Nov 26, 2012

Kesian Hakim



Assalamualaikum :)

Psssstttt.. Perasan sesuatu? Hahahaha... macam naik lemak aku mengupdate blog. Bukan tiada cerita, just susah cari masa. Biasalah.. hujung tahun.

Last two weeks, Hakim kena masuk wad. Bukan calang-calang anak aku yg seorang ni. First time sakit, terus masuk wad. Nasib baik wad kanak-kanak di Hospital Nukleus Labuan. Aku sangat suka dengan Hospital Labuan (walaupun ramai yg cakap tidak best) sebab jumlah pesakit yg tidak terlalu ramai. 

Hakim kena tahan dalam wad lebih kurang 4 hari 3 malam. Punca? Jangkitan kuman pada paru-paru. Mula-mula tu Hakim cuma diserang batuk dan selsema (tiada demam), makin lama aku perasan Hakim macam ada kesukaran bernafas. Bila bernafas pun ada bunyi macam wisel. 

Bila bawa pegi klinik, doktor cakap Hakim ada asthma. Selain ubat asthma, ada juga dibekalkan ubat demam, batuk, kahak, selsema dan antibiotik. Sepanjang proses tidak sihat Hakim, aku perasan satu perkara. Anak ini sangat takut mau makan ubat. Baru telan ubat, 2-3 saat kemudiaan dia muntah balik. Macamna la mau sihat.

Bila keadaan makin teruk, mama aku suruh hantar hospital (FYI : Tiada klinik 24 jam di Labuan setakat ini). Masuk bahagian kecemasan dan trauma, ada seorang penolong pegawai perubatan rawat Hakim. Dia suruh Hakim pakai topeng gas (betul ka tu?). 


 Nampak mcm senang ja kasi pakai kan? 
Padahal kalau dia bangun atau terbangun, ya ampun.. kepala dia berpusing pada setiap arah.



Lepas 30 minit, dia check balik. Lepas tu dia suruh ambil x-ray pula. Kononnya dia suspect Hakim ada jangkitan kuman di paru-paru. Masa proses mengambil x-ray tu, ibubapa kena tunggu luar. Tinggal la Hakim sorang-sorang dengan juruteknik x-tray. Huhuhu



Apa hal la pula nama Daris Hakim jadi Dory Hakim ni? 
Diorang ingat ini ikan ka apa?

Lepas ambil x-ray, baru la doktor yang merawat Hakim. Doktor cakap memang kena masuk wad. Every 2 hours, Hakim kena sedut gas. Sebelum masuk wad, kena masuk jarum dulu (utk tujuan drip dan antibiotik). Sungguh seksa sekali tengok Hakim asyik kena cucuk (menurut nurse sebab dia tembam, susah diorang mau nampak urat). 
 


 Selepas 4 kali cucuk, baru jumpa urat. Sangat kesian..



Untuk malam pertama dan kedua, Hakim macam susah mau tidur. Posisi tidur terbaik untuk Hakim kalau tidur di dada atau tidur duduk. Sepanjang tempoh Hakim di hospital, aku perasan Hakim asyik muntah dan berak.

Bermalam di wad, buat aku asyik sakit badan. Bayangkan selama 2 malam aku tidur duduk. Bila Hakim makin ok, barulah aku boleh tidur di katil dengan Hakim. Bukan pun best sangat sebab katil tu kecil la pula. Berlipat-lipat badan aku tidur.

Kebetulan sepupu aku Ita (nurse) bertugas dalam 2 malam terawal. Sempat juga la aku tanya beberapa soalan bonus. Antaranya :

Kenapa Hakim kena sedut gas walaupun dia tiada asthma (doktor yg kasi confirm)?


Tujuan sedut gas tu sebenarnya untuk cairkan kahak. Hakim ada banyak kahak dalam paru-paru dia sampai dia susah bernafas. Itulah sebab Hakim selalu berak dan muntah-muntah (mengandungi lendir dan kahak).


 Inilah alatnya. Hubby cakap macam mo beli.. 
tapi tengok kekerapan penggunaan dulu.


Berapa lama kena tahan?


Selalunya kes-kes macam ni paling cepat 3 hari. Paling lama 5 hari. Bergantung pada antibiotik yg doktor bagi. Dalam kes Hakim mungkin 4 hari.

