Assalamualaikum :)
Wah wah.. beraya sakan nampaknya aku ni kan? Lebih seminggu tidak mempost entry. Well, I have my own reason ok. Anyway, disebab kes sibuk yang luar biasa serta insiden-insiden luar kawalan sepanjang percutian aku, aku memutuskan untuk mengcompile semua cerita-cerita dalam satu post. Harapnya, kamu-kamu bersedialah bawa apa-apa kerepek dan minuman ringan sebagai peneman.
Balik Kampung
Seperti yang dirancang, aku balik kampung naik kapal terbang. Oklah, nampak macam minta puji (mengada-ngada) tapi sebab aku tidak sanggup menghadapi ujian berkala dari yang maha esa, mengangkut 4 beg, mengawal 2 budak kecil yang tidak pandai duduk diam, berhimpit-himpit mencari kerusi (which selalunya aku kalah dan dapat free seat di lantai feri mempakul) dan akhir sekali mengharungi cuaca panas sambil menapak dalam 250 meter dari parking kereta ke terminal feri. So, I decided untuk gunakan tiket free setahun sekali. Packing pakaian suka hati (maklumlah limited 80 kg untuk 4 orang) dan perjalanan masa cuma give and take dalam 40 minit. 4 beg, mungkin nampak melampau. Aku siap kategorikan beg-beg tersebut. 1 beg pakaian budak-budak, 1 beg pakaian aku, beg pakaian laki aku dan last sekali beg kuih muih mentua aku. Paling best bila pulang KK, beg itu bertambah menjadi 5. Seharusnya menjadi 3 memandangkan kuih muih sudah diserahkan kepada empunya badan. Tapi apakan daya, aku terangkut extra beg untuk menempatkan kategori baru. Kain-kainan pemberian mama aku. 13 kain semuanya. Cukup untuk bekalan 2 kali raya. Itupun selepas aku berbahagi-bahagi dengan adik aku. Macam taukeh kain pula mama aku ni.
My new kain. Bila kami (me and my sister) cakap dengan my mom supaya stop beli kain kalau tidak pakai, selamba ja mama aku cakap "Kamu ni patut cakap Alhamdulillah. Tidak payah beli kain."
Pindah Randah
Sampai rumah mama aku, kami adik beradik ada gotong royong la pula. Gotong royong angkat katil, tilam dan perabot ke rumah baru. Memandangkan adik beradik tidak ramai 4 plus 1, 2 plus 2 sajalah yang ada pada hari tersebut. Itupun 2 orang perempuan bersama laki-laki diorang. Plus 1 dan anak buah (anak-anak aku) cuma boleh angkat kusyen saja sebab tidak cukup umur. 1 terkandas di airport, setia bersama waiting listnya, yang satu lagi aku pun tidak pasti jadualnya macamana. Memandangkan aku balik 3 hari sebelum raya, maka besarlah cabaran aku sepanjang 3 hari. Mau pitam pun ada. Paling best sehari sebelum raya, kami semua ada tugas masing-masing. Aku sudah macam amah. Memasak untuk berbuka, buat kuih dan kek (hebatkan buat kek dan kuih sehari sebelum raya? Belum pernah dibuat orang!) dan kemas barang-barang dapur. Abang aku macam electrician siap naik bumbung segala semata-mata supaya kami sekeluarga dapat berastro di rumah. Adik perempuan aku jadi tukang jahit berdedikasi menyiapkan langsir yang akhirnya senget sebelah. Mungkin alignmentnya ada sedikit lari sebab penat. My younger brother aku tengok macam buruh kasar. Berpeluh-peluh menggunakan kereta sorong bagi mengangkut batu dan tanah yang sampai sekarang aku tidak begitu sure untuk apa. Kalau untuk tujuan membina, macam tiada apa-apa yang terbangun. So, whatever la kan?
