Aug 10, 2010

Ahli Mesyuarat

Aku rasa sudah banyak kali aku hadir mesyuarat dan banyak kali juga la aku buat pemerhatian. Dari pemerhatian tidak bertauliah aku ni lah aku dapat simpulkan beberapa perkara. Bila bab mesyuarat ni, kita pasti akan jumpa beberapa kategori ahli.

1. Penghulu

Penghulu ni sama juga la macam pengerusi. Kalau tiada penghulu, macam pasar kali mesyuarat. Mesyuarat ni biasanya ikut suka penghulu la mo meeting pasal apa. Kalau dia rasa mo meeting pasal jamuan, jamuan memanjang la isunya. Sudah round table pun, pandai u-turn lagi balik pasal jamuan. Ada penghulu, suka betul abis cepat. Baru start alu-aluan, NEXT!! fuiyooo macam mo ambil giliran bercakap pula ahli lain. Belum pun abis cakap, dia sudah potong cakap kita "itu kita bincang lain kali". Sudahnya, 10 kali mesyuarat 10 kali agendanya sama sebab isunya tidak pernah selesai. Ada pula penghulu, macam mo lawan A. Samad Said. Mukadimahnya, betul2 macam bab pengenalan dalam buku. Itu baru mukadimah, belum lagi penutup. Kalau jumpa penghulu macam ni la aku rajin pegi tandas. Bukan rugi pun. 2 kali pegi tandas, mukadimah pun belum abis lagi.

2. Editor

Macamna pula editor masuk dalam mesyuarat? Itu la kamu tidak tau.. Setiausaha a.k.a Editor ni paling besar kerjanya. Walaupun kerjanya diam2 (macam sopan la kunun), siapa pernah jadi editor ni memang tau la cabarannya menjadi pencatat minit. Syarat untuk menjadi editor ni mesti tip top Bahasa Melayu. Kalau boleh A1 la (kata org dulu2). Ahli mesyuarat ni kalau meeting diorg tau cakap ja. Diorang bukan perasan tu diorg cakap apa. Kalau tidak percaya, cuba rakam. Lepas tu kasi dengar balik. Sah2 diorg cakap "Aku yang cakap tu?". Abis tu takkan la kita mo buat alih suara diorg pula.. macam teda keja lain pula kita ni kan? So, bila ayat macam rojak, jadi keja editor la buat ayat kasi cantik. Kalau ikut ayat diorg, silap haribulan kena suruh ambil kursus bahasa melayu si tukang catat ni. ish ish kesian.. Kalau editornya tip top sastera satu hal lagi. Bagus2 dibagi ayat direct, mo jua buat ala2 Usman Awang. Maka, jumpa la kamu ayat: Demi masa depan, Sesungguhnya, Ketika ini. Pesanan aku, kalau kamu jumpa editor macam ni, suruh dia sain awal2 minit yang dia bagi. Penting tu kalau dia sudah jadi org besar sastera di masa akan datang. Tidak payah sudah kamu berbaris2 mo minta autograf.

3. Ahli Aktif

Setiap kali aku jumpa org macam ni selalu aku terfikir dot matrix printer. Bercakap saja tidak pandai berenti. Dia berenti pun sebab mo ambil nafas ja. Orang macam ni isu dia banyak sikit. Yang kecil pun bagi dia isu. Aku siap ada teori lagi. Kalau kamu jumpa orang macam ni, kira ada berapa ramai. Kalau 3 orang, maka 3 jam la meeting tu akan berlangsung. Tapi selalunya, kalau makin ramai mo tambah lagi extra 30 minit. Kadang2 siap melipat lengan baju lagi tu. Macam mo bertumbuk. Jika anda ingin selamat, kekalkan jarak anda dari ahli aktif sejauh yang mungkin. Kalau bukan pun kena tumbuk, takut org balik2 cucuk kamu suruh pesan sama jiran kamu tu berenti bercakap.

4. Badan Berkecuali

Ini ahli paling ramai aku pernah jumpa. Semua sekali aku kategorikan kepada 3 bahagian:

a) Badan Berkecuali Aktif

Ini bukan aktif sebarang aktif. Mereka bergerak secara berkumpulan (fuh!! ayat tu bah..). Selalunya niat diorg ni bagus. Mau menyelamatkan diri sendiri dari terjebak dari isu yang tidak ada penghujung, so diorg buat la mini mesyuarat sendiri. Borak pasal apa2 yang patut, padahal topik langsung tidak related dengan mesyuarat. Sejujurnya, selalunya aku jatuh dalam kategori ni. Bukan sebab tidak mo participate, tapi kalau kita ni ayam, diorg cerita pasal kambing.. manakan ngam kita mo sampuk pasal telur ayam. Panjang lagi ceritanya tu nanti.

b) Badan Berkecuali Maya

Individu ni macam meeting di alam maya. Kadang2 kita tengok dari jauh, macam diorg ni menumpukan perhatian betul la time meeting. Orang angguk dia pun angguk. Orang geleng dia geleng. Orang angkat tangan pun tumpang sekaki angkat tangan. Pasal kenapa tu belakang kira. Ikut saja orang lain buat apa. Kalau menulis tu macam banyak betul la dia tulis. Sekali tengok kertas, macam zoo sudah ni.. gajah, monyet, harimau, kucing. Ada pula yang sibuk tekan notebook. Macam semua ayat pun dicatat. Padahal berchatting.. sekali penghulu tanya, terbeliak2 biji mata mo menjawab. Kadang2 aku masuk dalam kategori ni kalau aku tiada geng mo buat mini mesyuarat.

c) Ahli Lelap

Spesis ni paling susah mo jumpa. Lagi susah mo jumpa kalau bilangan ahli mesyuaratnya macam hidup segan mati tak mau.. seketul 2 ja ni.. penghulu pandang dia, dia pandang penghulu. Kalau mo cari ni spesis kena pegi meeting sebelah petang. Cari orang yang duduk belakang2 tu, dekat2 sana la ia boleh dijumpai. Lagilah kalau kawasan tu padat dengan penduduk. Cara untuk kenal pasti spesis ni, yang duduk diam sambil angguk2 tu dia lah tu!! spesis ni memang tidak pandai menggeleng sebab ia sudah diciptakan khas untuk mengangguk ja..

Apapun terpulang pada kita la mo jadi yang mana waktu meeting. Asalkan kita bahagia..



1 comment:

  1. saya ada cadangan. apa kata kita wujudkan lagi satu jenis ahli yang bila diagihkan tindakan, ok saja.. boleh saja.. yang ni mo letak dalam group mana aaaa??.. ada jgk ni spesis macam ni dalam bilik meeting. hahahaha..

    ReplyDelete