Assalamualaikum :)
Aku kalau bab kopi ni, tetap jugalah kopi tenom yg paling menang. Namun demikian ini bukan cerita pasal kopi tenom. Ini cerita Coffee Bean.
Suatu masa dulu, bagi aku Coffee Bean ni kira satu-satunya tempat yg aku mmg tidak mo pergi setakat utk borak-borak kosong. Kalau kena belanja, lain cerita la kan?
Bagi aku satu pembaziran bayar mahal-mahal setakat minum secawan kopi. Entah sedap entah tidak aku tidak berani mo cakap la. Anyway, somehow one day si hubby berjaya mendapat discount coupons sempena hari kemerdekaan. 4 kupon semuanya.
Since ianya kupon discount for 55% (banyak tu..) maka aku berkira-kira mo try la minum kopi yg ada di coffee bean.
Seperti biasa, laki aku yg pemalu itu sanggup menjaga anak yg pelbagai ragam di dalam kereta dan meminta aku tapau ja apa-apa yg patut.
Sampai di kaunter, aku main order suka hati ja. Sebab ada 4 kupon, aku pun order 4 jenis.
Coffee Latte
Double Chocolate
Mocha Chocolate (entah betul ka tidak nama ni..)
Americano *something (to many names on the menu, baca pun aku mabuk sudah)
Sekali bayar, RM24 plus aku bagi semua kupon. Sekali si cashier cakap 1 kupon ja pakai. Lagi 3 boleh ambil balik. Paling best kupon tu hanya sah digunakan pada 31 Ogos 2012. Masa aku 'melawat' coffee bean tu sudah pukul 7.00 mlm. Mau tidak mau, terpaksa call org-org yg tinggal di kawasan berhampiran kalau diorang mau tu kupon. Diorang pakai ka tidak, wallahu'alam..
Lepas tasting process, bolehlah disimpulkan..
Apa-apa yg ada chocolate terasa sangat sedap. Manakala, yg lain-lain tu terasa sangat pahit dan tawar (atau aku lupa ambil gula?). Tapi aku letak gula di rumah, masih juga tawar dan pahit. Kenapakah? Tidak lut kali pakai gula murah kan? Hahaha
Ewah.. glamor sekejap nama aku sana.. kih kih kih..
No comments:
Post a Comment