Memandangkan tahun ni kami sekeluarga nampak macam kumpulan nasyid, maka besarlah harapan aku untuk tangkap gambar. Kononnya untuk dijadikan gambar rasmi di dinding rumah kami. Bapa aku cakap lokasi bergambar paling cun definitely depan pintu rumah baru. Kononnya tidak perlu risau pasal pencahayaan dan sebagainya. Hasilnya, not bad juga la kan? Tema kami tahun ni hijau tahi burung laki aku cakap. Apa-apalah, yang penting dekat sekayu jugalah kami beli kain :).
Me and my my family. Kali ni lokasi di pilih di dalam rumah. Sungguhpun aku nampak membesar bagai johan dalam gambar ni, ini semua disebabkan effect ruang tamu kami yang agak kosong. Next year InsyaAllah, aku akan lebih mengecil dari tahun ni sebab aku sangat yakin ruang tamu akan kelihatan seperti taman :).
Ini pula gambar kami sekeluarga bersama mertua. Sebab kami ni bertabiat (lambat), my brother in law and his family sudah selamat menyambung usaha tidur. Maka tiadalah gambar kami beramai-ramai.
InsyaAllah next year, aku tidak payah risau lagi dengan tanggungjawab mengiron baju :).
Nosebleed
Seperti biasa, anak-anak aku kalau sudah cuaca panas agak mudah kena berdarah hidung. Aku masih menyelidik sebab musabab penyakit ini. Walaupun KK agak panas, tapi sebab anak-anak aku main di bawah atap (dalam rumah), insiden nosebleed ni agak jarang berlaku. Tapi bila balik Labuan, sebab anak aku baru jumpa tanah, akhirnya kekerapan insiden ini berlaku adalah tinggi. Tidak bagi Haikal, tapi bagi Dyana. Dalam 1 hari, aku rasa dalam 3 kali hidung berdarah. Walaupun baru bangun tidur. Ish ish ish.. Apa yang pelik, tiba-tiba nosebleed berhenti bila Hari Raya.
Kesian.. tidur pun boleh nosebleed :(.
Projek Kuih dan Kek
Memandangkan mama aku tidak begitu sihat dan agak busy, balik ke Labuan satu kuih pun belum kena buat. Hasilnya, my mom suruh aku buat 2 jenis kuih dan kek (kalau sempat). Sebab mama aku ada 2 oven, maka aku pakai 1 oven, dia pakai 1 lagi. Kononnya lagi cepat. Aku sempat buat kuih, tapi aku sempat buat kek untuk mertua aku saja. Untuk kuih mama aku sudah tunjuk kuih apa yang perlu aku buat. Kuih bunga cina dan cornflakes madu. Untuk kek, aku bercadang buat kek Marble, kek Gula Hangus dan kek Buah. At least 2 daripadanya menjadi. 1 lagi, jadi memang jadi. Rupa pun macam Gunung Kinabalu. Kembang semacam.. Hahahahaha. Itupun, hasil kudrat tangan aku memukul secara manual mentega dan gula. Sesungguhnya, itu adalah keputusan yang kurang bijak.
Dari segi rupa. Kek ini lah yang paling hensem sepanjang raya. Mau pitam aku memukul adunan kek ni. Aku dapat resepi dari sini.
