Mar 14, 2011

Tsunami alert

Balik dari kerja, adik lelaki aku telefon.. "Hati2. Dijangka malam ni ada tsunami melanda Sabah disebabkan gempa bumi yang melanda Jepun". Aku pun jawab la "Bah, iyalah." Agaknya kenapa la aku tidak panic attack kan? Bah baiklah.. mari aku cerita.

Tahun 2004, Disember 26

Masih kah kau ingat? Apabila Tsunami melanda Aceh, Indonesia dan turut melanda Malaysia (Penang)? Rasanya kita pun tau apa kesannya kepada setiap rakyat Malaysia. Setiap kali ada gempa bumi di asia, setiap kali tu la orang Malaysia kena panic attack.

Tahun 2005, Febuari 7

Apabila gempa bumi melanda Filipina, sebahagian rakyat Sabah mula menunjukkan simptom2 panic attack. Aku? Tidak terkecuali. Disebabkan kami menyewa dekat kawasan pantai, sure la aku pun ada rasa tidak senang duduk. Masa tu anak aku baru 6 bulan. Sambil2 tengok berita, sambil2 tu la aku packing beberapa barang penting. Nama pun langkah berjaga2, tidak salah kalau bersedia. Barang penting aku, semua
nya kad pengenalan dan surat beranak serta keperluan anak. Laki aku sibuk tukar2 channel berita, aku pula sibuk intai tingkap keluar. Mana la tau. Tiba2, nun di luar sana aku ternampak kelibat 2 orang wanita bertelekung (tuan rumah aku dgn anak dia la tuu) sedang berpelukan sambil menangis.. Ok, kalau tadi aku cakap aku tenang, sekarang sudah mula rasa gusar kunun. Tidak lama selepas itu, tiba2 aku nampak sekumpulan pemuda lengkap dengan beg pakaian melompat naik ke sebuah kereta pacuan 4 roda (Hilux ahh.. klu Land Cruiser kamu mo lombat naik, ada pula yg ter'missed' lompatan nanti). Aku mula la rasa tidak sedap hati. Aku tnya laki aku, "Perlukah kita beredar?". Actually tidak la begitu soalannya, tp mana la aku ingat dialog aku 6 thn lalu. Yang penting maksudnya sama la. Laki aku cakap, "Tunggu dulu. Kita dengar berita." Lebih kurang la.. sambil melihat keluar jendela. Tiba2 lagi kelihatan kelibat seorang pemuda berlarian dengan lintang pukang sambil menjerit "Tsunami! Tsunami!". Lantas aku dan suami segera meninggalkan rumah dan masuk ke kereta. Pause.

Punya la tidak best buat karangan ni. Oleh sebab kununnya, berdasarkan sejarah kalau time tsunami tempat perlindungan terbaik adalah masjid dan tempat tinggi, kami cuma terfikir mo pi rumah kawan kami yang tidak juga tinggi sangat bukitnya. Tapi
sekurang2nya tidak la di tepi pantai. Kononnya niat hati tu, kalau betul la bencana bakal menimpa sekurang2nya kita bersama orang yang kita kenal. Sepanjang perjalanan kami pegi ke rumah kawan kami ni, kami nampak ada beberapa orang pengunjung tetap persidangan meja bulat (kedai kopi) ternganga2 menengok bilangan kereta yang banyak dan laju meninggalkan rumah masing2. Ish ish ish.. kesian betul diorg. Serba ketidaktahuan!

Sampai rumah kawan kami, dia pun terkial2 la tengok kami macam orang kena cari polis. Bawa IC ja semata2. Cerita punya cerita, penat dan seterusnya bermalam la di rumah si kawan. Esok pagi si kawan cakap "Amacam ni? Tiada pun tsunami!!", sambil tahan2 ketawa. Ces!!

Tahun 2011, Mac 11
Adik aku call gempa bumi melanda Jepun. Amaran tsunam
i turut dikeluarkan. Mungkin sebab aku tidak mau pisang berbuah 2 kali, kali ni aku redha ja. Kalau sudah memang tersurat macam tu, kita terima ja la. Aku duduk rumah (tidak pun tengok berita), anak aku tengok kartun dan buat aktiviti lain, laki aku pula main futsal. Bukan tidak peduli, cuma kalau betul2 terjadi tiada apa juga kita boleh buat. Mungkin lain kali instead of mengheboh2kan amaran tsunami kepada rakan taulan dan keluarga, lebih baik lagi kita minta ampun dengan diorg. Ada juga pekdahnya.

Gambar ni saja ja untuk perhiasan hehehe. Diambil sehari selepas amaran tsunami keluar semasa menunggu mama sama adik aku keluar dari feri ekspress lbn-kk.

1 comment: