-kereta kecil dan pendek untuk berenang-renang ke kuala.
Satu perkara yang menjadi kerisauan, dengan jumlah mangsa banjir yang menumpang kasih di klinik ni, rasanya bekalan makanan memang tidak akan mencukupi. Sedangkan makan tengah hari pun berebut-rebut (agaknya semua orang pun takut kebulur di musim banjir ni), inikan pula makan malam. Kami cuma sempat beli sepinggan mee goreng kosong. Itupun sebab anak kelaparan. Rasanya di saat-saat macam ini, keutamaan perlu diberikan pada kanak-kanak, ibu-ibu mengandung dan warga emas. Yang pastinya ia meliputi 80% mangsa banjir di klinik. Nama pun klinik kan? Jadi mana-mana yang tidak dinyatakan di atas, agak-agaklah kan?
Tepat jam 4.30 petang, sekumpulan sukarelawan 4x4 Penampang safari sedia untuk mengangkut mangsa banjir ke kawasan yang lebih selamat. Di klinik pun selamat juga, tapi kalau mati kebulur pun tidak guna juga. Si suami bercadang, tinggalkan kereta dan tumpang sukarelawan berkenaan.
Agaknya, beginilah rasa mangsa banjir ketika kena rescue. Aku pun tidak tahu macamana mau describe. Aku pun kesian dengan diri aku, apatah lagi dengan mangsa lain macam warga emas dan kanak-kanak.
So, kami ditempatkan di blok-blok kedai berhampiran. Yang penting senang cari makan. Baiklah, kita pun faham para sukarelawan kena beri bantuan kepada yang lain. Takkan la minta hantar sampai depan rumah pula kan?
Dari blok kedai, kena cari pengangkutan untuk balik rumah. Cari teksi tidak jumpa. Akhirnya kena juga naik bas beramai-ramai.
Rasa macam menyesal pula aku bercuti di masa-masa begini. Agaknya, di masa-masa akan datang kalau bercuti pun kena buat kajian cuaca. Manalah tau kan?
Inilah suasana sebenar di hari berkenaan
Di saat-saat nurse yang terlebih panik dari pesakit/pengunjung
Manakala pengunjung hanya termenung panjang memikirkan..
Berenang ka atau naik bot?
Ketibaan bantuan para sukarelawan..
I've said it before and I'll say it again:
THANK YOU!
No comments:
Post a Comment