Mar 11, 2011

My New Pet

Jangan risau.. tajuk tu memang betul. Untuk sementara waktu ni aku ada pet baru. Bukan pun aku mo pelihara sangat, tapi sebab aku teringat petua mama aku.

Ini semua sebab sepupu aku, Anas suruh keluarkan satu serangga ni dari bilik pejabat dia. Setahu aku yang tidak berapa tahu ni, serangga ni bukanlah jenis yang merbahaya. Macamna aku tau? My mom pernah kasi tau kononnya serangga ni boleh dijadikan ubat. Cuma aku tidak berapa ingat ubat untuk apa.

Tiba2 datanglah Dr. Jurin menerangkan khasiat serangga tersebut. TING!!! Barulah aku teringat.. Mengikut Dr. Jurin, serangga ni perlu dibiarkan mati terlebih dahulu untuk jangkamasa tertentu sehinggalah ianya kering. Setelah itu, apabila digosokkan di pusat budak yang selalu kencing malam (hanya bagi budak yang melepasi tahap umur tertentu sahaja), dia akan automatically berhenti.

Memandangkan anak aku masih kencing malam (tidak setiap malam, tapi kalau terus berhenti kan bagus) walaupun sudah Darjah 1, maka aku berniat mo menyahut cabaran untuk melihat keberkesanan rawatan tradisional ini. Sama2lah kita lihat hasilnya nanti..

Oppss lupa. Nah!! ini la serangga yang aku maksudkan..


Kalau dari sudut ini nampak macam nyamuk gergasi la pula..


Ini baru la betul...

2 comments: