Sep 15, 2011

Inspektor Haikal

Assalamualaikum :)

Menjelang hari raya, aku akan memberikan sedikit ucapan atau pesanan untuk anak-anak aku. Bukan PM saja yang perlu bagi ucapan tau, ibubapa pun kena prihatin juga. Pesanan penaja of course la berkaitan dengan tingkah laku di rumah orang. Tahun lepas, Haikal buang tabiat tidak mau duit raya. Walaupun orang sudah hulur, dia suruh simpan balik. Konon dia sudah ada. Untuk cerita lanjut, sila baca sini.

Tahun ni target aku, memastikan Haikal tidak buat drama di rumah orang. So, segala pesanan telah diberikan. Dyana pula, selalu buat muka selamba. Memandangkan dia ikut apa saja yang abang dia buat, maka aku harap segalanya berjalan lancar.

Kali ni, bila dapat duit raya aku dengar Haikal cakap "terima kasih" dan aku dengar adik dia cakap "acih..". Maka, gumbiralah hati si ibu yang seorang ini. Tiba-tiba, drama baru pula menjelma. Aku pun tidak tau dari mana minat Haikal yang baru ni timbul, tapi aku sangatlah tidak berkenan.

Bila masuk rumah orang, Haikal directly buat inspection. Sama ada dapur orang, bilik orang dan seharusnya mainan orang. Siap buat sesi temuramah lagi dengan orang dapur, orang bilik atau empunya mainan. Bila kejadian ini berlaku, sudah semestinya si assistant Dyana pun akan mengekori dari belakang. Bak kata orang putih "I got your back" la kunun.

Walaupun merah padam sudah muka menahan geram, anak yang dua orang itu suka sangat buat muka 10 sen. Buat-buat tidak paham. Sudahnya, tuan rumah akan cakap "Biasalah tu budak-budak."

Aku selalu terfikir, agaknya itu ayat lazim untuk tuan rumah berbudi bahasa. Tapi bagi aku, tindakan anak aku tu perlu dimasukkan dalam agenda untuk silibus hari raya tahun depan.


No comments:

Post a Comment