 Urat di tangan Hakim mula membengkak. 
Terpaksalah aunty Ita cucuk semula di bahagian kaki pula. 
Kali ni macam ada 3 kesan cucukan.. huhuhu



Lepas tu, cousin Ita meneruskan kerja. Hari isnin (hari ketiga), doktor cakap Hakim kena buat chest physiotherapy. Bingung sekejap. Rupanya dalam bahasa pasarnya, proses sedut kahak. Hakim kena suruh puasa 2-3 jam sebelum tu. Di satu sudut, aku nampak doktor golek-golek, urut-urut, pukul-pukul (dgn kasih-sayang hehehe) di belakang Hakim sebelum memulakan proses. Masukkan hos saiz kecil di lubang hidung dan mulakan proses penyedutan dengan menggunakan mesin. Lepas sebelah kanan (posisi mengiring).. pusing lagi sebelah kiri... dan seterusnya hos dimasukkan dalam mulut (menggunakan posisi yg sama). Oh!! Sangat kesian..



 
Lepas chest physiotherapy 2 hari berturut-turut.. 
terus tidur dan tidur membolehkan aku..
 memecahkan rekod game yang ada dalam telefon aku. 
Kalaulah aku bawa buku..



Nov 9, 2012

Ole-ole from Langkawi


Assalamualaikum :)

Beberapa hari lepas (almost a week), aku dan anak-anak ditinggalkan sendirian berhad memandangkan laki aku kena hantar ke Langkawi untuk ber'KIK'.

Untuk tujuan keselamatan, pemergian si suami langsung tidak diuwar-uwarkan secara umum. Takut mengundang bahaya.

Seperti biasa, mama aku  mesti tanya sama ada aku ok kah tidak jaga budak-budak. Memandangkan aku tidak mau mama aku bersusah payah datang ke KK hanya untuk tolong aku jaga anak di waktu malam, sedangkan siang dia susah hati sebab tiada kerja mo dibuat di rumah aku. So, aku cakap sama mama aku.. aku cuba bertahan! Bertabahlah! (not exactly like that.. tapi more or less la).

Entah kenapa anak-anak aku ni, kalau laki aku ada bukan main kecoh semacam. Tapi bila bapa diorang tiada, semua pun baik-baik belaka. Kenapakah?

Sampai airport, laki aku bercerita (non-stop which is unusual) tentang Langkawi dan mencadangkan mungkin suatu masa kami boleh melancong ke sana. I was like WHAT?? Laki aku cerita pasal mau buat trip bercuti? What actually happened to my husband? Tertukarkah?
 
So sampai rumah, hubby bagi tau dia belikan ole-ole untuk budak-budak and of course the wife. Langkawi t-shirt for Haikal and Dyana.. Hakim tiada saiz :(. The wife also got 2 t-shirt (mungkin untuk cover penat lelah selama seminggu).


 I was pretty happy with his choices. (very unusual..)

.
.
.
.
.
.

But.. what was that?

Seriously? 

Dia takut bini dia hilang atau dia mau aku jadi tumpuan utama di tempat gelap?


p/s : Sorry for the upside down picture. Aku malas! Hahaha

Nov 8, 2012

Peraturan Roundabout



Assalamualaikum :)

Alkisah pagi tadi, sedang sibuk-sibuk tunjuk dengan Haikal kereta bereben yang berada di lorong kiri ketika masuk roundabout, tiba-tiba pemandu kereta yg 'bijaksana' tu pusing selamba 360 darjah. Lorong paling luar okeh! Aku kurang pasti undang-undang negara mana dia ikut, tapi hakikatnya itu bukan pertama kali.

Anggap sajalah perjalanan hendak pergi ke tempat kerja mahupun balik dari kerja amat menguji kesabaran aku. Mana lagi yg tersangat lidut (mgkn sedang sibuk cerita sejarah bangunan atau apa), bagi can org memotong (walapun yg memotong ni tidak ikut peraturan), tidak bagi signal (jimat tenaga signal ka apa) dan yg paling tidak boleh tolerate bab orang yg tidak campen (terer) dalam perihal roundabout.

Dulu masa ambil ujian bertulis kali pertama di sekolah memandu aku gagal dengan jayanya. Bapa aku memang tidak boleh terima macamna aku gagal (walaupun itu setakat trial). Kunun, orang berpendidikan tidak sepatutnya gagal ujian bertulis. Jadi sebelum ujian JPJ memang aku hafal dan fahamkan betul buku peraturan tu. 

Ok. Kenapa la aku anti sangat dgn orang yg buat-buat pandai di roundabout ni? Sudah banyak kali aku hampir terbabit dalam kemalangan dalam kes roundabout. Kalau aku tekan hon, boleh-boleh dia balas balik macam dia tidak salah. Tapi serius kalau betul-betul terlanggar, tiada ampun. Simpan ja peraturan kau tu. Kita cerita di balai polis.

