Mar 7, 2011

Eksperimen : Week 1

Dekat sebulan juga la Haikal sibuk membebel supaya aku tanam pokok di kotak susu subsidi kerajaan. Aku pula asyik cakap iya sajalah untuk menyenangkan hati si jantung hati aku ni. Mati2 aku ingat, cikgu dia suruh pesan macam tu untuk tujuan mengajar murid macamna mo recycle barang. Sehinggalah aku nampak buku teks dan buku kerja Haikal.


Kalau diikutkan, aku cuma perlu beli anak pokok (sayur) lepas tu tanamkan dalam kotak susu. Lepas tu ukurlah ketinggian pokok tu selama 3 minggu.


Tapi sebab aku seorang ibu yang gemarkan cabaran (fuh!! macam berat pula hati aku mo ngaku), maka aku pun ajar la anak aku dari menanam benih lagi. Biar dia paham sikit macamna mo tanam sayur. Maka, ber'karih2' la aku membeli benih sayur di Tamu Putatan. Oklah.. dalam kotak susu cakap sayur, tapi tidak banyak option sayur yang kita boleh pilih kalau mo ada pokok segala. Jadi aku terhadkan pilihan sayur aku kepada sayur yang confirm boleh diukur ketinggiannya. Contohnya sayur bendi. Selain tu, aku tanam juga la pokok betik sebab aku rasa pokok ni tahan lasak sikit. Lepas beli biji benih, aku beli tanah. Kalau tidak jadi tanaman aku ni, sahlah tanah aku tu yang tidak bagus!! Ini adalah kenyataan..

Lepas tu aku ajar la si Haikal. Semua pun aku bagi hands-on supaya senang dia mo ingat kunun..


Mula2 masukkan tanah.
Sepatutnya, aku tanam satu pokok ja. Tapi sebab aku takut outcomenya tidak begitu menjadi, aku buat 6 kotak susu. Kalau itu pun tidak jadi, baru aku pakai plan B - Beli pokok sayur yang sudah besar.


Masukkan biji benih.
Kalau mengikut petua mama aku, kalau orang yang tangannya sejuk, apa saja yang ditanam confirm jadi. Walaupun setakat main buang2 saja. Kalau tangan panas, macamna banyak pun baja dia letak confirm pokok tu tidak menjadi. Setelah mendapat pengesahan dari mama aku, aku ni kononnya bertangan sejuk (walaupun aku tidak suka tanam bunga), dan inilah masanya untuk aku tengok kalau anak jantan aku ni bertangan sejuk atau panas. Eksperimen serampang 2 mata.



Siram air.
Jangan terlalu banyak. Aku siap tanda mana satu bakal jadi betik, mana satu bakal jadi bendi. Kalau tiba2 jadi pokok kacang, itu confirm salah tukang jual biji benih!! Tiada warranty lagi tu..



Simpan di tempat yang sesuai
dan mestilah ada cahaya matahari. Nasiblah kalau kena kacau budak2 lain aku tawakal ja la..


Lepas saja aktiviti tanam menanam, sepatutnya kita tunggu la dalam seminggu 2. Tapi tidak sampai 5 minit letak di tepi tingkap, Haikal sudah tanya..

"Besar sudah ka pokok Haikal?"


ish ish ish.. tiada kesabaran betul budak ini..

3 comments:

  1. jangan jak dia p tanam kereta mainan dia, supaya boleh jadi besar dan boleh bawa p tamu. hahaha..

    ReplyDelete
  2. wuih.. klu kereta mainan ble jd besar.. nda payah haikal, mamanya pun menanam.. hehehe pelaburan kunun..

    ReplyDelete
  3. hehehe... cakap pasal tanam kereta, teingat pula sama sketsa di youtube http://www.youtube.com/watch?v=5sTUu9yub2g

    ReplyDelete