Assalamualaikum :)
Alkisah pagi tadi, sedang sibuk-sibuk tunjuk dengan Haikal kereta bereben yang berada di lorong kiri ketika masuk roundabout, tiba-tiba pemandu kereta yg 'bijaksana' tu pusing selamba 360 darjah. Lorong paling luar okeh! Aku kurang pasti undang-undang negara mana dia ikut, tapi hakikatnya itu bukan pertama kali.
Anggap sajalah perjalanan hendak pergi ke tempat kerja mahupun balik dari kerja amat menguji kesabaran aku. Mana lagi yg tersangat lidut (mgkn sedang sibuk cerita sejarah bangunan atau apa), bagi can org memotong (walapun yg memotong ni tidak ikut peraturan), tidak bagi signal (jimat tenaga signal ka apa) dan yg paling tidak boleh tolerate bab orang yg tidak campen (terer) dalam perihal roundabout.
Dulu masa ambil ujian bertulis kali pertama di sekolah memandu aku gagal dengan jayanya. Bapa aku memang tidak boleh terima macamna aku gagal (walaupun itu setakat trial). Kunun, orang berpendidikan tidak sepatutnya gagal ujian bertulis. Jadi sebelum ujian JPJ memang aku hafal dan fahamkan betul buku peraturan tu.
Ok. Kenapa la aku anti sangat dgn orang yg buat-buat pandai di roundabout ni? Sudah banyak kali aku hampir terbabit dalam kemalangan dalam kes roundabout. Kalau aku tekan hon, boleh-boleh dia balas balik macam dia tidak salah. Tapi serius kalau betul-betul terlanggar, tiada ampun. Simpan ja peraturan kau tu. Kita cerita di balai polis.
Hampir setiap hari mau pergi kerja, aku akan melalui 13 roundabout. T-I-G-A-B-E-L-A-S!! Kalau ada 13 orang idiot di jalan raya.. sampai ofis, tinggal roda ja kali kereta aku. Itu baru mau pergi kerja. Balik kerja? 26 roundabout. Ya ampun.. minat betul perancang bandar ni dengan roundabout kan?
Pernah sekali dalam bulan lepas aku kebetulan ternampak kemalangan depan mata. Pasal roundabout juga lah. Yang salah buat-buat blur. Aku tengok langsung tiada tanda P. Yang betul macam Karam Singh Walia sudah aku tengok. Hayun tangan sana sini. Marah la tu. Aku? Dalam hati cakap 'Padan Muka!!'
Nasib dapat yg blur. Kalau dapat yg perasan 'betul'? Aku bawa dia keliling roundabout tengok anak panah. Biarlah kalau roundabout tu sebesar padang bola. Mau diajar sikit.
Bagi yang tidak 'ingat' peraturan di roundabout. Jom tengok sekejap.
Kalau yg susah sangat mau ingat tu. Tengok ja anak panah sebelum masuk roundabout. Selalunya ada.
Sekian ceramah lalu lintas hari ini.
owh.. tq for the info... saya pun masih takut2 nak drive kat roundabout. sangat berguna
ReplyDelete