Sep 24, 2010

Gambar Raya

Yup.. yup aku akui mmg agak sedikit basi. Seperti yg anda semua sedia maklum, thn ni aku mmg mo beraya sehabis baik. Dijadikan cerita, satu gambar raya yg diambil sendiri mmg aku tiada.

Selain aktiviti wajib merasa kuih orang, aku juga sibuk2 aim budak2 yg perlu ditangkap utk dibagi duit raya. Selalunya aku bagi duit raya dengan budak2 yg bersaiz 'S' (1- 3 thn) sahaja.

Kalau saiz 'M' (4 - 6 thn) tapi rajin kipas makcik dia yg sorg ni pun dpt. Tidak payah kipas lebih, cukup la setakat cakap aku lawa ka, manis ka (amboi lebih2 pula makcik sorg ni) kalau tidak pun manja2 sikit ka. Paling minimum kriteria dia salam aku. Kalau panggil pun tidak pandang, mmg sah tidak dapat! hehehe kejam betul aku ni rupanya.

Bagi budak2 bersaiz 'L' (7 - 12 thn) dan 'XL' (13 - 17 thn) atau 'XXL' (18 - 30 thn) bukan aku tidak mo bagi. Diorg ni kalau bab puji, nampak sampul raya pun sudah puji baik punya. Terangkat wa cakap lu. Siap salam2 ala hulubalang Melaka minta izin naik pangkat. Tapi aku takut kalau aku bg pun diorg tidak heran tengok isi dalam dia. Hehe biasalah keluarga besar. Mo bagi duit raya besar tidak termampu. Asal cukup syarat cukup la.

Apa??!! keluar topik lg? Ish ish.. Selain merasa kuih dan menangkap anak org (sedang anak sendiri pun aku tidak tau d mana) sekali2 sibuk juga la aku jadi 'special appearance' dalam 'Gossip Girls'. Maklumlah tinggal pun jauh. Org cerita sudah sampai di hujung2, aku masih lagi terkial2 tidak tau tajuk apa. Boleh la tu, jgn langsung tidak tau apa2 sudah.


Keluarga aku mmg besar. Ini pun mgkin 30% dari yg sepatutnya. Yg semua sudah balik sebab ada haluan masing2. Tinggal la kami yg tiada haluan ni. Sebab tiada AJK maka gambar jadi mcm ni. Mo buat ala spontan la tu konon..


Sep 22, 2010

Cerita Hantu

Selain kuih dan agenda tandang bertandang di hari raya, rancangan tv pun tidak kurang hebatnya. Kalau dulu balik2 rancangan hiburan. Keluarlah semua jenis penyanyi dengan segala fesyen. Org kata kalau mati idea mo pakai fesyen apa raya thn depan, cuba cek balik rancangan hiburan dolu2. Wa cakap lu! Mantap gitu.

Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, nampaknya movie cerita hantu sudah mula ditayangkan semula. Dari tahun lepas, macam2 la cerita hantu yang keluar. Tapi kalau aku la, tengok cerita hantu ni tidak termasuk dalam agenda hari raya. Lebih kurang ja ceritanya.

Entah macamna, thn ni ada kelaianan sikit. Lebih banyak cerita hantu indonesia disiarkan. Walaupun di tgh malam. Akan tatap ku tunggu! Tapi org kata, kalau minat pun agak2 la sikit. Jadi aku tengok dulu intro cerita. Kalau best, mmg confirm aku duduk seat VIP. Kalau tidak, alamatnya 5 minit pertama tengok, 40 minit tido, lepas tu bangun lg 5 minit, lepas tu tido, lepas tu part wajib yg sudah semestinya aku bangun mestilah time dorg tayang barisan pelakon, direktor, stunt dan sebagainya. Itu pun sebab mo pindah lokasi masuk bilik.