Hampir setiap hari mau pergi kerja, aku akan melalui 13 roundabout. T-I-G-A-B-E-L-A-S!! Kalau ada 13 orang idiot di jalan raya.. sampai ofis, tinggal roda ja kali kereta aku. Itu baru mau pergi kerja. Balik kerja? 26 roundabout. Ya ampun.. minat betul perancang bandar ni dengan roundabout kan?

Pernah sekali dalam bulan lepas aku kebetulan ternampak kemalangan depan mata. Pasal roundabout juga lah. Yang salah buat-buat blur. Aku tengok langsung tiada tanda P. Yang betul macam Karam Singh Walia sudah aku tengok. Hayun tangan sana sini. Marah la tu. Aku? Dalam hati cakap 'Padan Muka!!'

Nasib dapat yg blur. Kalau dapat yg perasan 'betul'? Aku bawa dia keliling roundabout tengok anak panah. Biarlah kalau roundabout tu sebesar padang bola. Mau diajar sikit. 

Bagi yang tidak 'ingat' peraturan di roundabout. Jom tengok sekejap. 




Kalau yg susah sangat mau ingat tu. Tengok ja anak panah sebelum masuk roundabout. Selalunya ada.


Sekian ceramah lalu lintas hari ini.


Nov 6, 2012

Alahai...


Assalamualaikum :)

Bila ramai kawan-kawan post pasal xmas kebelakangan ni, aku rasa macam kelam kabut pula mo cari birthday present untuk Dyana. Padahal birthday dia 24 Disember. 

Beli hadiah untuk Dyana bukan susah sangat since aku tau dia cuma minat 3 benda. Mainan masak-masak (syukurlah nak), memancing (apakah?) dan bunga-bungaan (ini kerja mama aku la ni..). Tapi semua jenis mainan di atas merupakan permainan yg tidak dipersetujui si bapa memandangkan semua permainan tersebut tidak tahan lama dan bikin menyemak kalau tidak dikemas (macam la si empunya mainan ni rajin mengemas kan?).

So, setelah diperkenankan oleh pemegang mohor-mohor besar serta pemerhatian secara teliti.. akhirnya aku berkira-kira untuk belikan dia stuffed toys. Sebab? Pernah sekali kami berkunjung ke rumah kawan, Dyana keluarkan semua Disney Junior character stuffed toys yg ada untuk ditapau pulang. Sungguh tidak beretika betul la.. hahaha

Jadi bersungguhlah aku google (manalah tau option lebih banyak kalau beli online) sebab kalau beli di KK ni, mau kena pandai cari. Jadi since aku rasa aku terer dalam bidang kartun ni, maka dengan confidentnya aku pun carilah..

Poroyo - Tapi tidak jumpa
Poyoyo - Pun tidak jumpa

Last-last aku tanya Haikal. 

Aku : Haikal apa sudah nama kartun yg Dyana suka tu?
Haikal : Katrun mana?
Aku : Disney channel tu bah. Yang ada Croc..
Haikal : Croc mana?
Aku : Crocodile la.. (Buduh betul aku rasa jawapan ni..)
Haikal : Yang mana? (Bikin panas kan?)
Aku : Ala.. yang Poyoyo kah? Atau Pocoro kah tu..
Haikal : Pocoyo..
Aku : Bukan.. yg penguin tu bah.. Dia pakai cermin mata..
Haikal : *buat muka confuse* Pororo?
Aku : Haaa!! Itulah!



Kedekut betul la si Pororo ni kan? Susah betul mo ingat namanya.. 
*sebenarnya inda mo kalah malu* 


Kesimpulannya, sungguhpun aku hari-hari tengok kartun.. tidak semestinya aku menghayati watak-watak berkenaan. Berangan ja aku ni kan?



Langkah Sungai


Assalamualaikum :)

Seingat aku dulu masa sepupu 2 kali aku bertunang dengan orang seberang, mama aku adalah pilihan utama jadi tekong majlis (tekong?). 

Orang-orang moden macam kita ni (ehem..) biasanya akan terfikir.. "Ohhhh.. bertunang macam biasa saja bah.. macam orang lain."

Bila aku ikut menyibuk dalam perbualan orang tua-tua, rupanya banyak benda yang aku tidak tau.

