Mar 30, 2012

Bom Perang Dunia Ke-2

Assalamualaikum :)

Kemarin heboh dalam FB perihal bom perang dunia ke-2 yang ditemui di Labuan (ehemm.. kampung lamanku) 2 hari yg lalu. Tidak lama lepas tu baru aku tau lokasi sebenar bom itu ditemui adalah di Kampung Tanjung Aru (ehmm.. exactly tempat aku dilahirkan). Rasa bangga ada, (terus rasa macam terkenal) rasa risau pun sure la ada.

Dijadikan cerita, pakar dari KK dan KL telah hadir sama dalam proses untuk meletupkan bom berkenaan kemarin (29/3/2012) dalam jam 2.30 pm. Kadang2 terdetik juga rasa pelik kenapa bom tu tidak dimatikan macam yg omputih selalu buat. Mungkin sebab bom tu tiada dalam silibus kali kan?

So, aku called up my sister tanya mcmna reaksi diorg dan sebagainya. You know la, kadang2 apa yg org khabarkan dlm FB melebihi apa yg sebenarnya berlaku. Everything went well. Tiada pun gegaran yg kuat atau sebagainya melainkan bunyi letupan yg agak kuat (tapi tidak memekakkan telinga). Apa yg penting tiada sebarang kemalangan jiwa dan harta dilaporkan.

So, macamna la rupa bom perang dunia ke-2 yg menggerunkan ini?


Yg berdiri tegak sebelah adik aku tu bukanlah batu. That is the actual bomb. Yep! the same height with 500 kg weight. Kalaulah tumbang tu bom, picak la adik aku tu. Hahaha



Selepas diletupkan.



Kosong kontang. Teda apa mo ditengok.



Lokasi tempat bom diletupkan. Boleh buat kubu utk main perang2 ni.


Apapun, Alhamdulillah.. semua pun selamat. :)



Mar 29, 2012

Week 34 : Persediaan Bersalin



Assalamualaikum :)

Selepas ada 2 anak, aku rasa aku sudah cukup mahir dalam bab membuat persediaan. Tambah lagi la bagi orang-orang yg tinggal diperantauan ni. Semua persediaan pun kena buat sendiri.


Pengalaman Persediaan Bersalin Kali Pertama (2004)

Masa ni memang aku masih jambu batu lagi la. Sudahlah jambu, batu lagi (pertama kali dan degil). Most of the time aku asyik fikir keperluan baby saja. Persediaan baby dibuat lebih awal. Masa kandungan berusia 7 bulan lagi. Beli baju sakan (maklumlah jantina sudah diketahui). Sehinggalah minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, baru aku tau (sebab mama aku kasitau) aku kena beli jamu dan maternity pad. Beberapa hari lepas beli maternity pad, terberanaklah pula aku. Nasib baik. Since mama aku orang lama, dia suggest aku pakai maternity loop. Lepas beranak baru aku terkial-kial tanya mama aku mcmna mo pakai. Masa pakai tu, tersenyum kambing aku sorang2. Serius macam pakai cawat! No underwear needed. Hahahaha..





Apa yg aku ingat, persediaan baby pun aku bersedia ala kadar saja. Tuala, lampin (kunun tidak boleh pakai pampers), baju-bajuan. Barangan mandi pun tiada. Langsung tidak terfikir aku begitu besar hospital tapi tiada barang mandi. Selainnya, aku rasa tiada keperluan. Itu masa aku bersalin di Hospital Labuan.


Pengalaman Persediaan Bersalin Kali Kedua (2008)

Tahun lompat seterusnya, aku bersalin lagi. Aku memang suka bersalin tahun lompat-lompat ni. Kurang pasti kenapa ;). Kali ni persediaan pun ala kadar juga. Maklumlah kali ke-2. Perasan terer la kunun. Siap pilih beranak di KK lagi. Konfiden saja beranak jauh dari mama kan?

