Nov 8, 2011

Perancangan Cuti

Assalamualaikum :)

Sejak Mei yg lepas, aku dgn adik aku sibuk buat perancangan cuti2 Malaysia sempena cuti sekolah. Perancangan ni dibuat setelah bertahun2 tertangguh (mostly disebabkan aku).

Perjalanan dirancang dengan teliti, termasuk aktiviti, tempat tinggal dan of course tanggungjawab siapa pegang siapa (khasnya anak2) sepanjang trip tu nanti. Percutian yg umumnya tidak sampai 2 minggu lagi ni, nampak begitu berjaya di dalam kertas. Sehinggalah laki aku call beberapa hari lepas menyatakan dia mungkin tidak dapat join sebab dia kena audit.

Peliknya, kali ni laki aku terselamat dari tempias bebelan aku. Paling teruk pun aku cuma marah SIRIM sebab buat audit masa cuti sekolah dan aku paling marah dengan majikan laki aku sebab tidak boleh cari penyelesaian/pengganti laki aku sepanjang audit.

Perancangan cuti yg dibuat dari awal ni nampaknya membawa perubahan drastik. Apa bestnya bercuti kalau tidak lengkap 1 keluarga? Kalau kami postponed, majikan laki aku mau bayarkah segala extra denda yg dikenakan?

In less than 2 weeks..


No comments:

Post a Comment