Mar 4, 2011

Auditee

Apa akan terjadi bila yang diaudit tidak tau pun dia akan diaudit? Apa yang aku tau, kami dimaklumkan untuk jaga sistem undi sahaja dan bukan auditor. Tiba2.. datang lah auditor bertanyakan soalan yang kami sendiri tidak pasti di mana hujung dan di mana pangkal. Alaaa... sama la macam kena pop kuiz zaman kita belajar dulu..

Auditor : Saya mau tengok pendrive.
Auditee1 : Pendrive? (sambil menyiku2 Laurah - rakan seangkatan yang sama2 lost dalam kes ini)
Auditor : Ya. Pendrive.
Auditee2 : Saya mana ada pendrive.
Auditee1 : Aku mana ada. External hard disk ada la.. boleh pakai ka tu?
Auditor : Tidak, saya mo tengok pendrive.
Auditee1 : Lan (juruteknik), pinjam dulu pendrive kau!

Aku pun bagi la pendrive yang penuh dengan kunci segala peti besi atau pintu yang ada di KK ni.

Auditor : Tidak. Saya mau yang kosong.
Auditee1 : Jadi, mo di format lagi ka ni?
Auditor : Tidak.. Pendrive kosong yang belum dibuka lagi.
Auditee1 & 2 : Hah???

Aku pun suruh la call orang2 yang bertanggungjawab berkenaan dengan hal ini. Rupanya.. setiap zone perlu ada 2 pendrive yang masih di dalam bungkusannya untuk ditunjukkan pada auditor. Kalau aku jadi auditor, terbahak2 sudah aku ketawa. Nasib ja auditor tu serius semacam.. dalam hati aku tidak tau la pula..


Suasana zone yang kami jaga..


Ejen calon dan calon2 bersiap sedia untuk memancing undi..


Rakan yang sama2 lost bila kena audit.. termasuk la 2 orang yang nampak sibuk tu.. hehehe

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. bergambar dalam keadaan lost dan bangga memegang kunci pen drive yang tak sepatutnya berada dalam keadaan begitu. ni kalau ketua auditor nampak, boleh jadi bahan bukti untuk buat E-voting semula sebab yang dulu tu tidak sah di sisi undang-undang. dakwah pompuan bertudung biru itu!! hahahaha...

    ReplyDelete
  3. iya betul!!! Dia lah yang bersalah!! kekeke

    ReplyDelete