Nov 17, 2011

Laporan Adab



Assalamualaikum :)

Laporan adab ni actually laporan kelakuan/adab anak ketika berada dalam kelas. Bagi sesetengah sekolah laporan adab ni kira macam hari penerimaan report card la kunun. Sukatan pembelajaran masa kini umumnya tiada istilah penilaian markah. Tapi, bagi melihat prestasi anak2 ada juga sekolah yang masih mengamalkan penilaian markah.

Seperti yg aku maklumkan sebelum ini, hari ini kira hari menerima laporan adab sekolah Haikal. Seawal jam 7.00 pg, aku sudah terpacak depan sekolah mengalahkan security yg bertugas. Tidak kisahlah apapun prestasi anak, tapi semangat tu mesti ada.

Bila masuk kelas, meja di susun 3 bahagian. Kononnya ala2 3 kaunter. Memandangkan kelas tahun 1 pun 3 saja, so logik juga la. Kebanyakan ibubapa duduk merata2. Bukan tidak kenal guru kelas, cuma kerusi tu macam tidak mencukupi.

Bila turn Haikal kena panggil, kami sekeluarga (means aku, laki aku, Haikal dan Dyana) pun mendengar dengan tekun. Actually Dyana kurang mendengar sebab dia sibuk kacau pen cikgu yg bertugas. Mula2 guru kelas memaklumkan tentang kelakuan Haikal di kelas. Penjelasan cikgu tu membuat aku sedikit kebingungan. Ini sebabnya:

1) Pendiam

Dalam kelas Danish (Haikal) seorang yg pendiam. Dia tidak pernah mau tanya apa2 soalan melainkan kita tanya dia face to face. Hanya akan jawab soalan kalau cikgu tanya soalan directly dengan dia.

Hmmm... kalau di rumah atau di kereta, aku dengan laki aku terpaksa suruh dia diam sebab kami malas mau layan. Kenapa pula di sekolah dia pendiam?

2) Teramat Sensitif

Dia ni sangat sensitif. Kalau kena marah sikit, hujan (menangis). Kalau tidak dapat jawab soalan, hujan.. Tiba2 cikgu meja sebelah menyampuk.. Kalau tegur sikit, hujan lagi. Kira2 dia ni mudah hujan la..

Oklah. Anak aku memang sensitif. Bak kata laki aku terlalu manja. Lepas tu, salahkan lagi si mama sebab terlalu kasi manja. Hehehehe

3) Pemalu

Kalau namanya mo minta volunteer buat apa2, dia memang tidak pernah menawarkan diri. Melainkan dipilih. Jadi sekarang ni, apa2 aktiviti dalam kelas memang cikgu akan pilih dia supaya dia boleh kikis rasa pemalu dia tu.

Pemalu? Anak aku? Kalau keluar dengan kami hilang pula rasa malu dia. Misteri nusantara betul!

All and all, anak aku dalam kategori Band 3. Aku pun terkejut, apakah namanya makhluk Band 3 ni? Rupanya penilaian adab anak2 terbahagi kepada 4 band utama. Band 1, Band 2, Band 3 dan Band 4. Band 1 paling minimum dan Band 4 paling maximum. So, aku rasa kira baguslah tu. Bila aku tanya macamna penilaiannya, cikgu cakap kalau dia boleh memahami, menerima dan mengaplikasi itu Band 3. Kalau Band 4 tu kira paling bagus la tu. Bah baiklah.

Last sekali cikgu tunjukkan slip peperiksaan. Kalau tengok satu2 aku rasa macam mau pengsan time2 tu juga. Tapi bila tengok keseluruhan at least ada peningkatan sedikit. Kedudukan dalam kelas, macam makin menurun. Apa yg penting semua subjek lulus.

Di kesempatan itu, aku sempat buat pengakuan terbuka dengan si cikgu. Aku cakap aku ada masalah mau paham silibus budak2 sekarang. Punya excited cikgu tu bagi aku beberapa alternatif lain termasuk membeli buku2 rujukan berkaitan serta tempat membeli buku.

Tahun depan aku mau all out bagi Haikal personal lesson. Mau beli whiteboard dan meja study untuk Haikal supaya dia lebih bersemangat. Hujung tahun ni, aku mau belajar guna sempua. Ni kali lah! Aku inda mau sudah pakai kalkulator. Aku pakai sampua ja.. hahahaha Berapa heran orang aku bawa sampua dalam beg untuk kira discount masa shopping..


Keperluan sekolah (yuran) tahun depan. Siapa cakap yuran sekolah tahun 2012 free?


Bapa aku janji bagi hadiah Cars x3 klu Haikal dapat 1st place. Nampaknya kempunan la si Haikal..


2 comments:

  1. Point no.2 tu remind me of someone... hahahahaha......

    ReplyDelete
  2. jgn kau macam2.. 'orang' atu mcmatu masa 0-3 thn nganya.. hahaha

    ReplyDelete