Jul 30, 2010

Haikal The 'R' Boy

kalau tengok tajuk, macam misteri betul. begitu juga la misterinya perasaan mama si haikal ni masa terima surat dari sekolah hari rabu lepas. kononnya, hari sabtu ni (31/07/2010) hari sukan sekolah haikal. seperti biasalah, kalau budak yang bersukan selalunya mama budak yang lebih. itu memang tidak boleh dinafikan. sukan tahun lepas, haikal ikut 2 acara. perbarisan dan susun tin. walaupun tidak menang apa2 tapi boleh lah.. nama pun budak2.. takkan mo harap ada catatan rekod kebangsaan pula??

peliknya, kalau dulu 2 minggu sebelum hari sukan, sibuk betul la si haikal ni training.. mo jalan pegi kereta pun siap kiri kanan kiri. tidak pasal2 aku pun kena ikut. waktu malam siap lari2 sambil susun gelas lagi. nasib saja la aku tidak ambil timing dia. kalau tidak melampau la pula.

rabu lepas, aku dapat surat pemberitahuan hari sukan dengan senarai acara yang haikal ikut. sekali aku tengok, 1 acara saja dia kena highlight.. perbarisan. boleh la tu daripada tiada. lepas tu, si cikgu siap bagi tau lagi haikal jadi RESERVE untuk perbarisan..

aisehmen!! perbarisan pun ada reserve?? kesian anak aku.. sudah la satu acara, jadi reserve lagi tu.. hehehe tapi aku tidak lah kisah sangat.. bukan pun aku pernah jadi wakil apa2 acara pun waktu tadika dulu.. si haikal pun nampak ok saja.. so ok lah tu..

Jul 24, 2010

My Instructor

minggu lalu aku pegi kursus dengan rela hati (memang la rela hati, aku yang minta) dengan niat menambah koleksi sijil yang aku ada. mana la tau esok naik pangkat dapat bilik besar macam billik pengarah, puas la aku tengok sijil2 aku balik2 di dinding. itu pun kalau naik pangkat..
sepanjang kursus, kami di'anugerah'kan dengan instructor yang biasa menggelarkan dirinya cikgu, dan kami sebagai adik2.. cikgu aku ni luar biasa lucunya. ada beberapa moment yang aku nak share dalam blog aku ni.


Moment 1 : Memperkenalkan diri
Biasalah kalau time kursus tu cikgu mesti perkenalkan diri. apa yang aku tau nama dia zakaria. mana pegi hujung dan pangkal nama dia, aku tidak dengarlah pula.. entah apa aku buat time tu. lepas tu dia kena cakap sesuatu pasal diri dia. boleh dia cakap..

"saya tau saya hensem. itu saya memang tau".

kalau pun mo angkat bakul, tengoklah bah kiri kanan..


Moment 2 : Peraturan kelas
seperti biasa awal2 kelas kami kena brief tentang 2 rules dalam kelas dia.

Rule 1 : Instructor is always right
Rule 2 : If the instructor is wrong, go back to Rule 1

apa lagi kami mo cakap? kiri mati kanan pun mati.. atas bawah tidak payah cakap la..


Moment 3 : Semasa kelas
Mungkin sebab dia menggelarkan diri dia cikgu, dia paling tidak suka syok sendiri.. apa saja yang dia cakap mesti disahut. contohnya..

Cikgu : Boleh tak adik2?
Kami : Boleh..

kalau kami jawab dalam volume rendah.. mesti diulang balik2 soalan tu sampai kami kasi up to volume. tapi bila kami jawab kuat2..

