Sep 29, 2011

Open House Universiti


Assalamualaikum :)

Ewah2.. lama betul aku tidak menghapdate. Kalau telur, boleh jadi anak ayam sudah ni. Bukan tiada idea mo post entry apa, masa tu memang jeles kaw2 betul dengan aku.

Anyway, aku recap dulu beberapa peristiwa 'Hari ini dalam sejarah" sebelum aku masuk topik utama hari ni. Mula2 sekali, bagi menyahut seruan seorang makhluk tuhan yang perasan seksi, kami (geng2 bas sekolah) sebulat hati mo buat open house tahun ni. Kiranya bergilir-gilir la. 8 tahun aku hidup di KK ni, tidak pernah sekalipun aku terniat mau buat open house. Bukan tidak sudi menjemput. Cuma kurang konpiden saja mau masak. Maklumlah hidup di perantauan. Maka dengan itu, aku dengan besar hatinya cuma menjemput geng2 bas sekolah ke open houseku yg tidak berapa mau open tu. Tiba-tiba, ada pula geng-geng sekolah dulu mau datang beraya. Makanya, aku suruh ja diorang datang masa open house. Takut kuciwa pula diorang tiada makanan. Adik aku pun ikut serta jemput beberapa kawan-kawan dia. Bab menu, mula-mula aku niat mo masak mee goreng + ayam goreng + sosej + nuget ja. Tapi nampak terlampau malas la pula. Last2 aku, aku masak coto makasar (my first attempt okay!), nasi, ayam goreng, sayur campur, kari daging dan kuih jala (mo praktis kunun). Harap maaf, tiada sebarang gambar diambil memandangkan aku memasak secara solo di dapurku yg serba kekurangan itu. Mula-mula coto makasar tu, aku niat mau google. Sekalinya semua resepi dalam bahasa indonesia. Walaupun sebahagian bahan tu aku tau, tapi disebabkan kekangan bahasa dan masa, maka terpaksa la aku merefer dengan pelampung aku (my mom). Nasib baik menjadi walaupun sukatannya main suka hati saja. All and all kira ok jugalah. Cuma kari daging tu terlalu pedas la pula. Nota untuk diri sendiri, Alagapas tu pedas rupanya :). Selebihnya kira spot on. Tiada sebarang pembaziran berlaku di sini.

Next, pegi open house Malai (inilah makhluk tuhan perasan seksi tu). Very like rumah baru dia. Macam tenteram yg teramat. Mungkin sebab jauh dari bandar. Tiada pencemaran bunyi, udara maupun pandangan. Paling best banyak kuih muih. Pulun habis.

Next agenda, agenda yang membuatkan aku rasa kepenatan sampai sekarang. Open house universiti. Setiap jabatan kena buat gerai sendiri. Asalnya aku kena panggil meeting pun sebab aku terkebetulan terkeluar dari tandas masa diorang perbincangan. Bincang punya bincang, tugas aku cuma beli paper plate. Ewah!! Lebar betul senyuman aku masa tu. Kira ok apa beli paper plate. 5 minit kemudian, aku jadi tukang beli pinggan VIP (harus yg kaca) dan tukang beli kain. Sebab sudah beli kain, secara automatik jadi AJK decoration. Nama pun decoration, persembahan makanan pun aku kena sapu. Menu utama kami sate ayam, daging dan mbek-mbek.

Tugasan pertama adalah bershopping. Sesetengah orang, memang suka bershopping. Entah kenapa shopping kali ni sangat tidak menyeronokkan. Kami bertiga (wanita semua) ke hulu ke hilir cari barang. Penatnya ya ampun!! Next year, aku sanggup jadi tukang makan saja. Tidak kisahlah apa orang cakap. The next day kena decorate khemah. Sungguhpun kami sudah plan idea2 yg berkenaan, macam tidak menjadi la pula. Last2, masing2 sumbang idea. Boleh tahan la juga. Tema khemah kami, tema "tidak harap mau menang pun..". Kami menjalankan tugas dengan dedikasi dan semangat sekali. Kami sampai ke khemah dalam jam 3.30 pm. Tapi tapak pun kami tidak tau di mana. Selepas di tendang ke sana ke sini, ehsan dari Leyana yang nampak sudah mula berputus asa, akhirnya dia membuat panggilan khas. Akhirnya, bos turun padang. Maka dapatlah kami tapak muktamat hasil perbincangan bos dengan pegawai yg mula2 malas mau layan kami. Kami bertahan sampai jam 8.40 pm.

The next morning, 30 syawal (28 September 2011) tibalah acara yang dinanti2. Sebab kami penat buat decoration, awal2 lagi aku sudah buat muka official aku. Muka Tapai. Langsung tiada mood. Mungkin sebab batuk dan selsema. Beraya juga ke gerai orang lain, tapi tidak semua. Kami sudah kekenyangan makan sate.


Aiiyaa.. gambar tala talang woo.. Anyway some of our deco team.


Ini dia pujangga2 kesepian di Jabatan kami. Sungguhpun ramai lelaki, entah kenapa sama ada memang tiada atau diorang tidak mengaku diorang ada bakat 'Handy Manny'.


Orang kuat deco.


Lihatlah dunia!! Inilah hasil gerai kami yang tidak harap mo menang.


Jemputan VIP. Pegawai-pegawai utama berserta Datuk NC. Paling best tengok Datuk NC share pinggan dengan wife makan sate :). Perhatikan di belakang VIP. Sangat ramai manusia menunggu hidangan sate dari kami.


Ini la kunun persembahan hidangan ala2 Masterchef kami. Kira abis lawa sudah ni. Lepas VIP sampai terus lesap itu hidangan. Picture taken by Nura.


Sekali tengok persembahan hidangan dari gerai ni.. Punah segala harapan. Hidangan ini dikawal rapi oleh 2 wanita. Cuma boleh ambil gambar saja. Bukan untuk dipetik apatah lagi untuk di makan.



Ini khemah paling unik antara semua. Mungkin sebab aku rasa macam beraya di kawasan perang la pula. Paling best, sebab rupanya macam tu tidak begitu ramai yang menyerbu. Takut kena suruh pumping kali. Hehehe..


Ini dia mandur2 deco. Tau makan saja. Hohoho.. Picture taken by Nura.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. inikah muka 2 orang mama budak yang datang beraya berbaris macam student? hahaha..

    ReplyDelete