Anyway since aku sudah ada pengalaman membeli barangan persiapan beranak, kali ni aku beli lambat sikit. Bila kandungan sudah 8 bulan, baru aku terkedek-kedek beli persiapan. Jantina anak tidak diketahui, maka tema warna adalah neutral. Putih, coklat atau hijau (kecuali baju si abang dulu). Peralatan mandi pun dibeli awal (nda mau kena marah nurse.. hehehe).

Bagi persediaan aku, aku beli jamu, maternity pad dan krim pati halia mustajab. Walhal aku tau jamu tu aku langsung tidak akan makan pun sebab takut anak kuning. FYI semua anak aku ada kuning. Kunun nurse cakap sebab darah aku jenis O+. Krim pati halia tu aku beli sebab ada orang cakap bagus untuk keluarkan angin. Maternity pad kali ni aku beli jenis adhesive. Tidak sanggup aku bercawat 24 jam. Sangat menjerihkan.. hehehe.




Cuma terjadi satu insiden yg tidak teruk tapi perlu difikirkan. Since lepas aku beranak, aku dibiarkan di bilik bersalin seorang diri bersama baby for almost 5 hours. Haus dan lapar yang tidak terkata betul la orang cakap. Nama pun baru habis beranak. Mau panggil nurse, seorang pun tidak timbul. Apa yg aku dengar (dari bilik aku) hanyalah bunyi-bunyian teranan si ibu dalam usaha mengeluarkan anak. Ramai pula tu. Bilik aku saja yg senyap. Mo maklumkan hubby yg aku sudah beranak pun tidak tau mau pesan dengan siapa (sebab aku bijak, aku tinggalkan telefon dgn laki aku). Dalam tempoh tu, cuma aku dgn nurse ja yg tahu aku sudah beranak.

Tidak lama lepas tu (lepas 5 jam) barulah ada satu nurse datang melawat. Punyalah dia terkejut tengok aku sudah beranak 5 jam yg lepas. Sebab kunun mama aku tidak tau pun aku sudah beranak. Hebatkah tidak hebat tu? Turn out nurse tu sepupu mama aku (aku ja yg tidak tau). Bila dia tanya ada apa2 keperluan? Laju ja aku cakap mo minum.. "Dari tadi kau tidak minum?" Aku geleng-geleng ja. Kesian rupanya aku ni kan? Hehehe..


Persediaan Bersalin Kali Ketiga (2012)

Untuk persiapan baby, aku selongkar balik baju baby Haikal dan Dyana (mostly Dyana sebab Haikal punya sdh nmpk buruk dan lama). Mungkin mau tambah sikit baju2 berkenaan. Tuala mandi (si abang sma si kakak masih pakai sampai skrg tuala masing2), pampers dan barang mandian sudah dibeli. Selebihnya, recycle balik saja. Lampin (just in case), selimut dan topi. Lain2, aku rasa tidak begitu diperlukan masa di hospital.

Untuk si mama, aku prepare maternity pad, stokin (dulu aku tidak pernah sedia pun), air zam zam (sbg air selusuh) dan kurma nabi (energy booster). Selama aku bersalin, masa Haikal dulu aku guna air selusuh minyak makan. Ewwww.. sangat tidak best! Aku sempat minum 2 kali ja. Masa Dyana tiada sebarang air selusuh digunakan. Kali ni mau cuba air zam zam. Kebetulan pula mama pergi umrah, terus minta kirim air zam zam dgn kurma nabi. Segala jamu, lepas beranak baru aku fikir2kan.

Selalunya sebelum aku beranak, aku amalkan menghafal satu ayat dari surah Al-Abasa. Kakak sepupu aku ada bagi aku keratan ayat ni masa aku bersalin Haikal dulu. Sampai aku bersalin Dyana aku masih amalkan. Tahun ni rasanya tiada perbezaan ;).




Mar 27, 2012

Family Day 2012






Assalamualaikum :)

Last sunday (25.03.2012), jabatan kami buat Family Day. Aku bukanlah peminat acara yg berlangsung hari ahad memandangkan itu aku isytiharkan hari rehat sebelum bekerja keesokkan harinya. But who cares kan? Daripada langsung tiada.