Cikgu : Boleh tak adik2?
Kami : Boleh!!
Cikgu : Burung apa??
Kami : .....
Cikgu : Burung Murai nak.. Burung apa?
Kami : .... (semua pandang2 serba salah mo jawab apa)


Moment 4 : Bila menjawab soalan
Disebabkan kursus kami dalam bentuk praktikal, soalan dia pun dalam bentuk praktikal. seorang2 kena suruh pegi depan, buat seperti mana dia arahkan. kalau kita jawab lambat dia kata:

"Nak kena ni.."

tapi kalau kami jawab terlalu cepat, dia cakap:

"Sabar.. sabar.. jangan ikut perasaan.. baca dulu soalan"

padahal soalan tu kami sudah buat berpuluh kali.. tu la sebab malas mau baca soalan.. dia cakap lagi kami ikut perasaan.. ish ish


Moment 5 : Bila soalan dijawab dengan jayanya
Bila soalan dijawab mengikut skema yang diberikan, dia normally cakap:

"Bijak, bijak.."

tapi kalau kami jawab dengan cemerlang, dia kata:

"you are the MAN!!"

lantaklah kau lelaki ka perempuan.. masih juga dia cakap camtu..
Walau apapun dia buat atau kata sepanjang kursus, ini la kursus paling menghiburkan pernah aku datang. walaupun dia suka mengamalkan tunggak 12 "menghargai masa" dalam kelas, kira berbaloi2 juga la..

Jul 16, 2010

Pembanci

Baru kemarin ptg aku dengar seorg pemanggil radio merayu untuk mendapatkan kerjasama orang ramai dalam menjalankan tugas mereka. ptg tadi dalam jam 6.30pm, pembanci datang rumah aku. asalnya aku cuma dengar haikal cakap "pemaci".. mati2 aku ingatkan makcik jual sayur atau kuih.. sekali aku tengok amoi pembanci rupanya..

mula2 aku suruh dia tunggu kejap. iyalah bah.. mo jua kemas2kan diri dulu sebelum keluar menjawab soalan.. manala tau kita rasa macam abis lawa suda.. sekali ada sisik ikan di muka.. nanti tidak boleh concentrate pula dia menanya soalan.. aku ja dengan penuh semangat menjawab kunun..

dalam 2 minit camtu aku keluar. aku jemput dia masuk, dia cakap "tidak payahlah kak. saya di luar ja". mungkin sebab dia segan aku pun tidak pasti. macam2 la soalan dia tanya.. tapi mostly semua soalan related tentang bilangan dan pendapatan isi rumah. aku jawab saja apa dia tnya..

dalam 2 minit camtu abis sudah soalan dia mo tanya.. last2 giliran aku pula tanya dia balik "sampai jam berapa kamu buat bancian ni?". dia cakap "tunggu la sampai yang lain2 (penginap) balik". kesian betul amoi ni.. memang la masih muda.. tapi sebab dia perempuan, risau juga la dia balik lambat. malam lagi tu.. lepas tu terus aku aku faham kenapa dia tidak masuk rumah.. cuba bayangkan masuk rumah orang yang bukan2.. palis2.. betul juga tindakan dia tidak mau masuk rumah orang.

aku sudah menjalankan tanggungjawab aku. anda bagaimana? uiiiinnnaaaaahhh!! macam iklan suda ni.. hehehe

Jul 15, 2010

5.38kg

bukan.. ini bukan berat yg berjaya aku kurangkan kerana berdiet (i wish, but it's not). baru saja sekejap tadi, aku dapat sms dari kawan sekerja isteri dia selamat melahirkan anak lelaki yang ke-3 pada jam 10.10am. aku balas balik, tahniah! berapa berat anak? bila dia balas, 5.38kg.. aku tanya balik kalau2 dia salah taip.. dia kata tidak sebab doktor pun cakap ini baby paling besar dia pernah deliver. by the way.. even the nurses pun cakap baby dia baby of the year..

seingat aku, new born baby paling besar pernah aku dengar adalah 4kg.. itu pun anak dia juga.. anak ke-2 lahir tahun lepas.. tapi anak dia yg ke-3 ni la paling happening.. macam rekod baru pula. lepas ni sure aku tidak heran suda kalau berat anak setakat 4kg++.. sebab aku sudah jumpa berat anak yang 5kg++.

agaknya aku masih trauma dengan 5.38kg.. sebab sampai sekarang masih terbayang2 macam mana besar anak dia..

