Sep 19, 2011

Trip to Tenom

Assalamualaikum :)

Acara ni telah dirancang sebaik mungkin di awal tahun. Asalnya, salah seorang member ofis suggest untuk buat holiday trip ke Singapore. Sungguhpun excited, some suggested supaya kami try buat konvoi di kawasan berhampiran dulu. Well, you'll never know la kan. Takut tiada chemistry la kunun. It's easy kalau konvoi dengan family. We do it all the time. Tapi dengan kawan-kawan ni lain cerita.

Setelah menjalankan a few persidangan, we've decided to go to Taman Pertanian Sabah, Tenom. Penetapan tarikh (aiseh!! macam mau raya la pula), ditetapkan pada 16 September 2011. Kononnya, cuti panjang la sikit.

2-3 hari sebelum bertolak, kami kerap membuat persidangan meja bulat. Khususnya menggunakan laluan mana. Terdapat 3 laluan ke Tenom. Laluan 1 melalui Tambunan. Jalannya berlekuk-lekuk dan sedikit berbukit. Bagi orang yang cepat mabuk perjalanan, adalah sangat tidak digalakkan. Apapun, adalah seronok untuk buka tingkap kalau ikut laluan ni. Sejuk macam beraircon. Laluan 2 melalui Sipitang. Malangnya, tiada seorang pun di antara kami pernah melalui laluan ni. So, masing-masing macam was-was. Berdasarkan pendapat orang lain, laluan tersebut tidak sesuai dilalui pada waktu malam. Kononnya, berhantu. Kami pun langsung tiada plan mau jalan malam. Bukan pun kami perlu berada di Tenom secepat mungkin sebab durian kami mau jatuh. Selebihnya mengatakan laluan ni, lebih berbukit dan keadaan kereta perlu lebih tip top kalau mau lalu sini. Senang cakap, laluan ni hanya sesuai untuk kereta pacuan 4 roda, atau kereta baru-baru saja. Kalau sayang kereta adalah tidak digalakkan lalu laluan ini. Laluan 3 melalui Kimanis. Berdasarkan maklumat mulut orang ramai, laluan ni kami sudah reject awal-awal. Selain laluan berbukit tahap luar biasa ramai menggalakkan pacuan 4 roda saja lalu kawasan ini. Sungguhpun tidak tertulis macam tu di signboard jalan, tapi aku agak keadaan geografi jalan mungkin lebih teruk. Memandangkan ahli konvoi terdiri daripada 1 kereta pacuan 4 roda, 1 kereta biasa dan 2 kereta kecil, kami akhirnya bersetuju untuk melalui laluan Tambunan.


Rombongan Cik Kiah


Perjalanan ke Tenom mengambil masa 4 jam. Ini termasuk, masa yang di ambil untuk merehatkan kereta dan membuat urusan di bilik termenung di Gunung Emas, makan tengari hari di bandar Keningau dan operasi membeli produk kebersihan diri (Colgate ja pun) di bandar Tenom. Tiada sebarang insiden kesesatan berlaku memandangkan kami semua ada sense of direction yang terbaik dari ladang.


Aktiviti Bergambar di Gunung Emas



Tambunan (bajet gambar terbaik la kunun)


Bandar Keningau. Aku masih terkilan sebab tidak jumpa landmark Keningau :(.


Anak aku samangat makan bubur free dari Restoran Rahmat, Keningau.


Setiap kali jumpa signboard Taman Pertanian, confirm kena ambil gambar. Buruk tidak buruk itu belakang kira. Konon sebagai reference la.


Aku kurang pasti kenapa, tapi laki aku insists suruh ambil gambar Stesen Keretapi Tenom yang tiada signboard stesen keretapi ni. Mungkin ada, cuma aku ja yang tidak nampak.


Laluan masuk ke Taman Pertanian Sabah.


Sampai di Taman Pertanian, first thing first haruslah menemui chalet yang telah dibooking lebih awal. Kami booking 2 chalet. Setiap chalet ada 2 bilik. Memandangkan kami ada 4 keluarga so, kira ngam-ngam la. Setiap chalet, mempunyai 2 bilik (1 ada twin bed dan 1 ada queen sized bed) ada dapur dan ruang tamu. Sungguhpun pada awalnya aku agak pesimis dengan keadaan chalet yang berharga RM150 semalam bagi setiap chalet, turn out ianya tidak mengecewakan.