Since kali ni, Family Day diselaras oleh jagoan2 baru ofis (yg sudah pasti jadi kambing hitam sebab baru) ada juga di kalangan senior yg menawarkan diri untuk memberi bantuan dan buah fikiran. Hahahaha, buah fikiran kunun. Idea banyak tapi mau buat malas. Dasar *tuut* betul!

Bila tiba hari yang sepatutnya, kami datang membawa keluarga masing2. Sungguhpun aku perasan jadi perasmi sebab datang lambat, still aku rasa tidak bersalah sebab ramai lagi yg lambat datang rupanya. Sudahlah lambat, tiba2 aku ditegur warna kumpulan apa. Hohoho, langsung tidak tau rupanya warna pasukan adalah merah dan semua peserta kena pakai pakaian yg melambangkan pasukan diwakili. Aku pakai biru walaupun kumpulan merah. Paling best, laki aku pun pakai biru. Anak2 langsung tidak tersenarai dalam jadual pasukan. Kuning dan pink. Apa kena la dengan mama kamu ni. Baca email pun boleh terskip part color pasukan. Ish ish ish..

Untuk kali ni, Family Day dibuat di Karambunai Lagoon Park. Tempat ni sangat sesuai untuk buat Family Day. Langsung tidak perlu fikir pasal anak. Bentang tikar dekat playground, biar diorang main sendiri2. Ibubapa cuma perlu ambil makanan (tapi syg budak2 langsung tidak minat mo makan) dan lepaskan mereka pergi. Run Joey run!!

Acara dimulakan dengan sukaneka utk kanak2. Awal2 aku sudah pesan dgn Haikal, ikut saja apa acara yg ada. Kalau kalah pun tidak apa. Tiada hadiah juga kunun. Seperti biasa, Haikal ikut almost semua acara kecuali musical chair. Untuk makluman, langsung tiada sebarang kemenangan. Nasib Haikal pun macam tidak kisah.

Paling bangga dengan Dyana. Walaupun selalunya malu2 dan asyik berkepit dengan si mama, kali ni sibuk juga dia ikut sukaneka. Mungkin dia nampak abang dia bersukaneka, dia pun mau juga join sekali walaupun di luar garisan.

Bila part sukaneka orang dewasa, aku la yg paling semangat. Aku pun kurang pasti kenapa aku perlu sibuk2. Mungkin sebab team kami tidak cukup orang, ditambah lagi ketua dan penolong tidak dapat menghadirkan diri. All and all daripada 5 acara, sempat juga aku ikut 2 acara. Jangan risau, tiada yang melibatkan lari pecut atau lompat2. Setakat lari sikit2 dan baling2 saja pun. Walaupun ada ketikanya aku terlompat (bukan melompat suka2, tapi terlompat kesukaan) kalau team kami menang, tapi yang penting si ibu dan si anak berada dalam keadaan baik :).

Paling bangga tengok pasangan rakan sekerja yg nampak begitu sporting bila minta diorang terlibat (sebab tidak cukup orang). Kesian diorang, mesti tidak expect pun diorg mo kena buat 'persembahan'.. kekekeke.

Apapun, keputusannya Team Merah dapat tempat ke-2. Sungguhpun kami dilanda masalah kehilangan peserta, at least kami bukan paling last. Kira ok apa!!

Aku sedang tunggu gambar2 diupload dlm facebook. Tapi nampaknya semua jurugambar bertugas pun sibuk minggu ni. Nanti2lah aku update. Untuk makluman aku malas ambil gambar pakai handphone aku sebab aku sibuk jadi tukang sorak berkaliber.



PICTURE UPDATE


Picture taken by officemate Linda
Kelihatan Haikal dan Dyana di sebelah kanan gambar sambil Dyana disorong2 oleh AJK sebab terlalu lidut. kekeke


Picture taken by officemate Jun.
Kelihatan Dyana sedang tekun berbaris utk ambil goodies atau mungkin dia mo ambil acara bola pula. :)


Picture taken by officemate Nura's Camera.
Macam pelik bila tengok aku pakai baju biru, tapi main utk pasukan merah. Ish ish ish, mo kena buang kumpulan kali aku ni..


