Assalamualaikum,
Punyalah aku excited. Kononnya my weekend dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti mengenyangkan yang pastinya memberikan harapan untuk dapur aku tidak berasap walaupun sedikit.
Awal pagi di hari sabtu, sungguhpun mengikut perancangan aku dengan geng-geng bas sekolah dengan keluarga masing-masing beria-ia mahu menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan. Atas sebab kejadian yang tidak dirancang, maka tinggal aku seorang la yang beria-ia terpergi.
Sampai ke majlis, aku jumpa 2 orang kawan sekerja yang lain. Tidak seperti majlis-majlis perkahwinan lain yang bersungguh-sungguh membuat majlis yang extravaganza, majlis si kawan ni simple saja. Masuk kawasan rumah pun tiada langsung rasa segan. Mungkin jemputan tidak ramai atau orang kampung di sini memang sedia maklum dengan syif masing-masing. Walaupun kawasannya kecil, tapi ruang makan sentiasa ada. Lauk pauk pun memang original resepi kampung. Pada aku, masakannya memang tip top. Tapi itu mengikut aku yang lapar dan belum bersarapan pagi. Sebelum beredar, aku dihadiahkan biskut gula. Wah!! Excited sungguh aku. Aku kalau kena bagi biskut dan telur tersangatlah excited. Boleh makan dalam kereta gitu. Hajat di hati mau mengunjungi si pengantin. Apakan daya pengantin mandi la pula. Sangatlah tidak sesuai untuk aku interfere dengan upacara bersiram. Lainlah kalau aku ni si tukang siram. Hahahaha.. Anyway, kepada Azwan Selamat Pengantin Baru.
Wah! Nampak gagah perkasa sungguh pakcik itu. Langkah bertenaga pakcik itu mungkin hasil dari hidangan pihak pengantin. Hehehe mungkin la. Maaf ya pakcik, gurau saja :).
Next dalam agenda, open house raya rakan sekerja laki aku. Kebetulan la pula kawan laki aku baru pindah rumah. Punyalah excited tengok susun atur perabot dan warna-warna cat rumah orang. Hehehe boleh la dijadikan inspirasi. Tahun depan aku mau pasang hajat buat home makeover kunun. Maklumlah, dinding rumah aku sekarang ni macam art gallery hasil tangan Dyana dan Haikal. Paling aku tidak boleh lupa, sepanjang berada di sini, aku tengok anak orang lain duduk terpaku di tempat diorang. Seinci pun tidak bergerak. Anak aku, siap buat stunt free lompat-lompat sambil berguling-guling di karpet orang. Mak aih!! Kenapakah? Terlebih tenaga?
Seterusnya pegi open house plus birthday party anak kawan aku. Di sanalah anak-anak aku bertemu rakan se'power rangers'. Time ni lah baru aku rasa aku ni ibu yang normal. Sungguhpun ramai anak-anak yang bertempiaran, cuba teka anak siapa yang mengalami kecederaan? Anak aku juga. Hahaha.. Mengikut saksi kejadian, anak aku tersembam di bucu kerusi.. huhuhu. End up, anak aku dapat bibir ala Angelina Jolie tapi di bahagian atas sahaja.
Walaupun jam sudah menunjukkan jam 4 pm, jelas senyuman para tetamu masih lagi bertenaga dan muhibbah. Mesti pasal makanan yang dihidangkan terlalu manteps ni :D.
Anak aku di kiri dan kanan gambar bersama rakan se'power rangers'. Jangan tertipu dengan kesopanan dan kesusilaan mereka. Itu gimik semata-mata. Hahaha..
Seperti yang diberitakan. Beginilah rupanya anak-anak power rangers.
Seperti yang diberitakan. Beginilah rupanya anak-anak power rangers.
Sampai rumah, kami sekeluarga pitam. Mengikut takwim hujung minggu kami, kami masih ada jemputan open house raya pada pukul 7.00 malam di hari yang sama dan pada keesokkan hari pada pukul 12.30 pm dan 2.00 pm. Tiba-tiba dalam jam 6 pm, kami dapat lawatan mengejut daripada mertua.
The rest of the takwim is history. Maka bermulalah pula aktiviti berjalan-berjalan bersama ipar duai dan mertua. Kepada rakan-rakan yang tidak terpergi open housenya, mohon maaf banyak-banyak. Tahun depan jangan serik jemput aku. Hehehe
Maaflah dengan mutu gambar telefon cap kapak aku ni. Aku tengah tunggu gambar dari gengs serta biras aku. Lain kali aku update gambar.
No comments:
Post a Comment