Our chalet dengan pemandangannya sekali. Marvelous! Harus diingat, tiada sebarang pondok keselamatan ala-ala baywatch di sini. Sila pastikan status keberadaan anak-anak anda. Lagi-lagilah kalau yang tidak pandai berenang tu.


Gulap gulita sungguh gambar yang aku ambil ni. Anyways, gambaran chalet dari dalam. Lengkap berbilik (2 bilik), beruang tamu (means ber'ruang tamu' not tamu bear), berdapur, bertandas (2 tandas) dan berparking beratap (berapa banyak ber da..).


Facilities setakat ni terbaik dalam banyak chalet atau hotel yang aku pergi. Of course ada mesin basuh fully automatic yang kononnya untuk kakitangan sahaja (macam pun diorang perasan kalau kita guna), stok tilam yang mencukupi untuk dijadikan karpet seluruh bilik dan ruang tamu, aircon di setiap bilik dan sudah semestinya water heater di master bedroom punya bathroom. Satu saja yang kurang, tiada TV :(.


Since kami sampai chalet lebih kurang jam 1.30 pm, kami bercadang untuk simpan harta karun dan go directly ke taman. Bercakap pasal taman, memang landskap dijaga rapi oleh pengurusan. Banyak gambar menarik boleh diambil. Sungguhpun begitu, memandangkan keadaan anak-anakku yang tidak pernah jumpa taman, maka kuranglah aktiviti mengambil gambar. Dengan harapan, aku boleh menumpang kasih gambar kawan-kawan yang lain. Bukan pun anak orang pernah nampak taman, cuma anak-anak aku ni kerap betul jatuh secara berdikari (jatuh sendiri tanpa ditolak atau ditarik). Hmm... weird.

Anak aku baru abis jatuh. Menangis bukan sebab sakit, tapi sebab diangkat bagi mengelakkan tragedi berulang kembali.


Bergambar pun penat tau!


Sebab kami semua kepetanan atau paling tepat malas mau berjalan, akhirnya kami membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api. Bukan pun besar sangat kereta apinya, setakat 2 gerabak ja pun. Bila nampak kereta api, anak-anak la paling excited. Siap duduk "baik punya" la. Dalam setengah jam, kereta api masih belum berjalan. Budak-budak sudah mula buat muka tapai. Tidak lama lepas tu, datanglah satu kereta api lain. Mula lah aku terfikir, adakah mungkin kami duduk di keretapi yang salah? Adakah kereta api yang kami duduki sekarang setakat kereta api pameran? Rupa-rupanya, kereta api memang kena pakai. Cuma drivernya satu orang saja. So, kira kami tunggu driver la ni. Pusing-pusing kawasan taman, which most of the taman kami pegi ada kaitan sama orkhid. 15 minit untuk setiap taman. Ada 4 taman perlu dikunjungi. Mungkin 15 minit terlalu lama bagi aku. Tapi kalau mama aku, 15 minit baru belek 2-3 jenis bunga orkid.


Jangankan kanak-kanak, kami pun excited you know. Hahaha..


The only way to calm her down from running around the taman macam ayam berak kapur.


Sepatutnya kami lawat 3 taman. Entah mana lagi satu taman aku kurang pasti. Aku pun malas mau cari.


Information center. Aku rasa setiap taman pun ada cuma aku malas mau pegi. Server Down sebab tiada buah. Beta hampa. HAMPA!


Terdapat sebab lain kenapa kami pilih lokasi Taman Pertanian untuk bersukaria. Selain lokasi yang sangat cantik untuk bergambar, kami memilih lokasi ini kerana sekiranya lawatan kami jatuh pada musim buah, kami akan berpesta buah dengan sesuka hati memandangkan kami boleh makan apa saja buah yang ada di sana secara percuma (perlu bayar entrance fee RM10 seorang dewasa dan RM7 untuk budak sekolah menengah) dengan syarat, tidak boleh bawa keluar. Dalam erti kata lain, tidak boleh tapau la kunun. Namun hampa, tiada satu buah pun yang sedang berbuah melainkan pokok cili, pokok kacang panjang dan pokok kacang buncis. Semua pokok buah baru bersemangat mau keluar bunga. Haiiyyyaaa!! Memang bukan rezeki kami la tu.

Inilah dia barisan pokok bunga, pokok sayur dan pokok buah yang bertanggungjawab. Dari atas sebelah kiri : Pokok entah-apa-namanya, bunga kenanga melukut di tepi gantang dan pokok lada putih. Dari bawah sebelah kiri : pokok kacang panjang, pokok pisang dan pokok kedondong. Biarpun buahnya biasa-biasa, ini sajalah yang aku confident betul buahnya apa. Yang lain langsung tidak nampak bunga atau buah yang menggambarkan identiti masing-masing.