Picture taken by officemate Jun.
I'm not kiddin' when I said kami mempunyai semangat kesukanan yg tinggi..


Picture taken by officemate Nura's camera.
Acara kemuncak. Tarik tali dgn penuh perasaan.. :)



Mar 22, 2012

Adat Kedayan : Jual Anak

Assalamualaikum :)

Pagi-pagi lagi buka facebook nampak la kes orang cuba jual anak. Ish ish ish.. aku pun kurang pasti la keadaan mental si ibu. Tentunya kurang stabil kali kan?

Tiba-tiba aku teringat suatu masa dulu aku pernah borak-borak dengan mama aku. Kes seorang kenalan aku yang tidak bernasib baik untuk mendapat anak. Bolehlah kita anggap belum rezeki dia. 2 kali mengandung, kedua-dua anak meninggal ketika dilahirkan. Paling sedih kandungan pertama adalah kembar. Setelah ditolak tambah, dia kehilangan 3 anak.

Seperti biasa, mama aku yang sangat femes amos dengan pengetahuan adat orang kedayannya (sangat pelik memikirkan mama aku campuran kedayan dan brunei) mengutarakan pendapatnya (on her kedayan side la).

Mengikut mama aku, kalau kejadian ini seringkali berulang adalah perlu bagi si ibu yg mengandung meletakkan niat untuk menjual anak tersebut melalui akad kepada si pembeli. Ececeh.. pakai akad segala macam mau nikah. Hahaha.. Untuk makluman, si pembeli boleh jadi sesiapa. Sebaiknya si nenek atau si ibu punya adik-beradik perempuan. Kita pun tidak mau, pembeli yang terlalu serius.

Akad dia berbunyi.. "Lahirnya anak ini kelak, akan ku serahkan ia kepadamu untuk dipelihara". Actually tidaklah begitu skema. Asal saja ada bunyi dan maksud yg sama. Itu saja ja tu kasi impak ala-ala drama. Kih kih kih..

Seterusnya, sekiranya si anak selamat dilahirkan. Si ibu perlu meletakkan anak di dulang sambil menyorong dulang tersebut ke arah bakal pembeli. Pembeli kemudiannya akan menyorong semula dulang tersebut ke arah ibu sambil berkata, aku serahkan anak ini untuk kau pelihara dengan upah RM1. Hahahaha.. baru lahir sudah main sorong-sorong tu anak. Umpamanya, si pembeli tadi menyerahkan balik anak tersebut kepada si ibu dengan upah untuk menjaga anak tersebut bagi pihak si pembeli.

Sungguhpun berabis aku ketawa, still aku rasa kagum dengan adat yang satu ni. Berapa ramai rasanya bangsa kedayan yang tau pasal adat ni? Tidak ramai.. dan rasanya tidak terlalu terlambat untuk aku mempelajari serba sedikit adat resam kedayan. Bukan untuk diamalkan, tapi untuk pengetahuan (kalau amal boleh jadi syirik ni tau).

Aku rasa pengetahuan mama aku dalam adat resam kedayan ni mungkin dari arwah nenek aku. Seingat aku, arwah nenek aku sangat berpegang teguh dengan adat kedayan. Cuma cucu-cucu saja yang tidak peduli. Mama aku, kadang-kadang ada mention beberapa adat (terutamanya bila mengandung dan berpantang). Masa first time mengandung, kadang-kadang aku ikutkan saja. Bila sudah anak ketiga, semua pun aku langgar. Hahaha, paling-paling pun mama aku jeling saja. Mungkin dia paham 'produk' zaman sekarang.

Oleh itu, aku amat berbesar hati untuk merasmikan label baru 'Adat Kedayan' untuk rujukan anak dara dan teruna aku di masa akan datang. :)


Mar 21, 2012

Omong Kosong..


