Apr 26, 2012

Review : 38 Weeks KKP

Assalamualaikum :)

Ewah! Terkejut aku tengok setting blogger yg baru ni. Hahaha.. serius macam orang kebaruan.

For the past 3 days, aku rasa macam tidak keruan. Tanda bersalin (darah) sudah ada, tapi sakit perutnya tidak timbul2. Macam pelik pula.

So, hari ni kebetulan jumpa doktor. Awal2 sudah minta teman hubby just in case doktor suruh terus masuk wad. Karang tidak pasal2 doktor kata aku berani mati drive sendiri2 padahal tanda sudah ada. BSP pun ok so, doktor tanya kalau ada masalah lain. Aku maklumkan la part keluar darah tapi tiada sakit perut. Sambil senyum2 doktor cakap klu mcmtu mmg tidak lama lagi la. Suruh standby la apa2 yg patut. Kalau sakit perut atau pecah ketuban terus pegi hospital. Buat masa ni, tidak perlu pergi hospital dulu. 

Lepas tu doktor suruh baring. Dia mo cek perut. Kedudukan kepala baby mmg sudah ready. Haiyaa nervous gila aku. Tapi nervous2 aku pun, masih lagi akun drive sendiri pergi kerja, ambil dan hantar Haikal. Kadang2 pernah terfikir kalau sakit perut time kesesakan lalu lintas, baru padan muka aku. Tapi klu tidak drive sendiri macam menyusahkan hubby pula. Jadual masa tu macam tidak kena.. haihhhhh..   




Apr 24, 2012

Apakah?



Assalamualaikum ;)

Semalam, bawa mama aku jalan2 di Giant, City Mall. Takut dia boring duduk rumah tidak buat apa2. Sepanjang proses menemankan mama aku, aku asyik fikir mo duduk saja. Siap gurau dengan hubby "Silap2 di luar2 sudah kepala anak time aku jalan2 ni!". Laki aku pandang aku semacam ja. Mungkin nda tau aku bergurau ka atau betul2.

Hari ni 24 April 2012, jam 10.30 pagi ada kelihatan sedikit darah. Apakah mungkin? Kira punya kira, 15 hari lagi due. Lebih kurang mcm Haikal dulu. Tapi sebab belum ada sakit perut, aku rasa aku perlu bertenang dulu. Tapi mo kena maklumkan kwn2 opis. Takut diorang panik. Hehehe terasa mcm buat firedrill la pula. Bezanya kali ni hantar org beranak. Lepas tu call hubby suruh standby dan minta tolong hantar Haikal ke sekolah (sepatutnya giliran aku).

At this moment, 11.30 pagi perut kerap mengeras. Kurang pasti ini tanda2 mo bersalin atau apa. Tapi sakit perut yg melampau belum lagi. So, aku tunggu lagi sampai aku rasa 'It is time'. Lagipun hospital tidak jauh dari ofis.

Semoga semuanya dipermudahkan. Amin!!


Apr 23, 2012

Mesyuarat PIBG


Assalamualaikum :)

Many weeks ago, Haikal bawa surat dari sekolah. Di bahagian tajuk surat tertera : Jemputan Mesyuarat PIBG serta Pemilihan Jawatankuasa baru bagi sesi 2012. Turut dilampirkan adalah borang pengesahan kehadiran ibubapa serta nama calon yang dirasakan sesuai.

Ok, bila tengok tajuk saja khususnya part "Pemilihan Jawatankuasa Baru", definitely kami tidak akan hadir. Siapa la orang yg sanggup untuk terpilihkan? Bukan tidak mau menyahut cabaran, cuma dalam keadaan kami (suami isteri) yg ditimbuni dgn segala jawatankuasa di ofis mungkin adalah lebih baik kalau kita sit back sekejap. Paling tidak boleh percaya, kami kena namakan calon yg sesuai untuk dilantik jadi JK. Kalaupun kami kenal rupa, tidak terlintas pula mo tanya nama. Takkan la mo letak nama bapa si polan pula kan? Sangat tidak professional.

