Assalamualaikum,
Disebabkan aku diserang panik atas sebab produksi susu yang semakin berkurangan, akhirnya aku pun cubalah pelbagai cara yang terdapat dalam internet.
1. Nursing Tea jenama Joy Angel
Sebelum ni ada cuba Nursing Tea jenama Joy Angel. Bagi aku boleh tahan. Peningkatan sebanyak 1-2 oz setiap kali pam. Kira ok la tu. Cuma bagi aku macam tidak cukup. Lagipun rasanya membuatkan aku rasa macam loya-loya la pula..
2. Longan Kering dan Kurma Merah
Seorang kawan bagi tips ni dalam comment hari tu. Maka beria-ialah aku mencari kedua-dua produk ni di kedai cina. Rebus ikut suka (sebab tiada kadar spesifik) dan aku tambah sedikit gula. Bagi aku longan kering dan kurma merah ni sangat berkesan. Mungkin juga sebab rasanya sedap, jadi aku kerap minum. Hasilnya? Dalam satu hari aku pam 2 kali. Lebih kurang ada peningkatan sebanyak 40%. Hehehe kira banyaklah tu.
Kurma Merah
Longan Kering
3. Minum Sup
Berbalik pada zaman berpantang dulu, minum sup untuk menambah produksi susu. Jadi sekarang ni kerja aku buat sup ja. Sup sayur, sup ikan, sup fish ball. Yang penting sup la kunun. Cuma yg belum aku cuba amalkan semula sup sayur sawi pahit. Mama aku cakap sawi pahit bagus utk banyakkan air susu.
4. Makan Kacang
Apa kaitan? Aku makan kacang tujuan cuma satu saja. Supaya aku banyak minum air. Makan kacang ni selalu buat aku dahaga. Maka, jumlah air yg diteguk pun haruslah banyak. Pada aku, apa-apa milk booster yg kita cuba amalkan, air lah yg paling penting. Kurang minum air, kuranglah pengeluaran.
5. Minum Milo dan Holicks
Orang cakap minum milo suam bagus untuk perbanyakkan air susu. Kurang pasti apa yang berkesan. Milonya kah, atau suamnya kah.. Anyway, ianya membantu jugalah. Holicks pun bagus untuk proses memperbanyak sebab ada kandungan malt. Tapi sebab aku kurang berminat minum holicks sebab rasanya yang berlemak berkrim tu, maka hanya pada masa-masa terpilih sajalah. Hehehehe
Bagi aku setakat ni, itu sajalah yang aku amalkan buat masa ni. Hasil pun boleh tahan Alhamdulillah... :)
Salam puan...
ReplyDeletebest dengar cerita puan psl anak2 ni...
psl susu badan tu, minda juga harus positive selain doa memanjat harapan dr Allah...kekerapan menegepam pun meningkatkan pengeluaran susu...
Nak tahu tips lain, boleh jengah sini...
http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/2013/01/berjaya-menyusu-anak-sehingga-lebih-dua.html