Sep 6, 2011

All About Compressor


Assalamualaikum :)

Balik dari cuti hari raya, kerja aku buat compression saja. Seperti yang aku pernah mention sebelum ni, my adopted server kerap meragam. Walaupun baru (lebih kurang 2 tahun), tapi capaian dari luar amatlah luar biasa lambatnya. Sungguhpun beberapa usaha telah aku buat, memandangkan tidak ada sebarang maklumbalas dari pengguna, maka aku dengan riak dan takaburnya menganggap masalah ini officially selesai.

Setelah sekian lama, tiba-tiba one of my colleague shared something pasal Web Page Speed Report. Dengan adanya benda alah ini, maka tiadalah lagi perasaan riak dan takabur kerana semuanya jelas terbukti. Sekurang-kurangnya kita nampak something yang boleh diusahakan. Kalau itu pun tidak berjaya, nampaknya aku kena cari jalan lain.


Inilah rupanya Web Page Traffic Report. Masukkan URL berkenaan, taipkan Captcha dan tunggu. Dalam kes aku, aku kena tunggu dalam 2-3 minit. Kadang-kadang lambat sikit bergantung pada connection rate.


Dengan report ini, aku difahamkan selain images, rupanya script pun boleh dicompresskan (kecuali html). Bukan sikit, 30-90%! Mula-mula aku compress javascript. Seorang bijak pandai di ofis menyarankan aku gunakan jscompressor. Lepas tu aku gunakan csscompressor untuk script css. Keputusannya? Kenalah tunggu. Memandangkan capaian dalaman sangat pantas, klik-klik terus pop terkeluar. Aku kena buat testing dari luar untuk membuat sebarang ujian yang mana sangatlah tidak digalakkan oleh majikan. Karang diorang ingat aku suka-suka minum kopi di kedai yang ada wireless. Capaian dari luar waktu-waktu bukan peak hour sangatlah luar biasa lajunya. Terutama sebelah malam dan subuh. Itu sajalah masa yang aku ada.

Apapun, entry kali ni lebih kepada nota untuk diri aku sendiri. Takut lupa di masa akan datang. Nanti tidak payahlah aku terkial-kial mengingat nama-nama fofular yang akhirnya menjadi "Alah.. macam ada sikit-sikit compress. Aku lupa suda apa depan dia."


Ini contoh jscompressor. Copy dan paste code/script dan klik Compress Javascript.



Ini contoh csscompressor. Copy dan paste code/script dan klik Compress.


Zaman sekarang, asalkan ada internet dan computer, semua pun boleh dapat. Cuma perlu tabah saja mencari :).


1 comment: