Nov 26, 2012

Kesian Hakim



Assalamualaikum :)

Psssstttt.. Perasan sesuatu? Hahahaha... macam naik lemak aku mengupdate blog. Bukan tiada cerita, just susah cari masa. Biasalah.. hujung tahun.

Last two weeks, Hakim kena masuk wad. Bukan calang-calang anak aku yg seorang ni. First time sakit, terus masuk wad. Nasib baik wad kanak-kanak di Hospital Nukleus Labuan. Aku sangat suka dengan Hospital Labuan (walaupun ramai yg cakap tidak best) sebab jumlah pesakit yg tidak terlalu ramai. 

Hakim kena tahan dalam wad lebih kurang 4 hari 3 malam. Punca? Jangkitan kuman pada paru-paru. Mula-mula tu Hakim cuma diserang batuk dan selsema (tiada demam), makin lama aku perasan Hakim macam ada kesukaran bernafas. Bila bernafas pun ada bunyi macam wisel. 

Bila bawa pegi klinik, doktor cakap Hakim ada asthma. Selain ubat asthma, ada juga dibekalkan ubat demam, batuk, kahak, selsema dan antibiotik. Sepanjang proses tidak sihat Hakim, aku perasan satu perkara. Anak ini sangat takut mau makan ubat. Baru telan ubat, 2-3 saat kemudiaan dia muntah balik. Macamna la mau sihat.

Bila keadaan makin teruk, mama aku suruh hantar hospital (FYI : Tiada klinik 24 jam di Labuan setakat ini). Masuk bahagian kecemasan dan trauma, ada seorang penolong pegawai perubatan rawat Hakim. Dia suruh Hakim pakai topeng gas (betul ka tu?). 


 Nampak mcm senang ja kasi pakai kan? 
Padahal kalau dia bangun atau terbangun, ya ampun.. kepala dia berpusing pada setiap arah.



Lepas 30 minit, dia check balik. Lepas tu dia suruh ambil x-ray pula. Kononnya dia suspect Hakim ada jangkitan kuman di paru-paru. Masa proses mengambil x-ray tu, ibubapa kena tunggu luar. Tinggal la Hakim sorang-sorang dengan juruteknik x-tray. Huhuhu



Apa hal la pula nama Daris Hakim jadi Dory Hakim ni? 
Diorang ingat ini ikan ka apa?

Lepas ambil x-ray, baru la doktor yang merawat Hakim. Doktor cakap memang kena masuk wad. Every 2 hours, Hakim kena sedut gas. Sebelum masuk wad, kena masuk jarum dulu (utk tujuan drip dan antibiotik). Sungguh seksa sekali tengok Hakim asyik kena cucuk (menurut nurse sebab dia tembam, susah diorang mau nampak urat). 
 


 Selepas 4 kali cucuk, baru jumpa urat. Sangat kesian..



Untuk malam pertama dan kedua, Hakim macam susah mau tidur. Posisi tidur terbaik untuk Hakim kalau tidur di dada atau tidur duduk. Sepanjang tempoh Hakim di hospital, aku perasan Hakim asyik muntah dan berak.

Bermalam di wad, buat aku asyik sakit badan. Bayangkan selama 2 malam aku tidur duduk. Bila Hakim makin ok, barulah aku boleh tidur di katil dengan Hakim. Bukan pun best sangat sebab katil tu kecil la pula. Berlipat-lipat badan aku tidur.

Kebetulan sepupu aku Ita (nurse) bertugas dalam 2 malam terawal. Sempat juga la aku tanya beberapa soalan bonus. Antaranya :

Kenapa Hakim kena sedut gas walaupun dia tiada asthma (doktor yg kasi confirm)?


Tujuan sedut gas tu sebenarnya untuk cairkan kahak. Hakim ada banyak kahak dalam paru-paru dia sampai dia susah bernafas. Itulah sebab Hakim selalu berak dan muntah-muntah (mengandungi lendir dan kahak).


 Inilah alatnya. Hubby cakap macam mo beli.. 
tapi tengok kekerapan penggunaan dulu.


Berapa lama kena tahan?


Selalunya kes-kes macam ni paling cepat 3 hari. Paling lama 5 hari. Bergantung pada antibiotik yg doktor bagi. Dalam kes Hakim mungkin 4 hari.

 Urat di tangan Hakim mula membengkak. 
Terpaksalah aunty Ita cucuk semula di bahagian kaki pula. 
Kali ni macam ada 3 kesan cucukan.. huhuhu



Lepas tu, cousin Ita meneruskan kerja. Hari isnin (hari ketiga), doktor cakap Hakim kena buat chest physiotherapy. Bingung sekejap. Rupanya dalam bahasa pasarnya, proses sedut kahak. Hakim kena suruh puasa 2-3 jam sebelum tu. Di satu sudut, aku nampak doktor golek-golek, urut-urut, pukul-pukul (dgn kasih-sayang hehehe) di belakang Hakim sebelum memulakan proses. Masukkan hos saiz kecil di lubang hidung dan mulakan proses penyedutan dengan menggunakan mesin. Lepas sebelah kanan (posisi mengiring).. pusing lagi sebelah kiri... dan seterusnya hos dimasukkan dalam mulut (menggunakan posisi yg sama). Oh!! Sangat kesian..



 
Lepas chest physiotherapy 2 hari berturut-turut.. 
terus tidur dan tidur membolehkan aku..
 memecahkan rekod game yang ada dalam telefon aku. 
Kalaulah aku bawa buku..



No comments:

Post a Comment