Assalamualaikum :)

Kemarin aku sibuk buat BSP (Blood Sugar Profile - jangan ingat aku buat tidak kisah.. hahaha) test. Dimaklumkan oleh lab tech ada sedikit perubahan masa. 8.00 am, 11.30 am, 5.00 pm dan 8.30 pm. Bagi aku masa tu memang cun gila. Tidak perlu la aku kelam kabut makan malam sebelum 6.30 pm (sebab lepas tu kena puasa balik).

Ini bermaksud, aku kena keluar awal dari ofis. 4.20 pm aku sudah berangkat. Tup tap tup tap jam 5.45 pm juga aku sampai klinik. Memang tiada nasib betul lah!

Anyway, result BSP kali ni masih dalam kategori 'lulus'. Hari ni kena jumpa doktor la pula untuk mengesahkan sijil lulus aku tu. Kalau disahkan, dalam 2 minggu la aku temujanji. Kalau fail, alamatnya next week terpaksa la si doktor mengadap aku lagi.

Awal pagi lagi, aku sudah pesan dengan hubby. Hujung minggu ni kena beli barang persediaan baby. Kandungan aku sudah mencecah 8 bulan minggu ni. Satu benda pun belum terbeli. Kalau la aku terberanak dalam minggu ni, puas la aku kena 'basuh' nurse. Baju-baju Haikal dan Dyana masa baby dulu pun belum tercuci. Konon mau buat hujung minggu, tapi hujung minggu ni ada Family Day la pula.

Since jantina anak pun sudah diketahui, aku suruh la dia bagi cadangan nama anak. Memandangkan Haikal dan Dyana aku yg bagi nama, kali ni kasi can la si bapa. Kalau ikutkan hati, aku tidak mau pecah tradisi huruf D. Tapi kalau senarai nama yang laki aku sarankan, macam berpotensi besar owh! Nama-nama yang dicadangkan bukan alang-alang. Sakan aku ketawa. Tapi dia nampak begitu serius sekali. Habis nama satu team Harimau Malaya dia utarakan. Huhuhu..

Mula-mula Shafie Sali. Puas la aku ketawa. Lepas tu tukar Shafiq Rahim (serius bah?). Tidak lama kemudian, Akmal Rizal. Nasib saja dia tidak mention Rajagopal. Kononnya nama Haikal pun sudah ada sikit-sikit Wan Zack Haikal. Hmmm.. berangan mo jadikan anak dia pemain bola kebangsaan kali laki aku ni kan? Kita tunggu dan lihat la saja apa kejadiannya.

I'm not against menamakan anak sempena personaliti sukan atau seni tanah air. Kalau maksudnya bagus, aku kira ok saja. Cuma, benda begini macam bermusim. Mungkin sekarang kalau orang tanya siapa nama anak kau, semua pun akan rasa kagum. Cuba dalam 20 tahun lagi. Kalau ada org tanya kenapa bapa kau bagi nama itu? Kau cakaplah sebab dulu legend bola sepak. Siapa tu??? Lagipun tiada lagi aku jumpa pemain bola sepak masa kini nama Mokhtar Dahari. Kesimpulannya, menamakan anak sempena pemain bola sepak tidak memungkinkan anak anda terpilih untuk jadi pemain kebangsaan. Teeeet!!

So, we'll wait and see. :D




Mar 16, 2012

I am 34


Assalamualaikum :)

Nope. Bukan I am Number 4, but I'm officially 34 y/o. Aku ingatkan aku lebih tua dari itu. Rupanya baru.. ulang semula... baru 34 tahun. It was yesterday actually :).

As usual bangun pagi pasang telinga, just in case my beloved hubby merupakan orang pertama yang mengucapkan Happy Birthday. Tapi hampa, sama ada dia terlupa atau dia mau wish sekali dengan hadiah yang terbaik dari ladang.

Since aku tidak mau buat scene awal pagi buta, so aku decided untuk jadi orang yang pemaaf pagi itu. Masuk kereta, pasang radio Hitz.fm dengan harapan adalah Morning Crew buat rap pasal aku (memandangkan aku ada like fan page diorang). Ihik ihik ihik.. And it happened again. Tunggu punya tunggu, nama aku tidak timbul-timbul. Atau aku yang salah Like?

Sampai ofis, buka FB. Hati mula berbunga-bunga. At least masih ada yang sayang.. Sob sob sob.. Tersentuh sungguh aku. Sungguhpun tiada sebarang item yg dipanggil hadiah, Big Bos awal-awal lagi sudah bagi hadiah dalam bentuk jemputan ke seminar bersama semua rakan-rakan sepejabat.

Paling best, satu benda pun aku tidak paham. Beyond my expertise (expert kah?) kunun. Semua pun related pasal server which of course I know nothing about! Mungkin sikit, tapi sangat sangat sangat dan sangat sedikit. Kalau sudah sedikit tu, memang la perlu ditambah. Tapi kalau tambah sekali longgok, terburai juga la otak.

Bila sesi soal jawab, kebanyakan peserta luar pula yg semangat. Maklumlah pakar dalam bidang masing-masing yg kena hantar. Lainlah kami, yg tunggul-tunggul kayu ni. Setiap soalan yg ditanya, kena bagi saguhati. Dapatlah pendrive. Dalam hati gatal mau angkat tangan, tapi dalam otak satu soalan pun tidak timbul. Maka, kami main pandang-pandang sajalah.

Peserta luar ada 5 orang. Yang rajin tanya 2 orang. Soalan-soalan yg 2 orang tu tanya lebih dari 20 soalan. Kalau ikut aku la, aku ambil saja semua saguhati tu bagi sama 2 orang tu. Bukankah senang?

Sehinggalah topik sebelah petang. Baru la senang sikit aku mau memahami. Itupun sebab aku salah seorang user. User ok.. bukan adviser, technical atau apa. USER sahaja. At least tidaklah zero.

Habis seminar dapat goodies. Aku punyalah excited. Macam menang hadiah pun ada :).




Itu bebola dipanggil stress ball (orang cakap). Sebab aku lebih stress dari anak aku, aku mau letak stress ball di ofis. Dapat pendrive (tanpa perlu tanya soalan), mouse, pembersih keyboard dan skrin serta pen.

Sampai ofis, hubby bagi mesej dalam FB. Baru mau wish Birthday. Cis!! Aku pun satu, handphone lupa bawa. Sampai rumah, bapa aku telefon bawa makan luar. Balik rumah terus tidur. Begitulah sambutannya.. simple as usual. How do I feel? GREAT as always!!


@ 4 AM


Assalamualaikum :)

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni walaupun jam tidak disetkan berbunyi, automatik aku terbangun jam 4 pagi. Tidak kisahlah aku tidur awal atau lambat.

Bukan tidak boleh tidur balik. Tersangatlah boleh. Tapi akibatnya kena tanggung sendiri. Silap haribulan 6.30 pagi baru bangun. Kalau hari bekerja, harus sentiasa beringat.

Oleh sebab masalah aku yg satu ni, aku kerap mengantuk di pejabat. Depan PC pun boleh blank (terlelap). Bukan tidak banyak kerja, tersangatlah banyak. Kadang-kadang terpaksa berulang-alik ke pantry untuk buat minuman panas. Hasilnya? Bolehlah cover mengantuk dalam 20 minit macam tu. Lepas duduk another 15 minutes, mata kembali berpinar-pinar..

So, apalah yang aku buat pukul 4.00 pagi? Kemas rumah, kemas baju anak, iron baju kerja dan kalau ada masa terluang buat kuih. Kelas kau buat kuih pagi-pagi buta. Lepas tu suruh laki bawa pegi ofis jual dekat pantry diorang. At least, hasil ketidaktiduran aku tu boleh menambah sumber kewangan dan mempertajamkan skil membuat kuih aku yg tidak seberapa ni.


Tapi perkara ni tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Takut tekanan darah merundum jatuh sebab tidak cukup rehat. Huhuhu..