Nov 16, 2011

Telefon tidak penting?

Assalamualaikum :)

Seorang kawan bertanyakan satu soalan yg bagi aku langsung tidak payah untuk dijawab.

"Betulkah kalau perempuan yg sudah ada anak, telefon tidak penting lagi?"

Jawapan aku? "Ya!".

Kenapa? Bila sudah berkahwin, normally aku rasa adalah tidak perlu membuat sebarang laporan terkini dengan suami. Cukuplah buat laporan yg telah dikumpulkan sepanjang sehari dan disampaikan pada waktu malam bila suami sudah pulang dari kantor. Tidak romantik? Well, ada banyak cara untuk jadi romantik. Tidak semestinya, dinner di luar atau bergayut di telefon 2-3 jam :D.

Antara panggilan lain yg selalu aku dapat selain dari laki aku, of course dari my parents and my sister. Kalau diorang call tapi aku tidak angkat, normally diorg akan pakai alternatif lain. Call laki aku, atau adik aku. So, another reason kenapa telefon tidak penting bagi aku. Hehehe

Panggilan lain yg selalu aku ignore, sure la dari ofis. Khususnya kalau aku sudah sampai rumah. Confirm tidak pandang punya. Kadang2 telefon tu 3 hari tidak pernah dijenguk. Tau2, sudah habis bateri. Alasan aku mudah sahaja, kadang2 telefon aku dekat 1 minggu tidak pernah berbunyi. Bukan sebab rosak, tapi sebab tiada sebarang kesudian untuk orang menelefon aku.

Si kawan menambah. "Kalau laki kau mau beli sayur ka, macam mana?"

Hohoho.. laki aku bukanlah orang yg mempunyai semangat berkobar2 mau pegi pasar. Mengelilingi pasar sayur sambil mengamati jenis2 sayur pelik yg dijual umpama macam jalan2 di taman. Mau tanya malu, tidak tanya tidak tau. 3 jenis sayur yg laki aku kenal hanyalah sawi putih, kacang panjang dan pucuk merunggai. Lain daripada itu, dia akan mengalami dilema yg luar biasa. Umumnya, kami sudah bersetuju bila pegi pasar mama beli barang, bapa tunggu dalam kereta.

Kesimpulannya, bagi aku telefon hanya penting bila aku yg mau menelefon..


No comments:

Post a Comment