Jun 29, 2010

Time for Movies

Asalnya aku janji dengan Haikal mo bawa dia tengok Toy Story 3. So, last2 minit aku ajak Hubby aku minta cuti semata-mata untuk tengok movie. Lama juga aku tidak tengok movie. Paling last aku tengok movie Guardian lakonan Ashton Kutcher dan Kevin Costner dalam tahun 2006.

Bukan sebab aku tidak minat tengok movie, tapi bila suda ada anak kecik ni kadang2 agak mengganggu untuk tengok movie dengan tenang. Kira untunglah kalau ada anak yang masuk panggung terus tidur. Kalau ada anak yang masuk panggung sudah takut sebab gelap tambah lagi sound effect yang melampau.. baik lupakan saja niat tu..

Dijadikan cerita, aku dengan Hubby keluar awal skit dalam jam 10.30am. Kunun mo beli tiket jam 12.40pm. Haikal abis sekolah dalam jam 12.00pm, so kira ngam2 juga la timing dia memandangkan sekolah Haikal dengan panggung agak dekat. On the way mo pegi kaunter tiket, aku ternampak sesuatu!!!!

The A Team Movie


The A Team!! Drama series dalam tahun 1980an. Seangkatan dengan zaman Macgyver. Aku buat perbincangan ringkas dengan Hubby, akhirnya kami membuat keputusan, jam 11.50am tengok The A Team dulu, jam 2.30pm baru tengok Toy Story. 2 movies in a row..

Aku sangat2 minat dengan The A Team. Terutama sekali Murdock.. Masa aku mula2 tengok The A team dulu, aku tidak pernah tau macamna Hannibal, Face, BA dan Murdock ni dikumpulkan. Tau2 saja diorang sudah jadi pelarian dan terima upah untuk pelanggan tertentu. Ironiknya, pelanggan mereka selalunya orang miskin atau pelarian macam diorang juga. Susah pula diorg mendapatkan client yang kaya...

The A Team Series


Dalam movie ni akhirnya aku tau kenapa BA tidak suka naik kapal terbang dan Murdock is definitely the least person he likes. Kalau cerita pasal sinopsis The A Team, rasanya melambak dekat internet. Cukuplah aku cerita dari my point of view saja. Dari segi jalan cerita, The A Team movie memang happening berbanding series. Orang kata A team kali ni lebih canggih dari biasa. Tidak juga melampau. Just nice. Kalau korang peminat A Team.. Rugi kalau korang tidak tngok. Scene kegemaran aku scene di mana diorg jumpa Murdock, the last member to joined the team dan scene di mana Hannibal, Face dan BA menaiki helikopter yang dikemudi oleh Murdock for the first time.

Barisan pelakon pula, ada yang aku berkenan dan ada yang aku kurang berkenan. Yang berlakon sebagai Hannibal kira boleh tahan juga la.. Liam Neeson bah tu!! Cuma Hannibal baru ni macam kurang relaks sikit. Stress sja nampak.. Mungkin direktor mo kasi nampak realistik sikit.. Aku pun tidak pasti. Kalau Hannibal lama, baru la cool!! Relaks saja riak muka dia. Macam orang yang sudah biasa nampak benda yang luar biasa.

Col. John 'Hannibal' Smith

Face dalam cerita ni pun macam ok juga la. Mungkin sebab aku sudah biasa tengok Face yang tiada muscle, so ada kejutan karektor juga la. Tapi lakonan dia nampak memberangsangkan daripada
Hannibal.

Lt. Templeton 'Faceman' Peck

BA ni kira macam ikon A Team. Dengan gaya rambut mohawk + muka ganas + emas. Tapi BA baru ni nampak mcm lemah lembut pula. Gaya rambut mohawk - muka ganas - emas. BA lama kalau tengok muka pun kita takut. Tapi gaya lawan tu juga la paling happening. Cuma lakonan dia macam kurang memberangsangkan sangat.

Sgt. Bosco Albert 'BA' Baracus

Murdock, my favorite character in the other hand is PERFECT!! Lucu macam biasa, gila macam biasa, menyakitkan hati macam biasa.. hehehe

Capt. HM 'Howling Mad' Murdock

Mungkin juga bukan salah pelakon tapi sebab aku sudah biasa tengok A Team yang lama so, mau juga tengok pelakon asal. Impossible!!



Part aku tengok Toy Story 3 tu, kira aku skip saja la. Nothing much. Biasalah typical Disney Movies. Hehehe


No comments:

Post a Comment