Jul 13, 2010

Lemah Gemalai

aku selalu juga dengar orang cakap bersopan santun tu budaya kita. ok la, part tu aku agree. lemah lembut tu mmg la sifat yang bagus.. tapi kalau lemah gemalai?? aku cuba gambarkan situasi lemah lembut dan lemah gemalai dalam persekitaran kerja aku..

situasi 1 : Lemah Lembut

selalunya situasi ni berlaku bila user call dan marah2.. tapi last2 jawapan ampai2 depan mata. tidak payah call pun tidak apa. tapi sebab mo jaga hati diorang dan nama jabatan, jawab ja la.. slow and steady.. diorg sudah high pitch.. kita masih lagi maintan suara.. tapi kalau time tu pegang kertas, boleh jadi pisau suda kali.. yang penting user tidak nampak..

situasi 2 : Lemah Gemalai

bila kertas photocopy suda habis, dan kita maklumkan pada yang bertanggungjawab, dia bangun dan cuba memberi bantuan dengan membuka bungkusan kertas A4 dengan berhati2 dan lemah lembut.. lain la kalau aku minta bungkusannya.. ini aku minta kertasnya.. buat apa la mo buka cantik2 tu bungkus.. aku tengok pun macam aku mo menangis.. aisehhhh... amoi...

Kisah di Pasar Ikan

dulu2 aku suka betul beli ikan fresh.. kunun2 inspired by Asian Food Channel la tu.. kalau bulih hari2 pun mo beli ikan. tapi bab yang paling tidak best, ndakkan mo beli ikan 2-3 ekor tiap2 hari. tokey jual ikan pun malas mo layan. kasi abis plastik dia saja..

disebabkan aku jarang suda tengok tu channel, maka aku selalu beli ikan ujung minggu. so, miggu ni seperti biasa rutin aku, aku suruh laki aku standby di kereta. aku lipat seluar, aku buka langkah panglima. kalau mo buka langkah permaisuri ka puteri ka.. baik beli ikan di giant supermarket ja. pegang ikan pun tidak payah.. siap ada penyepit lagi..

petua ikan fresh?? kalau aku senang ja.. pilih ikan mcm pilih emas. yang mana paling berkilau bergemerlapan, di sana aku menyemak. aku beli bukan banyak pun.. 2 jenis ikan sekilo setiap satu.. cukup la tu.. bukan aku mo buat kenduri pun..

bila aku pegi pasar ikan, aku mesti mo tawaf tu pasar. tidak kisah la ada ikan ka tiada ikan ka.. yang penting mesti juga mo tngok2.. minggu lepas tidak terkecuali. aku round2 dalam gear 4 camtu.. tiba2 aku nampak sesuatu... aku reverse balik. macam aku kenal tu ikan.. tapi aku tidak tau pula untuk dimakan... lama juga la aku tengok (sekadar untuk memastikan), sampai la tu tokey tnya "ikan kak?". aku senyum ja pastu jalan..

aku confirm betul ikan tu yang slalu aku tengok dlm akuarium. aku google dlm internet.. akhirnya aku jumpa..




belut laut.. itu pun yg aku jumpa dalam internet la.. kalau salah juga, aku pun tidak tau. tidak pernah pula aku ambil subjek marin time muda2 dulu.. tapi kalau kena suruh makan, kalau pun hadiahnya lumayan.. tapi rasanya tidak sanggup la.. aku tidak rasa aku punya perut boleh tolerate dengan ikan yang ganjil ni..

Jul 5, 2010

Toy Story Haikal & Dyana

memandangkan waktu rehat di hari jumaat lebih lama dari hari lain, aku dengan oficemate, Laurah merancang mo pegi 1Borneo.. kunun mo jalan2.. tapi seperti biasa lain pula kejadiannya. ini semua pasal teringat2 Haikal selalu pesan minta belikan bekal Toy Story 3.

bila jumpa bekal, teringat pula dengan dyana. bukan apa, aku jarang betul belikan mainan dyana. so, aku jumpa patung yang aku rasa cute (perasaan aku ja tu).. lepas tu aku belikan juga la mainan haikal..


