Sejujur-jujurnya, jujur aku cakap (ini sincerely jujur ni ahh) aku hampir putus asa tengok hasil kajian kami anak beranak. Masuk Day 4, masih belum menunjukkan sebarang kejayaan. Hahaha biasalah orang tidak pernah tanam sayur ni kan.. mana la aku tau berapa hari la tu sayur mo bercambah. Adik aku siap berskype lagi tanya eksperimen kami.. sebelum tu dia sibuk berskype sma anak2 aku sebab rindu kunun.
Masuk Day 5 baru la aku nampak sedikit percambahan. Hehe tidak semua la, tapi boleh la.. ada juga la mo disukat2 si Haikal.
Daripada 6 kotak susu yang kami tanam, 2 daripadanya menunjukkan hasil. Daripada 4 benih bendi kami tanam, 2 mula menampakkan tanda2 kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. berkat tangan 'sejuk' si mama dan si anak. kekeke.. Daripada 3 benih buah betik kami tanam, semua pun hempeh!! Sama ada aku lupa baca2 jampi atau itu betik bukan spesis yang subur. Atau juga mgkn tukang tanamnya belum abis silibus. Manalah tau betik ni ambil masa lama untuk di tanam. Oleh itu, sila tunggu sekejap. Kasi can aku google dulu.
It's official!! Benih betik aku kebingungan seperti mana si tukang tanam. Kalau mengikut tips pertanian yang betul, banyak term2 dia yg aku kurang paham. Pakai pasir sungai segala. Bagus kalau aku tinggal di tepi sungai. Paling penting, diorg cakap sepatutnya selepas 1 minggu biji betik akan bercambah. Macam tiada apa2 pun aku tengok.. huhu anggap sja la projek yang satu ni gagal. Apa2 pun bagi memperkenalkan sifat tidak berputus asa di kalangan kanak2, kita biar dulu itu eksperimen betik dalam 2-3 minggu. Manalah tau..
Dari 2 kotak susu si mama tanam, 1 sudah mula menunjukkan daun. Dari 4 kotak si anak tanam, 1 mula menunjukkan daun. Keputusannya, kira tangan anak aku ni sejuk juga la.. hehe.
Cukup la aku membebel pasal tanaman kami anak beranak. Kamu tengok la sendiri hasilnya. Chewah!!!
Tadaa... ini lah projek hujung minggu ibu&anak. Highly recommended bagi anak2 yang kurang minat belajar. Ajar dia tanggungjawab untuk menjaga pokok. Tanam dan siram walaupun siram kebanyakan si mama yang buat sebab si anak malas. Huhuhu..
No comments:
Post a Comment