Pertama sekali minta mahap la dgn peminat2 filem cerita hantu Malaysia. Aku bukan apa, kadang2 aku mmg bersemangat sangat sokong cerita2 Malaysia ni. Tapi aku rasa macam terlalu banyak seni daripada logik. Tidak payah jauh la, dari tajuk pun kita tau. Kalau cerita Malaysia, tajuk dia konon2 mo buat ala2 misteri la. Congkak, Jangan Tegur, Gong (ni yang aku teringat ja). Kalau aku bkn org Malaysia, sure aku ingat Congkak dan Gong ni cerita dokumentari. Jangan Tegur macam cerita lawak. Itu kalau tajuk cerita hantu Malaysia. Kalau tajuk cerita hantu Indonesia, baru baca tajuk suda rasa semacam. Sundal Bolong (walaupun aku tidak tau maksudnya apa), Beranak dalam kubur la, 40 hari selepas kebangkitan pocong la (cis! yg ini aku tidak sempat tengok). Tapi baca tajuk pun sudah ada rasa2 seram sejuk. Ini baru namanya cerita hantu.

Itu baru tajuk. Mari kita lihat dari aspek kepelbagaian. Kalau kita buat kajian wayang, jenis hantu Indonesia ni, boleh kira pakai sebelah tangan ja. Balik2 sundal bolong. Baru raya tahun ni aku perasan dorg pun ada pocong hehehe. Tapi begitu banyak hantu Malaysia, balik2 pontianak, pocong, toyol, hantu minyak. Kesian bah sikit sama hantu2 lain. Sudahlah tidak famous, dilupakan lagi tu. Balan2 ada, hantu galah ada, hantu jepun ada, pokoknya mmg banyak la. Cuba la buat tajuk lain. Kalau abis idea, cari saja di asrama. Banyak cerita2 hantu best di sana. Tidak payah nampak, baru cerita pun sudah takut. Bayangkan la kalau jadi movie. Bagi kelainan sikit, baru penonton pun nda boring. Ini balik2 pontianak, kasi paku satu kali suda jadi maya karin. Ish.. ish.. suda2 la tu. Kasi hantu lain lg dapat nama.

Kalau suda dapat tajuk kaw2 tu, buat la casting yg tip top. Ini harap perempuan cantik ja kena rasuk, harap perempuan cantik juga la yang mati, harap perempuan cantik juga la yg kena kejar. Kesian la siapa yg jadi cantik. Hantu zaman sekarang semua gatal2. Yang slim, putih gebu itu juga la diorg mo. Yg tagap bulat montok diorg tidak mo. Malas mo kejar kali. Easy target kunu.

Masalahnya kalau pilih pelakon lawa ni, banyak mo kena maintain, contoh la 5 org pelakon semua lawa. Mo kena ready bulu mata palsu ala kajol lagi 5 pasang, mo make up maybeline, baju ala2 artis (ada glitter tu kira bonus la) kasut tinggi 5 inci segala. Maka bermula lah episod "Beautiful in anyway and everywhere", termasuklah masa mo tidur, mo pegi tandas atau lepak2 d rumah seorg diri. Mengarut ja kalau pakai make up, sama bulu mata palsu ala kajol d rumah. Rambut pun rapi ja macam baru balik dari salon.

Kalau pilih pelakon yang rata2 mewakili setiap jenis penduduk d Malaysia kan bagus. Kalau 5 org, kasi la yg bulat sorg, yg kecik molek sorg, tinggi tp kurang manis sorg, yg hitam manis sorg, yg putih gebu sorg. Baru la banyak jalan cerita mo buat. Mo maintain pun tidak susah. Ini tidak, cerita hantu serupa cerita terkejut. Org teriak bukan sebab takut tp sebab tekejut. Simpati sikit la sikit sama jantung kita ni. Biarpun masih muda, penat bah juga. Siang malam kerja. Kasiannn...

Sep 20, 2010

Alahai Kelisa.. Alahai Saga

Biar aku rewind balik cerita ni bermula pada 4 Sep 2010 bersamaan dengan 25 ramadhan 1431 Hijrah. Aku dgn keluarga kecil aku sibuk mo balik kampung. Yg paling bersemangat, aku dgn Haikal. Anak dara aku tu, setakat bawa dia buang sampah di luar rumah pun sudah excited semacam. Kami mmg rancang bawa kereta, parking di Menumbok lepas tu naik speed boat sampai Labuan.