Lepas hantar borang pengesahan, mengatakan kami tidak hadir dan tiada sebarang calon dinamakan kami beranggapan segalanya telah selesai. Sehinggalah Haikal membawa pulang lagi satu surat meminta ibubapa hadir pada Sabtu 21 April 2012 sempena Mesyuarat PIBG, Penerimaan Keputusan Ujian Bulan Mac Murid dan Penerimaan Bantuan KWAMP (klu tidak silap) untuk pelajar yg layak.

Sangat pandaikan ini sekolah. Mungkin ramai parents tidak mau datang meeting, suddenly Mesyuarat Agung kena combine dgn penerimaan slip keputusan dan bantuan KWAMP. Since perjumpaan adalah jam 8.00 pg, aku dan suami bertolak kira2 jam 9.00 pg. Konon mo escape pemilihan. Last2 terjebak juga kami dalam mesyuarat tersebut. Punyalah ramai ibubapa yg hadir. Mungkin bukan jenis ibubapa yg berharap terpilih jadi JK, tapi semata2 mo ambil result anak atau mendapatkan bantuan seperti yang dimaksudkan.

Setelah pemilihan dibuat (Alhamdulillah, kami tidak terlantik), kami ambil result Haikal. Not bad. 4B 1C. Average student mcm mamanya juga dulu. Cuma cikgu tegur, Haikal boleh jawab soalan cuma agak perlahan. Kena buat latihan selalu la jawabnya kan?

Lepas dpt result, terus cari makan.. bikin lapar rupanya bermeeting ni :).


Apr 20, 2012

Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum ;)

Hari tu aku ada terbaca dari somewhere bahawa ibu mengandung amat digalakkan memakan kurma di sepanjang kehamilan. Malangnya aku lupa sudah apa actually khasiatnya selain daripada energy booster ketika melahirkan.

Hari ni, aku ternampak balik dari mana aku baca (sentuhankasih-ibu.com). Sungguhpun aku sepatutnya mengelak makan manis, tidaklah aku makan kurma macam makan nasi. Hehehe agak2 lah sikit.



Since mama aku pegi umrah baru2 ni, aku siap pesan dengan mama aku mo kirim kurma nabi dan air zam zam. Nda payah macam2. Kurma nabi sama air zam zam saja.


Biasalah mama mama ni kan. Kirim satu beli 3. Aku dapat 2 jenis kurma plus kismis dari mekah. Ada juga utk dikunyah2 masa di ofis. Cuma air zam-zam ja mama aku lupa kirim :). Bah sis, if you read this post, jgn lupa kasi bawa 1 botol mineral next week ah. Memandangkan ko naik belon :D.


Library Again..



Assalamualaikum :)

Hajat hati untuk pulangkan 2 buku yg sudah teroverdue lebih seminggu. Aku masuk dengan hati yg kuat, teguh dan yakin sambil memujuk hati kalau aku sudah beranak sure tidak terbaca itu buku klu aku pinjam.

Lepas bayar denda RM3.20 utk 2 buku, tiba2 kaki aku pusing tempat lain. Mo kena ikat kali kaki aku ni kan? Last2 aku terpinjam lagi 2 buku. Dalam hati cuba memujuk, kononnya aku sempat baca sebab aku cuti 3 bulan. Well, we'll see la kan?

Seorang rakan pernah tanya aku, kalau aku sudah ada nama utk si anak dalam perut. Yep!! Aku tau, ada org berpendapat menamakan anak yg belum lahir boleh mendatangkan 'tut' tapi harapnya janganlah kita percaya sangat. Syirik.. ;)

Sebab aku sudah tau jantina, aku mmg sudah pilih nama. Baru aku perasan nama tu ada kaitan dengan minat aku dgn buku. Khususnya time2 aku pregnant ni. Makin menjadi2 aku tengok.