Selepas penat berkereta api, kami pun balik ke chalet dan buat persediaan BBQ. Yang namanya lelaki sibuk memBBQ, yang namanya perempuan haruslah menjadi bibik plus secret service. Melayan anak-anak termasuk memandikan dan menjaga perimeter anak-anak supaya mereka tidak bergigit atau bertumbuk di antara satu sama lain. Kesemua ibu lulus ujian bibik tapi kurang cemerlang dalam secret service. Mungkin sebab penat, somehow ada juga anak yang terlepas dari tuduhan menggigit. Anak siapa la tu. Hahahaha. Menu kami simple saja. BBQ ayam, sosej, nugget dan nasi. Nothing fancy sebab semua kepenatan.


Pembakaran bermula dengan perlahan. Masing-masing masih steady lagi time ni.


Semangat semakin membara. Mungkin kerana lapar, mungkin juga kerana penat, sehingga kini ia masih belum dapat dipastikan.


Selesai aktiviti makan-makan, setiap keluarga harus pulang untuk membersihkan diri. Sebelum aktiviti sebelah malam bermula. Kira-kira 30 minit kemudian, kami semua bergerak ke chalet utama untuk memulakan aktiviti menonton wayang. Tilam di susun sebaiknya untuk memberi keselesaan untuk anak-anak bergusti ria (bergusti tapi gembira). 30 minit wayang ditayangkan, aku sudah buat wayang sendiri. Gelap saja (tidur tidak sedar diri). Kadang-kadang dikejutkan dengan jeritan-jeritan si bapa dan si mama memarahi anak masing-masing. Paling kerap mendengar jeritan anak-anak bergaduh sesama sendiri dan si ibu bapa hanya mampu memandang sayu (atau mengantuk. It's hard to tell). Aku pun tidak pasti macamana atau bila, tiba-tiba pawagam ditutup. Mungkin sebab kurang sambutan atau terlebih sambutan (sebab anak-anak tidak mau tidur). Akhirnya, kami balik ke chalet masing-masing.


Meet the kids. Next time bercuti bersama-sama harus cari hotel atau chalet yang ada tv.


Sampai bilik, aku sudah tiada kesedaran. Blank. Esok pagi, laki aku memulakan cerita.

My Hubby : Aku tidak dapat tidur semalam. Berhantu kali chalet ni.
Aku : Apa pula. Aku tidur ok saja.
My Hubby : Kau tu memang!

Oklah, sebab kawan-kawan aku tiada sebarang cerita untuk di share pasal hantu ni, aku menyimpulkan itu semua perasaan laki aku saja.

Early morning, kami sudah bersiap sedia untuk buat breakfast. Mengikut perancangan, kali ni kami pula jadi host untuk breakfast party (ceh! Parti kunun). Kurang pasti kenapa, aku rasa anak-anak tidak begitu meragam di waktu pagi. Atau mungkin diorang lagi prefer bermain di luar. Breakfast kami sangatlah luar biasa. Asalnya, kami plan breakfast lodeh dan bread. Ala-ala western raya gitu. Sebab nasi semalam banyak berlebih, maka haruslah dimasak untuk mengelakkan pembaziran. Suggestion : Nasi goreng. Mungkin sebab kurang peka atau terlebih excited, banyak bahan-bahan masakan kami tidak bawa. Ini termasuklah bawang putih dan garam. Maka, macamana mau buat nasi goreng? Nasib baik ada secukup rasa. Nama pun secukup rasa, maka nasi gorengnya pun jadi secukup rasa la kan? Budak-budak sudah kenyang makan bread. Yang tinggal hanyalah ibubapa menghabiskan nasi goreng dan lodeh. Sarat perut beb!!

Kalau masak pun sudah begini, sure sedap la tu kan?


The menu for breakfast


2 comments:

  1. informasi di dalam post ni amat berguna kepada sesiapa yang mau bercuti di taman pertanian sabah di tenom.. great post! i like it terutama gambar keretaku yang tip top itu haha

    ReplyDelete
  2. hi, sangat bermanfaat post ni apa tah lagi saya bercadang mau melawat tempat ni juga... Tumpang tanya, perjalanan dari KK ke Ranau (brapa jam) dan dari Ranau ke Tambunan (brapa jam)?

    ReplyDelete