Dec 28, 2012

Milk Booster


Assalamualaikum,

After 8 months, finally aku rasa production susu semakin berkurangan. Aku ada at least a month stock dalam freezer and I'm started to panic! Setiap hari, aku cuma mampu menghasilkan 7 - 10 oz. Tidak mencukupi untuk Hakim yang sekarang sudah mula minum 20 - 25 oz hanya di nursery.

So, aku mulakan pencarian di kedai kegemaran Happy Mums. Kalau boleh mau cari milk booster terbaik di pasaran (at least yg ada di kedai tu lah). Lagipun aku ada voucher RM20 yg bakal expired on 31.12.12.

   
Si penjual mencadangkan Nursing Tea Joy Angel. Kononnya ini jenama yg paling laku diorang jual setakat ni. Ada juga kawan-kawan yg suggest utk guna Shaklee. Tapi harganya ya ampun.. mungkin lain kali la kan..

Apa yg aku perasan, Nursing Tea ni baunya macam rempah sup. Tapi bila sudah dibancuh, tidak la terasa sangat rempah sup tu. Lepas baca segala ingredients yg ada pada kotak (beli dulu baru baca.. bijak bijak..), baru aku perasan semua pun rempah sup. At least most of it. Agaknya, kalau aku selalu minum sup.. mungkinkah production susu akan bertambah? Ehmmm.. harus dicuba ni.

Anyway, aku beli satu dengan harga RM38.90. Since ada 10% diskaun dan RM20 voucher, aku beli 2 kotak dan tambah RM50 ja. Lepas ni aku mau try minum sup ja. :)

   

Good Reads


Assalamualaikum,

Sehingga tahun baru ni (01.01.2013), POPULAR akan mengadakan sales secara besar-besaran sehingga 90%. I've been there 3 times already! Jumlah yg telah selamat dibelanjakan? Almost RM200. For sure the government will be pleased I spent my bonus to buy some books.


 12 books! Setiap bulan satu buku. 


Then, my husband has to ask "Bolehkah habis baca tahun depan?"

Kalau tidak boleh habis tahun depan.. there will always next year! ihik ihik ihik..

Bagi merealisasikan impian aku untuk membaca buku-buku ni, a friend of mine suruh install application Good Reads dalam handphone (FYI.. smart phone saja yah!).

Apps ni membolehkan kan keep track buku apa yg sedang dibaca serta senarai buku lainnya. Tidak perlu taip-taip, nama buku atau penulis.. scan saja dekat barcode. Kita boleh tengok juga review orang lain pasal buku ni. 

I wish aku install ni apps masa beli buku-buku ni hari tu. Baca review dulu baru beli. :(

 

Happy 4th Birthday Dyana!


Assalamualaikum,


Balik dari percutian ke Sandakan, me and my sis terus sibuk cari kek. Since kalau order pun sure orang tidak mau ambil sudah.

Birthday present, kami sudah beli awal. Sehari sebelum hari kejadian. Itu pun sebab aku sibuk-sibuk intai patung-patung yg sesuai di satu kedai, tiba-tiba Dyana sudah angkut patung Mickey Mouse pegi kaunter. Mau tidak mau, terpaksa si mama kasi keluar duit. Hahahaha..


 Aku tidak ingat apa nama ini cake. Tapi kami beli di Secret Recipe. 
Of course the taste is delicioussssss!


 The birthday girl and her cake..




 

Secret Santa


Assalamualaikum,

Tahun ni, kami diberi peluang untuk buat exchange gift di ofis sempena hari krismas. Lepas cabut undi masing-masing bawa haluan untuk beli apa.

Aku asalnya mau beli gift secara solo. Tapi takut pula syok sendiri. Maka harus dapat 2nd opinion. Bila jumpa kawan yg sure bukan kita punya secret santa, maka pencarian pun bermula. Bajet dalam RM10 ke atas dan bukan makanan.

Lepas selesai, semua hadiah perlu diletakkan di bawah pokok krismas dengan menulis nama penerima. 

Turn up, aku dapat hadiah paling besar. Wohohoho.. thanx to my secret santa dan aku sedar, dia mungkin tidak pernah baca pun blog aku. Hahahaha..


 The Christmas tree.. 
Paling aku suka, gift yg ada gambar YB tu.. hahaha


 My gift :)


 I got 2 of them! 
Love it so much! Thank you..



Short Trip to Sandakan


Assalamualaikum :)

Setiap kali musim cuti sekolah, maka beria-ialah manusia-manusia bergelar ibubapa merancang cuti-cuti Malaysia supaya anak-anak tidak boring. Maka, kami merancang untuk bercuti di sekitar Sabah saja. Niat asal bercuti di Tawau, tapi sebab perjalanannya terlalu jauh kami bercuti di Sandakan sajalah untuk kali ni.