Bila si gadis (berbangsa kedayan) ingin disunting, si teruna perlu hantar wakil untuk merisik. Sebaik-baiknya kaum keluarga. Rombongan merisik ini perlu membawa sebentuk cincin (yg biasa-biasa saja). Cincin ni kononnya sebagai tanda si gadis telah dirisik. FYI masa aku kena risik dulu, cincin aku punyalah longgar. Mertua aku main tibai ja cincin yg ada di kedai atau dia terlalu bijak untuk mengetahui bahawa menantu yg satu ini akan semakin membulat di masa depan. ;) 

Setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, tarikh pertunangan akan diumumkan/maklumkan. Dalam adat pertunangan, ada 2 jenis hantaran perlu disediakan. Kedua-duanya boleh dilakukan serentak, atau kalau tidak mampu dibuat secara berasingan. 2 hantaran tersebut adalah barang hantaran dan belanja hangus.

Selalunya orang buat satu kali. Tapi yg tidak mampu, mereka beri barang hantaran serta cincin menandakan si gadis dan si teruna telah bertunang. Belanja hangus harus dihantar sebelum hari pernikahan diadakan. Sekiranya dianjurkan sekali, wakil pihak perempuan (biasanya bapa saudara) akan mengira wang hantaran tersebut. Masa aku bertunang dulu, pakcik aku kira sampai 3 kali sebab dia lost count. Nasib baik sikit. Kalau hantaran sampai 30-40 ribu? Menangis air mata darah orang tukang kira.

Di majlis pertunangan, seharusnya majlis pernikahan telah ditetapkan. Zaman sekarang pelik sikit. Boleh postpone nikah sampai 2-3 tahun. Hehehe

Wang belanja hangus (sekiranya dihantar berasingan) perlu dibuat majlis kecil-kecilan. Kita pun tidak mau segala macam perompak stand by dekat pintu tadah tangan tolong kirakan duit kan? Jadi seadanya. Setakat wakil si gadis dan rombongan si teruna.

Berbalik pada cerita sepupu aku tadi.. Sepupu mama aku (bapa si gadis) datang ke rumah untuk tanya kalau-kalau ada bayaran tambahan yg perlu dibawa oleh rombongan si teruna masa majlis bertunang selain barang hantaran, cincin dan belanja hangus?

Mula-mula mama aku cakap tiada. Tiba-tiba masa pakcik aku mau pulang, mama aku tanya si teruna bangsa apa? Bila pakcik aku cakap bangsa bajau, terus mama aku cakap kena minta belanja langkah sungai.

Bila pakcik aku balik, aku tanya balik mama aku. Langkah sungai tu untuk apa?

Dia cakap langkah sungai tu macam denda. Biasanya kalau si gadis bangsa kedayan, si teruna yg berlainan bangsa kena bayar denda untuk berkahwin.

Aku tanya berapa banyak?

Mama aku cakap terserah. Selalunya RM50.

Hahaha.. aku ingatkan beribu-ribu... 

Apapun mama aku cakap, zaman dulu adat tu memang dititikberatkan. Tapi zaman sekarang macam tiada sudah. Kalau mama aku jadi tekong, dia akan mention pasal adat ni kalau si teruna berlainan bangsa. Tapi terserah pada keluarga si gadis la kalau mau buat. Tapi bagi aku, apa sangatlah RM50 daripada anak-anak kedayan (macam anak-anak aku) tidak tau pasal adat ni. Lagilah aku ada anak perempuan pure kedayan. Hahahaha..

Kalau adat yang lebih detail lagi.. aku kena tanya mama aku nanti. :D



Nov 2, 2012

Anak


Assalamualaikum :)




Situasi 1 : Bila nampak Hakim ketawa atau buat mata juling.

Dyana : Mama.. comelkan anak?
Aku : Eh??


Situasi 2 : Bila Hakim menangis minta dilayan sedangkan aku tunggang langgang di dapur.

Dyana : Mama, anak nangis. Kesian kan?
Aku : Sabar ja lah..


Situasi 3 : Bila Hakim tarik rambut Dyana.

Dyana : Mama! Ambil anak ni..
Aku : Ewah! Bukan main lagi dia..


Hamboi!! Anak aku.. suka hati ja panggil anak. Cubalah panggil nama. Rupa-rupanya, anak orang pun dia panggil anak! Pelik betul la minah propa ni.. hahaha


6 Months Old


Assalamualaikum :)

28 hb yg lalu, Hakim secara rasminya berusia 6 bulan. Whoaaa.. macam tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Masih terngiang-ngiang (eh?) macam mana aku beranakkan dia 6 bulan lalu. 