Biarpun laki aku kurang berkenan aku membelikan mainan2 ni.. tapi kalau aku tengok balik reaksi diorg masa main..


Priceless!!

Wakil Meeting

Jumaat lepas, aku di'paksa' pegi jadi wakil meeting untuk minggu suai mesra bagi pegajian diploma pendidikan. Paling aku menyampah, meeting jam 9.30am, aku dapat surat 9.40am. Kacau mood aku betul la diorg ni. Aku tau la aku kuli, tapi kalau memang niat diorang mau memalukan jabatan sendiri.. nampaknya aku berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang lah!!

Mula2 masuk bilik mesyuarat, macam ada satu kelainan. Menurut surat panggilan mesyuarat, jemputan ada dalam 5 orang. Tapi yang mesyuarat lebih 10 orang. Aku masuk hantar sedekah saja (senyuman kan satu sedekah), lepas tu aku keluar balik. Sekali ada tertampal pula notis di pintu yang meeting tu berubah tempat. Aku dengan sorang lagi mamat sesat yang aku yakin sangat orang baru sebab dia sanggup tunggu depan pintu meeting.. diam2 saja macam mat pacak dalam cerita Hang Tuah.

Aku tanya pejabat am, kasi confirm tempat meeting di mana, lepas tu mamat tu ikut saja ke mana aku pegi. Aku rasalah, mamat ni memang satu meeting dengan aku. Masuk bilik mesyuarat, baru tarik kerusi, aku sudah kena tanya..


Pengerusi : Dari mana?

Aku : Dari U***..

Urusetia : Ada bawa borang?

Aku : Aaaaaaaaa... borang apa?

Urusetia : Borang permohonan kad.

Aku : Hehehe tiada pula kena kasi tau.. saya bawa surat meeting ja ni.. (aku tidak tau pun buat kad kena isi borang)

Urusetia : Bah tidak apa la.. nanti kau email saja.


PAUSE!! Ok.. fyi, meeting ni tidak ada kaitan dengan bidang keja aku (aku keja jaga sistem). Kalau korang ikuti kisah ni selanjutnya.. sure kamu pun paham. So, aku dengar saja la apa yang patut lepas tu catat. Tidak lama lepas tu..


Pengerusi : Puan Rina, kalau mau buat kad ada pakai kos?

Aku : Hmmm.. saya pun tidak pasti..

Urusetia : Saya rasa tidak ada kos sebab tidak punya kena bagitau macam tu..

Kewangan : Saya rasa ada.. RM10 satu kad. Kalau hilang RM25..


Selanjutnya adalah perbualan antara Urusetia dan Kewangan yang aku langsung tidak tau hujung pangkalnya. Aku yang punya isu, orang lain yang tolong jawab. ish ish ish...


Pengerusi : Jadi Puan Rina, memang pakai kos?

Aku : Saya pun tidak pasti pasal benda ni.. Nanti saya refer balik (jawapan wajib bagi wakil meeting)


Lepas tu..


Pengerusi : Ambil gambar untuk kad tu macam mana Puan Rina?

Aku : Saya pun tidak pasti macam mana, nanti saya refer balik dengan yang bertanggungjawab.. (aku sendiri pun macam mo muntah dengar jawapan sendiri)

Pengerusi : Berapa lama proses membuat kad ni?

Aku : Itu saya tidak sure la pula..


Yang selebihnya, macam tu la jawapan aku dalam mesyuarat. Tidak tau, tidak pasti, tidak dimaklumkan, nanti saya refer balik. Kalau aku jadi pengerusi, lama sudah aku halau Puan Rina ni.. Buat semak bilik mesyuarat saja..