Jul 5, 2010

Wakil Meeting

Jumaat lepas, aku di'paksa' pegi jadi wakil meeting untuk minggu suai mesra bagi pegajian diploma pendidikan. Paling aku menyampah, meeting jam 9.30am, aku dapat surat 9.40am. Kacau mood aku betul la diorg ni. Aku tau la aku kuli, tapi kalau memang niat diorang mau memalukan jabatan sendiri.. nampaknya aku berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang lah!!

Mula2 masuk bilik mesyuarat, macam ada satu kelainan. Menurut surat panggilan mesyuarat, jemputan ada dalam 5 orang. Tapi yang mesyuarat lebih 10 orang. Aku masuk hantar sedekah saja (senyuman kan satu sedekah), lepas tu aku keluar balik. Sekali ada tertampal pula notis di pintu yang meeting tu berubah tempat. Aku dengan sorang lagi mamat sesat yang aku yakin sangat orang baru sebab dia sanggup tunggu depan pintu meeting.. diam2 saja macam mat pacak dalam cerita Hang Tuah.

Aku tanya pejabat am, kasi confirm tempat meeting di mana, lepas tu mamat tu ikut saja ke mana aku pegi. Aku rasalah, mamat ni memang satu meeting dengan aku. Masuk bilik mesyuarat, baru tarik kerusi, aku sudah kena tanya..


Pengerusi : Dari mana?

Aku : Dari U***..

Urusetia : Ada bawa borang?

Aku : Aaaaaaaaa... borang apa?

Urusetia : Borang permohonan kad.

Aku : Hehehe tiada pula kena kasi tau.. saya bawa surat meeting ja ni.. (aku tidak tau pun buat kad kena isi borang)

Urusetia : Bah tidak apa la.. nanti kau email saja.


PAUSE!! Ok.. fyi, meeting ni tidak ada kaitan dengan bidang keja aku (aku keja jaga sistem). Kalau korang ikuti kisah ni selanjutnya.. sure kamu pun paham. So, aku dengar saja la apa yang patut lepas tu catat. Tidak lama lepas tu..


Pengerusi : Puan Rina, kalau mau buat kad ada pakai kos?

Aku : Hmmm.. saya pun tidak pasti..

Urusetia : Saya rasa tidak ada kos sebab tidak punya kena bagitau macam tu..

Kewangan : Saya rasa ada.. RM10 satu kad. Kalau hilang RM25..


Selanjutnya adalah perbualan antara Urusetia dan Kewangan yang aku langsung tidak tau hujung pangkalnya. Aku yang punya isu, orang lain yang tolong jawab. ish ish ish...


Pengerusi : Jadi Puan Rina, memang pakai kos?

Aku : Saya pun tidak pasti pasal benda ni.. Nanti saya refer balik (jawapan wajib bagi wakil meeting)


Lepas tu..


Pengerusi : Ambil gambar untuk kad tu macam mana Puan Rina?

Aku : Saya pun tidak pasti macam mana, nanti saya refer balik dengan yang bertanggungjawab.. (aku sendiri pun macam mo muntah dengar jawapan sendiri)

Pengerusi : Berapa lama proses membuat kad ni?

Aku : Itu saya tidak sure la pula..


Yang selebihnya, macam tu la jawapan aku dalam mesyuarat. Tidak tau, tidak pasti, tidak dimaklumkan, nanti saya refer balik. Kalau aku jadi pengerusi, lama sudah aku halau Puan Rina ni.. Buat semak bilik mesyuarat saja..

No comments:

Post a Comment