Jan 22, 2013

My favorite moment


Assalamualaikum,


Setiap hari jumaat turn aku pula hantar Haikal pegi sekolah. Ambil di nursery lepas tu bawa dia pegi makan.



 Padahal di nursery sudah makan.. tapi tengok aku makan dia pun join sekali..



Sedang bercerita la ni kununnya..


Sejak beradik ni, Haikal selalu terasa hati kununnya si mama macam sudah tidak sayang dia. Jadi adalah penting bagi aku untuk selalu cakap "Mama sayang Haikal.." all the time. Tapi itu hanya sekadar cakap ja kan?



Apa yg aku perasan, satu-satunya masa aku bersama anak-anak sama ada dalam kereta (waktu balik kerja) dan selebihnya selepas makan malam. Itupun kira nasib la kalau lepas makan malam aku tidak tertidur. Kalau aku tertidur, alamatnya to be continue ke esok pagi. Itupun dalam kereta di kala anak-anak menyambung tidur.



Most of the time, masa dalam kereta bila Haikal mula bercerita aku jarang mendengar. Aku tidak biasa bercerita kalau tiada eye contact ni. Tidak boleh fokus rasanya. Jadi hasilnya, aku cuma cakap.. Iya? atau Hmm.. atau Oh...



2 minggu lalu, aku ada tengok satu movie. Courageous [2011]. Sungguhpun pelakonnya tidak terkenal dan tidak handsome sangat dan tidak muda (apa kaitan?), tapi jalan ceritanya sangat bermakna (bagi aku la).









Mengisahkan 5 orang sahabat (4 polis dan 1 org handyman) yang sudah berkeluarga (no wonder la macam tidak menarik kan?). Apabila seorang daripada mereka kehilangan anak akibat kemalangan, si bapa bertekad untuk membuat resolusi menghargai masanya untuk anak lelakinya yg masih hidup. Disebabkan resolusi ini, 4 orang rakan yg lain pun turut serta. 



Jalan ceritanya simple saja. Tapi maksudnya mendalam. Terasa macam berkait rapat pula dengan hidup macam aku ni. 



Jadi aku terfikir, bila la kali terakhir aku betul-betul dengar masalah atau cerita atau gurauan Haikal? Hujung minggu. Aku ada 7 hari dalam seminggu, tapi aku cuma betul-betul spent time dengan anak-anak di hujung minggu. Itupun diorang kena share dengan adik beradik.



So, aku jadikan hari jumaat Hari Haikal. Sebelum hantar pergi sekolah, bawa pergi makan sambil borak-borak pasal kawan-kawan dia atau cikgu-cikgu dia. Lepas tu baru hantar pergi sekolah. Sungguhpun setakat  1 jam, tapi aku rasa puas hati. Sebab aku betul-betul mendengar. :)



Lepas tu aku terfikir, mungkin aku perlu ada masa berdua-duaan dengan Dyana (mungkin jalan-jalan atau shopping) dan Hakim (aku masih belum ada idea mo buat aktiviti apa). Sambil-sambil tu cari masa untuk dating dengan hubby. Tengok wayang atau bersukan (itu sajalah aktiviti yg laki aku suka). Kesimpulannya, kena juga cari masa. 


Tiba-tiba aku jadi jeles sama mama aku. Dia selalu berdua-duaan dengan Dyana terutamanya masa mama aku sibuk siram bunga. Tapi malangnya, aku tiada bunga. Ish ish ish..


Hasil dari cit cat kami (aku dgn Haikal) jumaat lepas..

Haikal : Mama tau, cikgu selalu tengok Haikal.
Aku : Cikgu apa?
Haikal : Semua cikgu.
Aku : Kenapa?
Haikal : Haikal pun tidak tau.
Aku : Mungkin muka Haikal kotor kali?
Haikal : Tidaklah. 
Aku : Kawan-kawan lain cikgu tidak tengok?
Haikal : Tidak. Cikgu tengok Haikal saja. Syazwaniza cakap sebab Haikal hensem.

*Bantai gelak kuat-kuat!! Hahahahaha*

Aku : Adakah macam tu.. (sambung ketawa lagi)
Haikal : Eh! Mama ni.... (sambil malu-malu)

Budak 9 tahun pun sudah pandai guna perkataan hensem... maju ke depan betul budak-budak sekarang ni.. 




No comments:

Post a Comment