Berat Hakim sudah masuk 8 kg (minus segala diaper, baju, kasut dan seluar). Tinggi mungkin dalam 65 cm. Aku pun tidak ingat. Aku ingat berat ja, sebab itu la yg dipikul ke sana sini.

Bila masuk 6 bulan, macam-macam la aku kena sediakan. Khususnya makanan. Bayi berusia 6 bulan sudah start makan. 1 hari lagi 6 bulan, mama aku suda kasi dia ayam goreng. Ayam goreng okeh! Seketul lagi tu!! Semata-mata untuk dia gigit-gigit (mungkin gusi Hakim gatal kali). Sekali tu, sampai termuntah-muntah Hakim makan sebab dgn gusi yg tiada gigi tu, dapat juga dia gigit. 

Kalau dulu masa Dyana dan Haikal, aku rasa aku banyak kasi makan nestum. Terutamanya Haikal. Pelik betul pemalasnya aku dulu. Tapi breastfeeding rajin pula aku. Masa Dyana aku rajin sikit. Sebab ada info dekat buku klinik. Ada masanya (kalau tidak sempat) nestum juga la aku sumbat. Hehehe..

Kalau boleh, Hakim ni aku try kasi makan bubur nasi macam dalam buku klinik tu. Banyak juga info dalam internet pasal pemakanan dan penyediaan makanan bayi ni kan? 

Antara barang yg aku beli untuk misi aku yg satu ni:

1) Isi ikan (frozen)
2) Carrot
3) Blender Jug

Semua pun aku beli di supermarket ja. Sepatutnya aku pelbagaikan sayur dan protein tu. Tapi sebab Hakim ada Eczema, aku pakai ikan dulu la. Mungkin minggu lain pakai ayam pula. Sayur tu, sebab beli 1 plastik (kononnya lagi murah), maka tahankan saja la tu lobak. Lain kali try brokoli atau green pea pula. Pasal blender jug tu, mama aku yg suggest. Daripada beli yg mahal-mahal, beli jug saja. Khas utk blender makanan baby. 

Masa Dyana dulu, rajin betul aku tapis pakai strainer. Aku kan bendul. Dalam buku tunjuk macam tu, aku pun follow ja la. Sekali tengok dalam internet.. ya ampun. Aku ingat balik pun aku penat. Hahahaha

Nasib aku ada terbeli food warmer. Konon-konon mo kasi senang mama aku kasi panas susu Hakim. Sekali langsung tidak kena pakai. Jadi kali ni aku pakai utk kasi panas bubur sajalah. 

Memandangkan aku selalunya bergerak solo dalam menguruskan hal rumah, bila la masa sesuai utk aku buat bubur? 4 pagi ok. Tiada rundingan! Hakim selalu bangun jam 5. Orang cakap rendam beras semalaman akan buat bubur lebih lembut. Jadi aku rendam beras sebelum tidur malam. Bangun jam 4 pagi, masak bubur, campak carrot dan isi ikan yg dipotong-potong tambah garam sikit. Bila sudah masak sejukkan dulu sebelum diblender.

Selalunya, sebab aku sedikit havoc di awal pagi.. makanan yg aku blender, aku simpan dalam peti ais utk makan malam Hakim. Di nursery, memang diorang provide juga makanan baby. Masa diorang Haikal dulu, memang aku selalu juga subuk-subuk (intai-intai) macamna diorang sediakan makanan baby. Memang menepati piawaian lah (piawai segala..). So, bab makanan ke nursery aku tidak risau. Makanan di rumah saja yg aku risau. 

Balik rumah, plus jammed plus kerenah yg 2 orang itu lagi.. kira tidak terkawal lah. Maka, makanan Hakim harus diasiapkan awal. Kata orang, kenyang perut senang hati. Lepas Hakim makan (selalu Dyana tumpang sekali bubur adik dia heh!), baru sibuk masak utk si Haikal dan si empunya diri.  Begitulah alkisah.

Hujung minggu aku rasa memang tiada masalah... :)


Muka orang 6 bulan..

Kenali Potensi Si Manja



Assalamualaikum :)

Lepas masalah server dapat diselesaikan, aku ajak laki aku jalan-jalan pergi hypermarket Servey, Likas untuk beli sedikit barang. Tiba-tiba nampak satu booth di tengah-tengah hypermarket. Terpampang banner 'Kenali Potensi Si Manja' oleh Dutch Lady. 