Dalam Kapal Terbang
Siapa kata naik kapal terbang lebih mudah untuk mengawal anak? Walaupun suatu ketika dulu aku ada berfikiran begitu, tapi tidak lagi. Masuk kapal terbang, laki aku sudah booking Haikal. Hamboi… mentang-mentang la anak sorang tu senang dikontrol. Sampai tempat duduk, tindakan reflex aku, pakai seat belt. Dyana hanya bertahan dalam 10 saat. Lepas tu dia sibuk kacau pak cik depan. Tiba-tiba aku dengar ‘ting’. Aku toleh kiri dan kanan. Teringin juga mau tau dari mana datangnya bunyi tu. Sambil mata melilau, baru aku perasan lampu panggilan anak kapal aku sedang berkelip. Wohooo.. rupanya anak dara aku punya pasal. Sepanjang 40 minit dalam kapal terbang, macam-macam helah aku pakai. Semata-mata supaya dia kurang kacau. Bila pulang ke KK, aku cepat-cepat booking duduk dengan Haikal. Biar Dyana dengan si Babah. Awal-awal tu macam stress juga la laki aku. Aktiviti wajib menekan butang memanggil anak kapal serta berdiri ditengah-tengah laluan anak-anak kapal sudah menjadi tradisi. Untungnya belum pun kapal landing, dia sudah tertidur dengan lena. Fuh!!! Rahmat tuhan.. Terdapat satu insiden dalam kapal terbang yang membuatkan semua penumpang kapal berteriak dan terkejut. Dengan menaiki Mas Wing, perjalanan bermula dengan lancar. Tiba-tiba, berlaku gegaran yang kuat. Aku yang sedia berat ni pun boleh terangkat dari kerusi inikan pula budak-budak. Handbag aku yang terletak rapi di sisi kapal terbang, tiba-tiba bertukar posisi di tengah tempat duduk. Uncle yang sibuk baca newspaper pun boleh terlepas dari tangan. Walaupun aku sesekali naik kapal terbang, tapi tidak pernah aku jumpa gegaran macam ni. Betul-betul macam mau terjatuh! Tapi bila tengok anak kapal dan kapten kapal buat pengumuman dengan tenang, automatic aku pun jadi tenang. Dalam hati diorang aku tidak taulah kan? Kononnya, sebab air pocket. Aku pun kurang pasti. Lain kali aku google.
Membiarkan budak-budak melihat kapal terbang sepuas hati.
Perhatikan budak berbaju pink di hujung sana. Dia sedang seronok mengexplore suasana di dalam airport sambil berkenalan dengan abang-abang yang sedang duduk-duduk menonton tv.
Satu-satunya cara yang membolehkan dia duduk dengan sopan dan santun. Walaupun tulisan dan lukisan di trolley menggambarkan TIDAK BOLEH duduk di atas trolley, selagi tidak ditegur aku buat-buat tidak nampak sajalah :).
Rumah Mertua
Hari raya ke-3 turn bermalam di rumah mertua. Setelah mengangkut apa-apa yang patut, terkebetulan la pula mertua buat open house. Maka banyaklah persediaan yang dilakukan. Aku kalau setakat tukang potong atau tukang bungkus, tidak payah training. Zup zap zup zap tau-tau sudah siap. Tapi kalau bab melayan tetamu, sah-sah aku duduk macam pengantin. Tegak sambil tersenyum simpul. Mau memulakan cerita pun tidak disediakan topik oleh mertua. Maklumlah, orang datang pun cerita pasal aktiviti kampung. Kau mau cerita apa kalau duduk di kampung pun tidak kan? Makanya, adalah lebih afdhal kalau kita buat skil pengantin. Sepanjang 2 malam di sana, Haikal pula buat perangai. Dia asyik berkunjung ke rumah sebelah (rumah pakcik). Siap lepak dan tidur di sana. Alasan? Kononnya sebab ada air-con. Berlagak betul la anak bujang aku ni. Walhal, rumah aku pun bukan ada air-con. Haikal hanya akan muncul di rumah mertua aku untuk mengumumkan bahawasanya dia telah bangun dan kemudian kembali ke rumah sebelah. Dia akan datang semula untuk bersiram dan kemudiannya aku meneruskan misi ‘menyejukkan badan’. Dekat maghrib, dia akan kembali untuk bersiram sekali lagi, dan pergi semula ke rumah sebelah. Mungkin banyak makcik-makcik (sepupu laki aku) yang rajin melayan dia, maka lagi kerap la kunjungannya.
Kira-kira inilah ringkasan sambutan Hari Raya aku selama seminggu. Harap-haraplah di masa akan datang aku dapat cuti yang lebih panjang. Macam tidak enjoy pula bercuti kelam-kabut ni.
Kepada kaum keluarga, sahabat handai, rakan taulan, kenalan langsung dan tidak langsung dengan rendah hati aku ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa dan tingkah laku. Mudah-mudahan kita dilimpahkan rahmat untuk bertemu lagi di Syawal yang akan datang. Amin.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
kak rina, boleh buat buku sudah ni kak rina. ringkat , padat dan penuh emosi. ehehe
ReplyDelete