Assalamualaikum :)
Seingat aku dulu masa sepupu 2 kali aku bertunang dengan orang seberang, mama aku adalah pilihan utama jadi tekong majlis (tekong?).
Orang-orang moden macam kita ni (ehem..) biasanya akan terfikir.. "Ohhhh.. bertunang macam biasa saja bah.. macam orang lain."
Bila aku ikut menyibuk dalam perbualan orang tua-tua, rupanya banyak benda yang aku tidak tau.
Bila si gadis (berbangsa kedayan) ingin disunting, si teruna perlu hantar wakil untuk merisik. Sebaik-baiknya kaum keluarga. Rombongan merisik ini perlu membawa sebentuk cincin (yg biasa-biasa saja). Cincin ni kononnya sebagai tanda si gadis telah dirisik. FYI masa aku kena risik dulu, cincin aku punyalah longgar. Mertua aku main tibai ja cincin yg ada di kedai atau dia terlalu bijak untuk mengetahui bahawa menantu yg satu ini akan semakin membulat di masa depan. ;)
Setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, tarikh pertunangan akan diumumkan/maklumkan. Dalam adat pertunangan, ada 2 jenis hantaran perlu disediakan. Kedua-duanya boleh dilakukan serentak, atau kalau tidak mampu dibuat secara berasingan. 2 hantaran tersebut adalah barang hantaran dan belanja hangus.
Selalunya orang buat satu kali. Tapi yg tidak mampu, mereka beri barang hantaran serta cincin menandakan si gadis dan si teruna telah bertunang. Belanja hangus harus dihantar sebelum hari pernikahan diadakan. Sekiranya dianjurkan sekali, wakil pihak perempuan (biasanya bapa saudara) akan mengira wang hantaran tersebut. Masa aku bertunang dulu, pakcik aku kira sampai 3 kali sebab dia lost count. Nasib baik sikit. Kalau hantaran sampai 30-40 ribu? Menangis air mata darah orang tukang kira.
Di majlis pertunangan, seharusnya majlis pernikahan telah ditetapkan. Zaman sekarang pelik sikit. Boleh postpone nikah sampai 2-3 tahun. Hehehe
Wang belanja hangus (sekiranya dihantar berasingan) perlu dibuat majlis kecil-kecilan. Kita pun tidak mau segala macam perompak stand by dekat pintu tadah tangan tolong kirakan duit kan? Jadi seadanya. Setakat wakil si gadis dan rombongan si teruna.
Berbalik pada cerita sepupu aku tadi.. Sepupu mama aku (bapa si gadis) datang ke rumah untuk tanya kalau-kalau ada bayaran tambahan yg perlu dibawa oleh rombongan si teruna masa majlis bertunang selain barang hantaran, cincin dan belanja hangus?
Mula-mula mama aku cakap tiada. Tiba-tiba masa pakcik aku mau pulang, mama aku tanya si teruna bangsa apa? Bila pakcik aku cakap bangsa bajau, terus mama aku cakap kena minta belanja langkah sungai.
Bila pakcik aku balik, aku tanya balik mama aku. Langkah sungai tu untuk apa?
Dia cakap langkah sungai tu macam denda. Biasanya kalau si gadis bangsa kedayan, si teruna yg berlainan bangsa kena bayar denda untuk berkahwin.
Aku tanya berapa banyak?
Mama aku cakap terserah. Selalunya RM50.
Hahaha.. aku ingatkan beribu-ribu...
Apapun mama aku cakap, zaman dulu adat tu memang dititikberatkan. Tapi zaman sekarang macam tiada sudah. Kalau mama aku jadi tekong, dia akan mention pasal adat ni kalau si teruna berlainan bangsa. Tapi terserah pada keluarga si gadis la kalau mau buat. Tapi bagi aku, apa sangatlah RM50 daripada anak-anak kedayan (macam anak-anak aku) tidak tau pasal adat ni. Lagilah aku ada anak perempuan pure kedayan. Hahahaha..
Kalau adat yang lebih detail lagi.. aku kena tanya mama aku nanti. :D
No comments:
Post a Comment