Sep 15, 2010

Beras Kuning Ditabur, Di Siram Si Air Mawar

Biasalah kalau hari raya ni, mesti banyak open house. Bila banyak open house, mesti banyak makan. Aku memang malas mo cerita isu berat badan yang meningkat berkali2 ganda sempena raya ni sebab aku confirm isu ni isu sensitif. Tapi tidak apa, nanti kita fikirkan sama2 bagaimana hendak menurunkan berat badan.

Raya tahun ni aku rasa, juadah open house ada sedikit perubahan. Suatu masa dulu, arwah nenek aku suka betul masak nasi minyak dengan rendang. Mmg favorite aku la time raya. Lepas tu org suka buat nasi himpit dengan kuah kacang, sayur lodeh. Tapi tahun ni kebanyakan rumah yg aku pegi mesti ada soto. Hehehe sekurang2 menu tu mmg susah mo dapat d KK. Tambah lagi la soto Labuan. Mmg puas hati la.

Adakah aku lari lg dari topik?? Oh tidak!! Sekali lagi minta mahap la yer. Insiden ni baru saja berlaku malam semalam open house di rumah makcik aku sendiri. Anak teruna aku seperti biasa, sibuk cari nasi untuk juadah open house dia. Kalau tiada nasi, keluar la adegan "ala kasim" dia. Alaa yg macam dalam Ibu Mertuaku. Terguling2, terlompat2, maka aku pun kaut la nasi minyak dalam pinggan. Boleh lagi dia minta supaya nasi tu diletak dalam mangkuk. Haishh!!! Menguji kesabaran betul la anak aku sorg ni. Kalau sudah masuk angin kus kus dia, malas betul la aku mo melayan. aku ambil mangkuk, simpan nasi minyak, bagi dia. Lepas tu aku angkat makanan aku, sekali dengan pinggan kosong yg sudah berpakai. Dijadikan cerita, kira tangan aku penuh la.

Entah macamna dtg la adik aku bgtau anak aku menabur beras kuning depan pintu rumah makcik aku. Sekali aku keluar, ish ish.. bertaburan nasi kuning dia. Kesian ada, geram pun ada. Maklumlah time2 org open house time tu juga la nasi dia jatuh. Depan pintu pulak tu. Alaaa Haikal!! Terpaksalah aku lari ke dapur cari penyapu, sekali keluar, sepupu aku sudah bersihkan nasi yg bertabur. Memang bagus betul la tindakan refleks sepupu aku ni. Thanks Upi!!!

Disebabkan geram, mulut Mama Si Haikal macam bunga api.. pot pet pot pet. Tapi sebab kesian, tangan Mama Si Haikal ambil lagi nasi kuning, kali ni biar aku bawa sendiri agar banana doesn't fruit two times.

2 comments:

  1. hehehe... as usual.. cara penyampaian yg sangat menggelikan hati hehe walaupun sebenarnya cerita sedih hehehe... bah, bila la kamu mo balik kerja ni? boring suda sa.. huhu..

    ReplyDelete