Aku pun tidak ingat bila paling last aku datang ke Sandakan. Tapi apa yg aku ingat, Sandakan ni macam kecil saja. Macam tiada apa-apa. (Orang Sandakan, sila jangan marah ok.. Hehehe)

Kali ni, sampai Sandakan aku rasa Sandakan ni macam negara pula. Macam-macam bandar ada. Baru la aku sedar rupanya selama ni aku ke Sandakan, aku tidak pernah lalu bandar-bandar lain. Kalau bukan kerana sesat mencari hotel, aku tidak aware pun Sandakan ni besar. 

On the way ke pusat bandar, nampak taman buaya. Hajat di hati mau singgah sana sebelum pulang KK. Tapi sayang sebab hujan mencurah-curah selama 2 hari, maka tiada la apa-apa pencapaian melainkan pergi pasar ikan. (Sungguh kesian.. macam saja tiada pasar di KK kan? Anyway pasar Sandakan aku rasa by far pasar paling bersih aku pernah nampak.. Yeay Sandakan..)

So, that is it. Short trip means short story. No activity means no picture. Huhuhu



Dec 17, 2012

Bengkel, bengkel dan bengkel


Assalamualaikum :)

Last week, kami sibuk berbengkel. Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Minus Isnin dan Rabu, tinggal 1 hari ja masa untuk beristirehat. Masuk kerja hari ni, aku asyik berkhayal sampai ke langit. Musykil!

Anyway, salah satu daripada bengkel tu ada ice-breaking. Ada satu game yg aku tidak pernah main. Something to do dengan bus la kunun. Selepas game tu I realized something. I am a control freak. Aku suka merancang. Benda kecil-kecil pun aku rancang. Apa aku mau buat hari ni, apa aku mau masak hari ni, berapa aku mau belanja hari ni dan sebagainya. 



 4 hari bengkel = 3 hotel berlainan
ish ish ish.. boleh tahan


 Makan pun cantik tersusun kan?


Ini cara aku lipat kain. Terima kasih SBPL (sekolah aku dulu), sekarang aku boleh kerja lipat kain iklan sabun cuci.
*Apa kaitan?*



Our 9th Anniversary


Assalamualaikum :)

Wah wah wah.. tidak disangka sudah menjelang 9 tahun usia perkahwinan kami. Sepatutnya kami celebrate 12.12.12 hari tu. Sungguhpun tarikhnya cantik belaka, tapi bagi aku tahun depan baru aku mau celebrate secara besar-besaran. In Sha Allah.. tahun depan kira sedekad perkahwinan kami. Anak pun sudah besar, boleh la melantak makan seafood. 

Tahun ni sambutan agak kurang. Hampir terlupa lagi. Nasiblah sebab tarikh lawa sangat, semua orang update dalam FB, baru perasan it's our anniversary!

SMS hubby, wish happy anniversary tanya  malam ni kita keluar makan atau tidak sambil dibalas 'Hehehehe' *aku pun kurang paham*

Akhirnya tidak bersambut juga la sebab ada mertua di rumah. Mau sambut pun malu. Laki bilang sambut lain kali saja la. Maka, aku pun ambil inisiatif sendiri untuk celebrate. Beli hadiah! *tidak pernah-pernah aku beli*

Since laki aku sibuk minta pendrive aku for the past 2 weeks, akhirnya aku belikan pendrive 16GB. Sambil senyum-senyum aku pun bagilah on the 14th. Of course la, si suami sengih-sengih. Barang free kan... maka aku pun tanya la kalau ada apa-apa utk aku? At least bunga raya tepi rumah atau segelas milo panas? Dengan confidentnya si suami pun korek beg notebook dan mengeluarkan beberapa pendrive. Ada 1GB, ada 256MB.. dia suruh aku pilih. Ada yg scratch, ada yg hilang kepala, ada yg pudar warna dan macam-macam lagi. Amboi laki aku, main recycle ja.. hahahaha.

Since option yg ada sangat sedikit, plus 1GB tidaklah sebesar mana compare to 16GB, aku terpaksa pilih yg cantik sikit *sekurang-kurangnya ada penutup*

Well, nama pun lelaki kan? Complain macamna pun masih juga macam tu. Redho sajalah... Aku juga yg gatal-gatal mo bagi hadiah. Sabar ja lah. 


Boleh lah.. dari tiada kan?
*Mode pujuk hati*


Dec 5, 2012

It's December!


Assalamualaikum :)

Tidak heranlah kenapa aku semakin kekurangan semangat untuk meneruskan perjuangan di tempat kerja. It's almost at the end of the year!

