Mar 21, 2011

Genius

Seminggu cuti sekolah, seperti mana kebanyakan sekolah2 yang lain homework adalah satu keperluan. Disebabkan kesibukan si ibu dan bapa yang terpaksa bekerja di hujung minggu (nasib kau lah labuu..) maka, baru semalam aku sibuk2 mengerah si Haikal menyiapkan homework berkenaan. Aku ambil sekyen Bahasa Malaysia, laki aku ambil seksyen Matematik. Ikut kepakaran masing2 la konon. Tapi sebenarnya sebab laki aku tidak tahan mo ajar si Haikal membaca. Ada slow sikit berbanding mengira. Alahh... lebih kurang macam budak2 lelaki yang lain juga la.

Baru setengah siap, aku terpaksa jadi cook pula. Kalau tidak bertambah meragam la org yang buat homework tu. Sebab aku sibuk di dapur, maka terpaksalah si bapa mengambil alih memantau si Haikal membaca.

M.E. me
L.I. li
H.A.T hat

MENENGOK!!

Oh tidak!! Apakah anak aku seorang genius? Daripada membaca perkataan yang terpapar dalam kertas tersebut, dia bagi maksud lain bagi melihat. Adakah aku perlu gembira atau aku perlu risau kerana dia ditempatkan di kelas yang salah? hahahaha

Ok la, aku ku tau kadang2 kita kena bagi masa anak2 berkembang dengan sendirinya. Tapi aku rasa aku kena buat sesuatu dengan level kemalasan si Haikal dalam membaca. Aku kena ubah pendekatan teknik membaca Haikal dalam tempoh masa terdekat ni.. Kalau berjaya, nanti aku bagi tau methodology yang aku pakai untuk bakal genius aku ni. kekekeke

Amacam? Ada gaya genius kan? Hahaha


Ini la rupanya homework Bahasa Malaysia si Haikal

1 comment: