Assalamualaikum :)
Bila ramai kawan-kawan post pasal xmas kebelakangan ni, aku rasa macam kelam kabut pula mo cari birthday present untuk Dyana. Padahal birthday dia 24 Disember.
Beli hadiah untuk Dyana bukan susah sangat since aku tau dia cuma minat 3 benda. Mainan masak-masak (syukurlah nak), memancing (apakah?) dan bunga-bungaan (ini kerja mama aku la ni..). Tapi semua jenis mainan di atas merupakan permainan yg tidak dipersetujui si bapa memandangkan semua permainan tersebut tidak tahan lama dan bikin menyemak kalau tidak dikemas (macam la si empunya mainan ni rajin mengemas kan?).
So, setelah diperkenankan oleh pemegang mohor-mohor besar serta pemerhatian secara teliti.. akhirnya aku berkira-kira untuk belikan dia stuffed toys. Sebab? Pernah sekali kami berkunjung ke rumah kawan, Dyana keluarkan semua Disney Junior character stuffed toys yg ada untuk ditapau pulang. Sungguh tidak beretika betul la.. hahaha
Jadi bersungguhlah aku google (manalah tau option lebih banyak kalau beli online) sebab kalau beli di KK ni, mau kena pandai cari. Jadi since aku rasa aku terer dalam bidang kartun ni, maka dengan confidentnya aku pun carilah..
Poroyo - Tapi tidak jumpa
Poyoyo - Pun tidak jumpa
Last-last aku tanya Haikal.
Aku : Haikal apa sudah nama kartun yg Dyana suka tu?
Haikal : Katrun mana?
Aku : Disney channel tu bah. Yang ada Croc..
Haikal : Croc mana?
Aku : Crocodile la.. (Buduh betul aku rasa jawapan ni..)
Haikal : Yang mana? (Bikin panas kan?)
Aku : Ala.. yang Poyoyo kah? Atau Pocoro kah tu..
Haikal : Pocoyo..
Aku : Bukan.. yg penguin tu bah.. Dia pakai cermin mata..
Haikal : *buat muka confuse* Pororo?
Aku : Haaa!! Itulah!
Kedekut betul la si Pororo ni kan? Susah betul mo ingat namanya..
*sebenarnya inda mo kalah malu*
Kesimpulannya, sungguhpun aku hari-hari tengok kartun.. tidak semestinya aku menghayati watak-watak berkenaan. Berangan ja aku ni kan?
No comments:
Post a Comment