Sebuah lagi buku James Patterson. Nampak ja nama si JP ni, terus aku pegang tidak mo lepas. Yang satu lagi tu, aku tengok tajuknya macam interesting ja. Harapnya sempat la aku abis baca sepanjang cuti 3 bulan aku tu ;).


Apr 19, 2012

Books : Worst Case


Assalamualaikum :)

Masihkah kau ingat dalam entri aku kebelakangan ni aku diuji dgn aktiviti tunggu menunggu di ruang menunggu? Minggu lepas di Hospital Likas, minggu ni di Klinik Penampang? Ahaaaaa!! Disebabkan itu, maka bermulalah pembacaan buku ke-2.

Buku ni aku pinjam bukan sebab aku kenal penulis. Tapi lebih kepada perkataan BESTSELLER yang terpapar di cover buku.

Buku ni walaupun ada 102 chapter, setiap chapter cuma ada 2-3 muka surat ja. Aku memang suka baca buku2 mcm ni. Senang mo berhenti bila perlu. Apa yang menarik, jalan cerita buku ni. Sesuai dengan citarasa aku la.

Mengisahkan tentang siri pembunuhan anak-anak orang kenamaan dan kaya di New York. Pembunuh akan memilih mangsa dari kalangan orang kaya dan berpengaruh di samping mereka mestilah anak tunggal. Tiada sebarang tebusan diminta (pelik kan?), tapi nyawa anak2 orang kaya ini hanya bergantung pada satu ujian sahaja. Ujian tersebut perlu dijawab oleh mangsa. Kalau gagal, jawapannya.. mati lah.

Sampai dihujung cerita aku masih lagi berteka-teki mcmna pembunuh pilih mangsanya. Last2 baru aku tau.. Hahahaha.


Books : The Confession





Assalamualaikum :)

Agak lama juga aku sudah aim mo cari ini buku. Selalu nampak di kedai buku saja. Tidak pernah di library. Entah apa nasib aku kali ni, ternampaklah aku buku idaman qalbu.

Kalau tengok cover, bikin hilang selera. Macam cerita politik la pula. Tapi disebabkan penulisnya si John Grisham, adalah harus untuk dibaca dulu baru judge apa2 yang patut.

Apa yg best pasal buku ni, aku boleh baca berhenti2. Meaning kalau ada 43 chapter, aku terstop baca sampai chapter 5 pun aku tidak rasa ingin tau. Maka, aku baca buku ni agak lama sikit. Bukan mo cakap ceritanya boring. Sangatlah tidak boring. Siap ada adegan 'neng yatimah' lagi aku hahahaha... baca buku pun mo nangis. Kalaulah buku ni difilemkan, banjir kali panggung wayang. Bikin malu!

Ringkasnya, buku ni mengisahkan tentang kes pembunuhan seorang pelajar perempuan sekolah tinggi (high school la tu.. :D) Nicole Yarber. Dengan saksi yg tidak boleh pakai, akhirnya seorang pelajar kulit hitam Donte Drumm dipersalahkan dan dihukum mati. 9 tahun kemudian, seorang lelaki 40-an, Travis Boyette telah membuat confession pada seorang minister dengan mengatakan bahawa Donte Drumm tidak bersalah dan pembunuh sebenar adalah dirinya sendiri. Confession dibuat memandangkan dia sedang tenat dan akan mati disebabkan kanser. Bermulalah perjalanan si minister bersama Travis Boyette untuk menyelamatkan si Donte Drumm. Tapi malangnya disebabkan sistem keadilan yg korup, misi tersebut tidak dipedulikan.

All and all, buku ni memang best (atau actually si John Grisham ni mmg pandai tulis buku?). Sepanjang pembacaan aku, puas la aku cakap "Padan muka kau!". Emo betul aku time baca buku. Next time, klu jumpa buku John Grisham lagi, sure aku borrow punya la.