Tiba-tiba aku teringat, ada member ofis bagitau pasal satu sistem (atau program?) yg boleh mengenali potensi anak anda dengan hanya menggunakan cap jari. Cuma.. yes, ada cumanya.. haruslah membeli 2 packet susu Dutch Lady. Your choice mau perisa apa.

Since Dyana masih menyusu (luckily dia memang menyusu Dutch Lady) dan aku belum beli stok susu bulanan, aku pun belilah 4 pack. So, this is the problem : I got 3 kids and I only need to buy 4 pack. Mau beli 6, macam membazir. So, I decided : Dyana and Haikal. Hakim? Aku tidak sure kalau dia mau bagi kerjasama.



Diorang sedang ambil cap jari anak. Bukan 1 jari, tapi 10 okeh! 
Masa ni, Dyana sudah mula tidak mau duduk diam. Kadang-kadang, bontot dia boleh tersasar dari kerusi. Aku pun tidak perasan mcmna boleh tersasar. Malu kali.. nasib saja tangan dia kena pegang. Kalau tidak, jatuh terlentang kali dia.. hahaha



 Analisis akan dicetak (Ewah.. cetak!) dan diterangkan oleh kakitangan terlatih yg diterbangkan khas dari KL. Semua result akan diletakkan dalam satu folder seperti mana di atas.



 Setiap sampel (Hamboi.. anak aku.. sampel konon peh!!) akan diberikan 3 potensi tertinggi dari 10 potensi sedia ada. Potensi di atas adalah potensi Haikal. Mengikut si penganalisis, Haikal merupakan :

Si Berani Yang Inovatif - Mampu menghasilkan penyelesaian dgn kreatif.
Si Berani Yang berinisiatif - Mampu menggunakan fakta dan kaji selidik dalam penyelesaian masalah.
Si Kreatif Sistem - Berkebolehan membentuk sebuah sistem dalam organisasi.

Contoh pekerjaan yg sesuai : Movie director atau music director (Eh???)



Ini report Dyana. Dyana merupakan :

Si Mahir Artistik : Mempunyai ketangkasan pergerakan badan dengan sentuhan seni.
Si Pemerhati Rujukan : Mempunyai kelebihan memerhati & menyerap segala perubahan yg berlaku.
Si Berani Yg Inovatif : Mampu menggunakan fakta & kaji selidik dlm penyelesaian masalah.

Contoh pekerjaan yg sesuai : Wushu (Are you serious?)


Itu contoh pekerjaan yg sesuai sepertimana yg dikatakan oleh penganalisis yg hadir la. Bila dia tanya kalau aku ada sebarang soalan, terus aku tanya:

Berapa tepat kajian ni? Sudah ada kelompok kajian dijalankan kah?

Dia kata memang ada. Cuma tidak ramai. Itu pun bergantung pada minat anak. Kadang-kadang potensi dia dalam bidang teknikal, tapi dia minat seni. 

Aku tanya balik :

Kalau dia memang ada potensi seni dan minat dalam bidang seni, apa akan terjadi?
(I know.. stupid question kan? Aku pun tidak tau apa aku fikir)

Dia jawab :

(Merujuk kepada Dyana) Dia mungkin akan jadi penari yg HEBAT!
(Tadi wushu, sekarang penari? Konpius aku!)


Nov 1, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum :)

Beberapa minggu sebelum raya, adik aku ada tanya kalau aku balik kampung atau tidak. Aku cakap, seperti tahun lepas dan lepas lepas.. tidak. Sebab laki aku sukarela jadi ajk kurban ofis dia. 

Masuk tahun ni, kira 3 tahun aku tidak balik kampung. Orang kampung yg beraya tempat aku.. hahaha

Walaupun aku sudah minta cuti sehari sebelum raya (konon tahun ni mau balik kampung), tup tup laki aku semangat pula jadi ajk korban.. mungkin dia lupa dia ada kampung halaman kut.. :)

Al-malangnya, sehari sebelum raya.. server aku pula minta puji. Toink toink kong la pula. Maka, berkorbanlah aku...

Nasib adik aku datang KK. Kasi tinggal 2 orang anak dengan adik aku, sorang lagi aku angkut. Laki aku join sekali untuk pegang si baby. 

Lelaki kalau jaga anak.. memang begini la rupanya. 

It took me almost 3 days! At the end of the day, I noticed something.. It's official! My server hates me! Dia tidak suka aku cuti dan berehat.. huhuhu

Anyway, it's never too late to wish all of you
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA