Sep 19, 2011

Trip to Sipitang from Tenom

Assalamualaikum :)

Memandangkan program hampir tamat, kami masing-masing merancangkan untuk berpecah haluan. Leyana and family balik Tambunan, Laurah and family balik Beaufort, Malai and family balik KK dan aku and family balik Sipitang. Laki aku begitu bersemangat mau menggunakan laluan Tenom - Sipitang. Kononnya tiada apa yang perlu ditakutkan. Since, Laurah on the way mau pergi Beaufort, kami bercadang mau berkonvoi guna jalan Sipitang - Tenom. Malai pun tidak mau ketinggalan.

Sebelum bertolak sempat lagi kami tengok keretapi melintas. Jambatan untuk laluan keluar dari Tenom menuju ke Sipitang. Itu pemandangan sengaja aku letak. Bajet talented ambil gambar la kunun.


3 buah kereta melalui laluan Tenom-Sipitang. Sungguhpun ramai yang mengatakan laluan ini tidak sesuai bagi orang yang sayangkan kereta, bagi aku personally, laluan kira ok juga. Perjalanan mengambil masa 1 jam sebab kami pakai Kelisa. Aku rasa, bab orang kata ada satu bukit tinggi yang sukar dilalui kereta kecil tu macam kurang tepat sikit. Actually bukitnya tidaklah tinggi sangat. Cuma bukit tu panjang perjalanannya. At least laluan tu tidak banyak kereta. The rest kira ok juga walaupun ada sedikit lubang sana dan sini. Sedikit saja ok. All and all, kereta kancil 850 pun boleh naik. Apa yang penting kesabaran.


Sepanjang laluan ke Sipitang dari Tenom. Lihat gambar gasing itu, cantikkan? Aku baru perasan benda alah ni ada. Lama sungguh aku tidak balik kampung.


Sampai Sipitang, kami berkonvoi untuk ke kampung halamanku di Sindumin. Kononnya, mau melawat buah durian yang dikatakan sedang atau mungkin sudah habis gugur buahnya. Sampai kebun, sekali lagi hampa. Kalau ada pun durian, tinggal beberapa biji buah saja di pokok. Kebanyakan yang jatuh, buruk begitu sahaja :(. Bukan rezeki kami. Tapi aku perasan kebanyakan pokok durian sedang berbunga.


Nampak itu buah durian? Mahal sungguh dia mau jatuh. Huhuhu


Bunga-bunga durian sedang muncul dengan suka hatinya.


Sebab tiada sebarang hasil untuk dikutip, maka kami semua beredar mengikut haluan masing-masing. Kami pula meneruskan perjalanan untuk beraya di kampung. Dapat beraya ke 2 buah rumah kira macam kejayaan besar. Hehehe.


Jumpa lagi Sipitang!


Dalam jam 1, kami bergerak untuk pulang semula ke KK. Memandangkan hari tu baru hari Sabtu, kami bergerak ala-ala sempoi gitu. Langsung tiada rush. Rupanya seronok kalau balik tidak kelam kabut. Singgah bandar Beaufort untuk cari makan tengah hari setelah aku dengan bijaknya menolak untuk makan di rumah saudara. Hehehe segan gitu. Cari-cari kedai makan, aku tiba-tiba ternampak kedai makan Nasi Ayam Sedap. Terus aku cakap dengan laki mau makan sana. Well, people don't usually put the word sedap for no reason you know. Kalau letak tu, memang 100% sedap la tu. Masuk kedai tu agak tenang sebab tidak ramai orang. Aku sudah mula tidak sedap hati. Tapi selepas makan, aku berani cakap nasi ayam dia memang sedap. Mungkin portion ayam agak sedikit (bukan pun dia tulis Nasi Ayam Sedap dan Banyak kan?), tapi bagi aku cukup-cukup la. Sup dia pun marvelous. Next time aku berkunjung ke Beaufort, harus singgah untuk makan nasi ayam sedap.


Nasi Ayam Sedap yang sedap.


Suasana yang tenang dan damai.


Sebab hubby sudah mengantuk yang teramat, aku pula ambil alih jadi driver. All the way ke Pekan Membakut, terjumpa pula gerai jual durian. Wooo sungguh terliur sekali. Malangnya sebab terlalu laju, tidak sempat untuk singgah. Aku cakap dengan hubby, kalau jumpa lagi orang jual durian, kena singgah. Belum pun ayat habis, jumpa lagi satu gerai. RM12 sekilo you know!! Betul-betul jual kulit owh! Hahaha. Anyway, since anak-anak aku berteriak-teriak suruh beli durian plus aku takut kempunan maka kami beli 2 biji. RM38 bayar tutup mata. Apapun, durian tersebut tidak rugi dibeli dan sangat marvelous rasanya. Still aku rasa orang tu jual kulit.


Aku dengan perasan hebat pilih durian di Membakut. Padahal...


Sampai rumah dalam jam 5.00 pm. Balik rumah mata pula tidak mau tidur. Pelik betul. Aku tidur exactly jam 8.00 pm. Tidak sedar sampai esok pagi :). Maka dengan ini satu lagi azam baru aku telah tercapai - Holiday trip (other than Labuan).




1 comment:

  1. assalam
    terima kasih diatas info ini....
    saya mahu kepastian jalan dari sipitang ke tenom ini tidak ada jalan bukit yang securam dari tamparuli ke kundasang kan?sahaja mahu kepastian...
    dan dari tenom ke ranau adakah jalan nya dalam keadaan baik skrg? ada pernah dgr2 mengenai jalan tutop kerana tanah runtuh etc?harap dapat memberi info terkini...tq
    msofieesani@gmail.com

    ReplyDelete