Boleh dikatakan tahun ni adalah tahun yang tidak produktif bagi aku. Selain dari aku bercuti 1/4 tahun (bersalin), sedaya upaya menerima hakikat 'my server hates me' dan macam-macam isu propaganda yang luar biasa, pencapaian tahun ni bukanlah sesuatu yg dibanggakan.

So, I really wish I can have a fresh start. Aku sudah prepare apa-apa yg patut for next year dan aku sangat-sangat teruja. Padahal baru awal Disember. Huhuhu..

Aku cuba menghabiskan sisa-sisa Disember dengan cuba menyiapkan apa-apa projek dengan apa-apa semangat yang tinggal. So, I ended up googling quotes. I know.. sangat kesian kan?

I found it interesting that some of the quotes really excites me ^___^. (Alamak! This is the first me using symbols hahahaha.. ) 










May be.. it's not because it's December. May be I just miss these crazy and out of control kids..

I miss everything about them. Even the one I usually annoyed with.
His ridiculous questions and stories

Her dance moves and her peculiar singing

 T______T




Dec 3, 2012

Nestle Breakfast Hunt



Assalamualaikum :)

Actually tidak plan pun mau ikut. Entah kenapa, bila dioffer tiba-tiba bersemangat pula mau join. Kenapa? Dulu aku selalu jadi tukang buat clue dan tukang tapuk (sembunyi) clue. Jadi sesekali mo juga la rasa anjuran yang grande-grande. Tidak la aku syok sendiri, clue aku la yg paling susah mo decrypt. Hahahaha kunun..

Apa yg membuatkan aku tertarik mo ikut :

1. Acara dibuat di tempat aku kerja - perasan kunun ada advantage la. 
2. Hadiah wang tunai RM5000 - macam ada hati mo menang gitu. 
3. Dapat goodies barangan Nestle pada semua peserta - sebab munasabah untuk aku join.
4. Semua ahli kumpulan perempuan - Sungguh terasa keseronokannya..

Honestly, aku tiada la hati mo menang RM5000. Dalam otak aku, dapat goodies pun kira bagus. Selebihnya, masa untuk bersuka-ria ja dengan kawan seofis. Kira macam, this is my ME time la. Kasi can laki berbonding-bondingan dengan si baby. Hohoho..

Pendaftaran perserta/kumpulan dimulakan pada jam 6.00 pagi di pagi ahad yang indah dan ceria. Sedang perut aku bergambus keriangan, kami dihidangkan dengan bau-bauan maggi goreng, milo dan nescafe panas. 



Dapat gelang 'hospital' warna oren.. 



dan nombor 'banduan'.. hahaha

Peserta hanya diberikan sarapan jam 7.10 minit. Kami beratur 2 kali sebab mangkuk maggi goreng tersangatlah comel dan irama gambus itu masih kedengaran walaupun kami sudah makan maggi goreng dan milo cereal. 

Nampak itu khemah? Itulah booth breakfast. Hahaha.. tengok barisan, terus lemah semangat. Tapi kami terus kental mengharungi cabaran dan dugaan..


 Sesi taklimat. Macam ada harapan dapat 5K owh kan?


 
 Keadaan sebenar.. 270++ kumpulan (max 5 members), about 1700++ peserta. 
Mak aihhhh.. punah harapan 5K aku..


Jam 7.55 pagi acara dimulakan. Paling menarik, me and the gang berada di depan-depan garisan permulaan. Agaknya, kalau kena ambil gambar, sure gambar aku masuk. Bila hon dibunyikan, semua berkeliaran cari harta karun. Pelik tapi benar, tidak sorang pun tahu rupanya macamna. Main lari suka hati tanpa GPS. Hahahaha... termasuk kami. Ihik ihik ihik... Sampai la pengacara majlis announce ada clue dekat-dekat tempat dia barulah ada rupa pencarian harta karun yang sebenar. Mungkinkah penganjur lupa bagi arahan pertama?


 Jam 7.55 pagi acara dimulakan.


 Inilah antara rupa clue bahagian pertama. Betul-betul dibelakang garisan permulaan. 
Walhal, semua peserta larinya ke depan.

 
 Satu-satunya clue yg kami tidak boleh jawab.


 Clue bahagian kedua. Bergantungan di pokok-pokok. 


 Inilah goodies para peserta. Yeay!! Mission accomplished.


Out of 270++ team yg turut serta, kami antara pemenang 10 hamper saguhati.
Rasa-rasanya macam kami saja team bukan student yg dapat hadiah.


Walaupun kami tidak dapat RM5K..
Yang penting kami tidak pulang dengan tangan kosong!
:)