Disebabkan laki aku paling bersemangat mo pakai Saga, maka bermulalah episod Si Perantau dalam perjalanan mo balik kampung. Dengan berbekalkan koleksi lagu raya yang berkumandang di radio, tidak sampai 5 km perjalanan, akhirnya Saga mula terbatuk2 dan akhirnya pitam. Laki aku start balik Saga, dgn keadaan terbatuk2 akhirnya berjaya juga ianya bergerak sekurang2nya 3 km. Lepas tu terus koma. Tidak tau apa penyakit, mungkin juga merajuk sebab jarang2 digunakan.

Laki aku membuat keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah setelah Si Saga kami santaikan elok di kedai berhampiran. Sementara aku dgn 2 bodyguard aku, melepak2 menunggu laki aku sampai.. aku tau, aku tau, seharusnya suami isteri mesti bersusah payah bersama. Tapi dalam bulan puasa ni, agak2 la sikit. Tidak pasal2 nanti laki bini dgn anak2 sekali tersadai d tepi jalan.. pengsan!! Bagus lagi kalau org nampak, kalau org tidak nampak? Kering la kami..

Tunggu punya tunggu, akhirnya laki aku sampai juga dgn motor dia. Eh eh! naik motor?? Kenapa tidak bawa Kelisa?? Ahaaaa ni la cerita di sebaliknya. Sebab majlis berbuka bersama rakan2 lama berlangsung sehari sebelum tu, kami bersetuju untuk meninggalkan Kelisa di ofis laki aku. Lagipun kami memang bercadang mo pakai saga untuk pulang kampung. Pandai kan? kan? kan?

Naik motor berempat. Terbayang2 adegan bujang lapok naik basikal bertiga. Bayangkan la keadaan kami. Laki aku ja yg pakai helmet. The rest? Free head!! Hahaha.. laki kasi tinggal aku dgn bodyguard d rumah, sementara dia p ambil Kelisa di ofis. Selebihnya is history...

Sampai Labuan dgn hati yg gumbira. Except for hubby, risau betul dia dgn Si Saga. So, dia pun balik ke KK keesokkan hari. Lusa, dia sampai ke Labuan membawa berita duka. Waaaaaaaa!! Kelisa pula buat hal. Bapa aku pun suggest supaya Kelisa buat rawatan kampung (masuk workshop labuan). Kesian Kelisa. Kalau Saga merajuk sebab jarang digunakan. Si Kelisa tu terlebih stress sebab selalu digunakan. Ish ish.. Sapa la yg selalu guna tuh!! Tak sedar di untung betul!!

Kalau sudah target mo bawa Kelisa pegi Labuan terpaksa la pula beli tiket feri.. beli jam 7.00pm, 7 Sep 2010, sepatutnya kelisa dengan drivernya sampai dalam jam 9.00pm pada hari yang sama. Tapi sebab feri Labuan-Menumbuk ni pemalu, mo juga ditunda2 baru dia boleh jalan. Penyakit pemalu dia ni mmg selalu dtg. Tambah2 klu hari2 perayaan. Akhirnya Kelisa dan drivernya sampai pada jam 8.00 am keesokan hari. Ish ish menguji kesabaran betul la..

Oleh kerana Kelisa masih perlu berehat, terpaksalah aku pinjam kereta Kancil adik aku untuk sementara waktu, sampai la Kelisa aku balik dari cuti hari rayanya..

Sep 15, 2010

Beras Kuning Ditabur, Di Siram Si Air Mawar

Biasalah kalau hari raya ni, mesti banyak open house. Bila banyak open house, mesti banyak makan. Aku memang malas mo cerita isu berat badan yang meningkat berkali2 ganda sempena raya ni sebab aku confirm isu ni isu sensitif. Tapi tidak apa, nanti kita fikirkan sama2 bagaimana hendak menurunkan berat badan.

Raya tahun ni aku rasa, juadah open house ada sedikit perubahan. Suatu masa dulu, arwah nenek aku suka betul masak nasi minyak dengan rendang. Mmg favorite aku la time raya. Lepas tu org suka buat nasi himpit dengan kuah kacang, sayur lodeh. Tapi tahun ni kebanyakan rumah yg aku pegi mesti ada soto. Hehehe sekurang2 menu tu mmg susah mo dapat d KK. Tambah lagi la soto Labuan. Mmg puas hati la.

