Jul 24, 2010

My Instructor

minggu lalu aku pegi kursus dengan rela hati (memang la rela hati, aku yang minta) dengan niat menambah koleksi sijil yang aku ada. mana la tau esok naik pangkat dapat bilik besar macam billik pengarah, puas la aku tengok sijil2 aku balik2 di dinding. itu pun kalau naik pangkat..
sepanjang kursus, kami di'anugerah'kan dengan instructor yang biasa menggelarkan dirinya cikgu, dan kami sebagai adik2.. cikgu aku ni luar biasa lucunya. ada beberapa moment yang aku nak share dalam blog aku ni.


Moment 1 : Memperkenalkan diri
Biasalah kalau time kursus tu cikgu mesti perkenalkan diri. apa yang aku tau nama dia zakaria. mana pegi hujung dan pangkal nama dia, aku tidak dengarlah pula.. entah apa aku buat time tu. lepas tu dia kena cakap sesuatu pasal diri dia. boleh dia cakap..

"saya tau saya hensem. itu saya memang tau".

kalau pun mo angkat bakul, tengoklah bah kiri kanan..


Moment 2 : Peraturan kelas
seperti biasa awal2 kelas kami kena brief tentang 2 rules dalam kelas dia.

Rule 1 : Instructor is always right
Rule 2 : If the instructor is wrong, go back to Rule 1

apa lagi kami mo cakap? kiri mati kanan pun mati.. atas bawah tidak payah cakap la..


Moment 3 : Semasa kelas
Mungkin sebab dia menggelarkan diri dia cikgu, dia paling tidak suka syok sendiri.. apa saja yang dia cakap mesti disahut. contohnya..

Cikgu : Boleh tak adik2?
Kami : Boleh..

kalau kami jawab dalam volume rendah.. mesti diulang balik2 soalan tu sampai kami kasi up to volume. tapi bila kami jawab kuat2..

Cikgu : Boleh tak adik2?
Kami : Boleh!!
Cikgu : Burung apa??
Kami : .....
Cikgu : Burung Murai nak.. Burung apa?
Kami : .... (semua pandang2 serba salah mo jawab apa)


Moment 4 : Bila menjawab soalan
Disebabkan kursus kami dalam bentuk praktikal, soalan dia pun dalam bentuk praktikal. seorang2 kena suruh pegi depan, buat seperti mana dia arahkan. kalau kita jawab lambat dia kata:

"Nak kena ni.."

tapi kalau kami jawab terlalu cepat, dia cakap:

"Sabar.. sabar.. jangan ikut perasaan.. baca dulu soalan"

padahal soalan tu kami sudah buat berpuluh kali.. tu la sebab malas mau baca soalan.. dia cakap lagi kami ikut perasaan.. ish ish


Moment 5 : Bila soalan dijawab dengan jayanya
Bila soalan dijawab mengikut skema yang diberikan, dia normally cakap:

"Bijak, bijak.."

tapi kalau kami jawab dengan cemerlang, dia kata:

"you are the MAN!!"

lantaklah kau lelaki ka perempuan.. masih juga dia cakap camtu..
Walau apapun dia buat atau kata sepanjang kursus, ini la kursus paling menghiburkan pernah aku datang. walaupun dia suka mengamalkan tunggak 12 "menghargai masa" dalam kelas, kira berbaloi2 juga la..

No comments:

Post a Comment