Nov 8, 2011

Feri Ekspress KK-Labuan


Assalamualaikum :)

Seperti perancangan tahun lepas2, kami langsung tidak berniat mau balik kampung utk Hari Raya Haji ni. So, si suami dgn penuh semangat dan dedikasi mula melibatkan diri dgn aktiviti2 korban di pejabat dia.

Tup tap tup tap, mama aku call. Suruh pulang Hari Raya Haji tahun ini bagi majlis baca doa selamat pindah rumah baru yg dibuat pada Hari Raya Haji. Walaupun acaranya biasa2 saja, mama aku berkeras cakap mau anak2 dia berkumpul. Kononnya abang aku yg menetap di KL pun pulang. Memandangkan adik aku (yg tinggal di rumah aku) hanya akan pulang kalau aku pulang, maka akhirnya kami suami-isteri buat keputusan, aku dan anak2 pulang Labuan bertemankan adik aku yg diharap dapat membantu aku at least dan mengawal anak2 aku nanti.

Bagi mengurangkan risiko anak di luar kawalan, aku bercadang naik Feri Ekspress KK-Labuan. Mengikut percaturan, kalau bertolak jam 8.00 pagi kuranglah risiko mabuk laut. Sampai terminal Jesselton Point dalam 7.20 pagi. Sebab aku sudah lama tidak naik feri ekspress ni (paling last time time aku study di KK), aku kurang pasti harga tambang. Harga semasa tiket Feri Ekspress KK-Labuan RM31. Setelah ditambah dgn cukai masuk pelabuhan RM3.60, semua sekali RM34.60. Untuk budak (Haikal) tambang RM18 plus cukai RM2.80. Semuanya RM20.80. Si Dyana cuma kena caj cukai RM2.80.

Awal2 lagi kami request duduk depan TV. Suasana feri tidak begitu indah dan tidaklah begitu sakit mata memandang. Orang cakap tu, cukup2 la. Anak2 kapal nampaknya lebih melayan Dyana daripada melayan kami yg tua2 ni. Tiba2 lautan agak bergelora pula pagi ni. Aku ni bukanlah kelompok orang yg mantap fizikal dan mental bila berhadapan dgn ombak. Kalau tidak pening, sure akan mengundang insiden yg tidak diingini. Dyana dan Haikal macam paham2 pula duduk ala2 pengantin di kerusi masing2. Aku siap tutup2 mata dgn harapan kalau aku berniat betul2 mo tidur akhirnya aku tertidur. Si anak2 kapal suda bekalkan 6 beg plastik utk sebarang insiden yg tidak diingini (termuntah).

Mula2 aku terbangun sebab Dyana termuntah. Lepas tu, aku lagi sambung muntah. Tidak lama lepas tu, Haikal lagi muntah. Lepas tu, aku lagi sambung muntah. Next, Haikal muntah utk kali ke-2 dan seperti biasa, aku lagi sambung. Hasilnya, semua plastik telah digunakan sepenuhnya tanpa sebarang pembaziran. 3 jam dilambung ombak, Dyana 1 kali, Haikal 2 kali dan aku 3 kali. Next time, aku lebih rela berenang drpd naik ekspress.


Mula2 masuk feri beginilah keadaannya. Lepas 3 jam, aku pun tiada selera mo tangkap gambar. Maklumlah, baru saja bergelar JUARA.


Inilah kunun yg diharap boleh tolong aku dalam feri. Dari masuk feri sampai keluar feri beginilah keadaannya. Kalau tidak dibangunkan, sure boleh sampai KK balik.


"TV LCD 40 inci" aku ni tidak langsung mendatangkan kebaikan sepanjang perjalanan. Bikin lagi mabuk ada la...


Sampai terminal Labuan sempat aku snap gambar feri yg berjaya melakar sejarah menjulang aku sebagai juara (sekurang2nya dalam seksyen aku yg 2-3 ketul tu).

No comments:

Post a Comment