Adakah aku lari lg dari topik?? Oh tidak!! Sekali lagi minta mahap la yer. Insiden ni baru saja berlaku malam semalam open house di rumah makcik aku sendiri. Anak teruna aku seperti biasa, sibuk cari nasi untuk juadah open house dia. Kalau tiada nasi, keluar la adegan "ala kasim" dia. Alaa yg macam dalam Ibu Mertuaku. Terguling2, terlompat2, maka aku pun kaut la nasi minyak dalam pinggan. Boleh lagi dia minta supaya nasi tu diletak dalam mangkuk. Haishh!!! Menguji kesabaran betul la anak aku sorg ni. Kalau sudah masuk angin kus kus dia, malas betul la aku mo melayan. aku ambil mangkuk, simpan nasi minyak, bagi dia. Lepas tu aku angkat makanan aku, sekali dengan pinggan kosong yg sudah berpakai. Dijadikan cerita, kira tangan aku penuh la.

Entah macamna dtg la adik aku bgtau anak aku menabur beras kuning depan pintu rumah makcik aku. Sekali aku keluar, ish ish.. bertaburan nasi kuning dia. Kesian ada, geram pun ada. Maklumlah time2 org open house time tu juga la nasi dia jatuh. Depan pintu pulak tu. Alaaa Haikal!! Terpaksalah aku lari ke dapur cari penyapu, sekali keluar, sepupu aku sudah bersihkan nasi yg bertabur. Memang bagus betul la tindakan refleks sepupu aku ni. Thanks Upi!!!

Disebabkan geram, mulut Mama Si Haikal macam bunga api.. pot pet pot pet. Tapi sebab kesian, tangan Mama Si Haikal ambil lagi nasi kuning, kali ni biar aku bawa sendiri agar banana doesn't fruit two times.

Sep 11, 2010

Duit Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

Aku ni biasalah, kalau dalam blog ni ada saja isu2 berbangkit. Tapi itu pendapat aku saja la. So, kepada individu atau kugiran yang terasa hati, minta maaf la sangat2.

Tahun ni niat raya aku, mo beraya puas2. Terutama sekali ke rumah saudara mara dan kawan. Tahun2 lalu, rasanya aku terlalu sangat duduk rumah. Jd tahun ni kita ubah strategi sikit. Strategi yang adik aku paling tidak suka sebab :

if (aku beraya = 1) then
Adik aku duduk rumah layan tetamu.

Hehehe.. Tapi sebab aku tidak sampai hati, aku mo buat rombongan beraya Cek Kiah. Ramai2 beraya, sapa malas beraya boleh duduk rumah layan tamu.

Seperti biasa, nampaknya aku tersasar lagi dari topik utama berita. Oleh itu, seperti biasa back to the main topic.

Kali ni aku mo cerita pasal Haikal dengan duit raya. Seperti biasa, time2 raya ni budak2 selalunya dapat duit raya yang dilipat kemas dalam satu sampul yang umumnya berwarna hijau, kuning atau coklat. Jarang sekali kita lihat duit raya dalam sampul merah sebab kita tahu natijahnya, budak2 akan konfius diorg raya cina atau raya melayu.

Seperti tahun2 lepas bila anak2 aku dapat duit raya, aku terus minta dan simpan. Tau saja lah budak2, kalau diorg yang simpan, duit raya boleh jadi chipsmore. Kejap ada, kejap lagi hilang. Bila tanya mana letak, diorg pun tidak ingat.

Lagi satu anak aku ni, memang dilatih secukupnya untuk tidak membuka sampul duit raya. Khususnya depan tuan rumah. Memandang anak teruna aku mo masuk 6 thn tahun ni, aku ingat dia expert la bab2 duit raya ni. Entah macam mana, meragam pula Si Haikal bila kena bagi duit raya.

"Tidak payah lah.. haikal tidak mau.. simpan sajalah.." kebanyakan semua rumah kami pegi pun dia akan cakap mcm tu. Kira segan juga la. Sepatutnya, ambil saja la. Cakap terima kasih ka, lepas tu baru suruh mama dia simpan.

