Asalnya, aku agak ragu2 sikit tengok movie ni. Tapi sebab filem ni membariskan segala jenis pelakon genre action, maka aku pun tengok sajalah.
Awal2 movie lagi aku sudah agak, mesti movie ni macam typical action movie yang lain. Biasalah kalau suda banyak star ni, gaya movie pun macam boleh cam. Di awal scene, aku boleh lihat beberapa tebusan yang suda bersedia untuk disembelih (pelik sebab setiap sorg penjahat ada machine gun, tapi masih mo guna parang) sebab kononnya amerika lambat2 mo bayar diorg punya ransom. Sambil penjahat2 sibuk memberikan ucapan sepatah dua kata, datanglah sekumpulan wira entah dari mana, alih2 semua penjahat sudah dikepung.
Barisan pelakon dia mmg grand gila. Team ni kononnya mengambil upah menjalankan misi2 tertentu, terdiri daripada 6 org bekas askar (aku rasa la. diketuai oleh Mr. Rambo, diikuti Mr. Transporter, Mr. Universal Soldier, Mr. White Chicks, Mr. Wong Fei Hong and last but not least Mr. Gusti (aku tidak pasti kalau dia pernah jadi lead actor sebelum ni). Special appearance ala2 hindustan pun tidak dilupakan, sebab Mr. Terminator dan Mr. Die Hard pun ada. Walaupun tidak sampai 5 minit. At least cukup pakej la.. nasib saja Mr. James Bond tiada.
Kalau mo tau jalan cerita, bagus kamu tengok sendiri la. Bagi aku simple ja jalan cerita dia. Aku hari ni setakat mo jadi pengkritik filem tanpa gaji saja. Walaupun pelakonnya semua all-stars, tapi aku masih rasa cerita ni kurang logik. Sedang2 gawat peluru berterbangan sana sini, Mr. Transporter kita sibuk pula mo bunuh ala2 ninja style. Aku tau la dia pakar baling2 pisau, tapi takkan tu saja dia pandai. Kalau aku la jadi pakar baling pisau, kalau suda machine gun merata2 atas tanah bagus aku pakai ja. Buang tenaga aku ja pakai pisau segala. Sama juga la dgn Mr. Wong Fei Hong, org pakai bom segala, masi lagi dia guna cara ortodoks ala2 tai chi mo lawan penjahat. Kunun pakar martial arts, tapi kalau lawan dalam kumpulan sendiri kalah saja. nda la aku paham.
Apa pun, ada satu part yang aku rasa sgt2 logik sekali. Scene di mana Mr. Wong Fei Hong minta bayaran lebih sebab kononnya dia berusaha lebih dari yang lain.
"Kalau aku luka, luka aku la yang paling besar dari yang lain sebab aku yang paling kecil"
Hahaha memang betul. Kalau pun saiz luka dia sama, tapi sebab dia kecil luka tu nampak lagi besar. Apapun no point juga dia cakap, sebab sepanjang adegan letupan 30 40 kaki, dia sikit pun tidak luka.
Sekurang2nya, peranan Mr. Wong Fei Hong paling logik dalam cerita ni. Walaupun dia kalah dalam martial arts, at least ia logik sikit memandangkan lawan dia punya saiz 6 kaki 5 inci. Yang peliknya, zaman banyak pistol dan machine gun ni, masih lagi dia prefer martial arts berbanding senjata api. Kasi pakai baju gaun, letak rambut tocang panjang di kepala, kasi pakai kasut ala2 ballet, sah!! Macam Fei Hong sesat lokasi penggambaran saja.
Lawak2 dalam movie ni agak refreshing sikit. Bab yang lain masih di tahap lama. Bom meletup sana sini, penjahat semua berterbangan, tapi yang namanya hero masih mampu berjalan ala2 catwalk buat grand entrance. Peluru bertempiaran sana sini, penjahat baru sekali 2 tembak sudah mampus, tapi yang namanya hero masih lagi hidup tanpa sebarang kecederaan. Kalau penjahat kena tembak di tangan atau kaki suda nyawa2 ikan, tapi kalau jadi hero, pandai hilang pula luka tembakan tu di hujung2 cerita.
Paling best, cerita2 macam ni hero selalu sehelai sepinggang bawa machine gun satu, peluru boleh lilit bahu 2 round, bom paling minimum 3 biji, pisau optional. Hasilnya? satu markas tentera hilang.. jangankan org, bangunan pun lesap.. ish ish.. ini baru la..
Paling best, cerita2 macam ni hero selalu sehelai sepinggang bawa machine gun satu, peluru boleh lilit bahu 2 round, bom paling minimum 3 biji, pisau optional. Hasilnya? satu markas tentera hilang.. jangankan org, bangunan pun lesap.. ish ish.. ini baru la..