Sep 23, 2014

Kundasang Trip

Assalamualaikum,

Di kala kesibukan melanda, seorang rakan tiba-tiba bersuara, "Kak. Lama sudah kakak tidak update blog". Ya ampun.. masih ada pembaca rupanya. Hehehe

Dipendekkan cerita, kesibukan di tempat kerja adalah sangat luar biasa. Belum start kerja sudah penat. Ada orang kata, kerja ni sampai mati pun tidak abis. So, kita buat satu persatu. Setakat yang terdaya.

Cuti sekolah baru-baru ni, disebabkan sibuk aku langsung tidak plan untuk pergi mana-mana. Setakat hantar anak-anak balik kampung. Tidaklah diorang terperuk di nursery saja. But thanks to my dad, plan mengejut ke Kundasang akhirnya berjaya dilaksanakan. KPI tercapai. Hahahaha..

Memandangkan masa pun terhad, percutian tidak dirancang cuma berlangsung 2 hari 1 malam. Kira oklah. Dalam masa yang singkat aku pun beria-ia jugalah mencari homestay. Mulanya macam malas mau bercuti sebab mau berehat di rumah saja. Tapi tiba-tiba ja rasa excited. Cari punya cari, aku terjumpa Suryati Homestay secara online. RM380 untuk sebuah rumah. 4 bilik, 3 tandas, dapur dan ruang tamu untuk 14 orang. 

Bercuti ramai-ramai, pergi pula di tempat sejuk.. definitely percutian yang berbaloi. Sungguhpun tidak ada shopping complex bagai, tetap juga menenangkan. Sesuai untuk reset semula minda sebelum memulakan semula kerja-kerja yang tidak pandai habis.

Sekian rencana hari ini.

*Tidak ada gambar yg available.. aku malas ambil gambar (hakikatnya aku sangat menyesal!)


No comments:

Post a Comment