Bila mentua aku kasi duit raya tanpa sampul, Haikal dengan penuh bersemangat cakap "Mama! Mama! Haikal dapat duit. Atuk kasi. Nanti Haikal mo beli mainan." Eh eh budak ni. Dia tidak tau ka dalam sampul duit raya tu ada apa? Aku pun kasi la satu duit sampul duit raya dari kami laki bini. Suruh dia buka, berkeras dia tidak mau kononnya dia tidak mo tengok. Paksa punya paksa, last2 dia cakap "Mama! Mama! 2 sudah Haikal dapat duit raya!"

Ya Rabbi anak aku ni. Hari raya pertama saja, dia sudah dapat dalam 7 sampul raya, dia cuma dapat 2 duit raya? Ish ish.. tidak cukup silibus nampaknya kursus aku ni..

Menjelang Hari Raya

Seminggu sebelum raya, aku suda balik kampungku yang berhalaman. Yang paling suka, anak2. Maklumlah, kalau di rumah sendiri paling2 pun main di dalam rumah, sampai kampung, seluas2 mata memandang ko mo berlari nak. Lari lah.. bah start suda menipu, kalau anak aku lari seluas2 mata memandang, ada juga la yang tidak tau jalan pulang. Tidak pasal2 merayau la si mama mencari anak yang hilang.

Sepatutnya entry kali ni aku post sebelum raya. Tetapi seperti biasa, mana la ada org yg tidak sibuk menjelang raya. Kalau tidak sibuk tu maksudnya ada 2 ja, satu kurang upaya, satu lagi PEMALAS!! Jadi aku post ja la hari ni, kira asi la tu.

Aku ada bagitau dalam entry sebelum ni aku ada pasang matlamat mo buat 5 jenis kuih. Dijadikan cerita yang jadi 3 saja. Wakakaka.. boleh la tu. Ada peningkatan. Disebabkan rasa bersalah aku sebab tidak mencapai objektif, maka aku pun buat 2 biji kek untuk mentua aku. Kira 5 juga la tu. Tema aku untuk kek mentua ialah kek belang. Satu kek belang ala2 pelangi, aku pun tidak pasti la nama saintifiknya. Jadi aku pakai nama yang aku suka2 taruh. Satu lagi kek marble, aku rasalah sebab mama aku balik2 cakap itu bukan kek marble, kunun itu kek harimau belang. Hantam saja lah. Rupanya sama juga ada belang2 bezanya kali ni coklat dengan kuning ja.

Itu bab kek, mari kita beralih topik ke bab baju raya. Baju raya tahun ni lebih sikit baju raya budak2. Si Mama tahun ni langsung tidak beli kain untuk raya. Tapi baju raya ada 8 pasang. So, dari mana datangnya 8 pasang ini kalau tidak ada kain? Hehehe itu lah murah rezeki namanya. Kebanyakan baju sebab mama aku yg bagi kain. Alhamdullilah. Sepasang lagi adik aku bagi sebab dia tidak muat. Syukur!!! Laki aku, happy dengan pakai baju raya tahun lepas. Jimat sikit tahun ni.

Tapi............ walaupun dikurniakan saguhati hari raya RM500, nampaknya Si Kelisa aku tu pun tidak sabar2 mo beraya. Meragam pula di saat akhir. Si Saga pun apa kurangnya, mo minta puji pula time2 dapat saguhati. Aduiyai!!!

Aug 30, 2010

The Expandables


Asalnya, aku agak ragu2 sikit tengok movie ni. Tapi sebab filem ni membariskan segala jenis pelakon genre action, maka aku pun tengok sajalah.

Awal2 movie lagi aku sudah agak, mesti movie ni macam typical action movie yang lain. Biasalah kalau suda banyak star ni, gaya movie pun macam boleh cam. Di awal scene, aku boleh lihat beberapa tebusan yang suda bersedia untuk disembelih (pelik sebab setiap sorg penjahat ada machine gun, tapi masih mo guna parang) sebab kononnya amerika lambat2 mo bayar diorg punya ransom. Sambil penjahat2 sibuk memberikan ucapan sepatah dua kata, datanglah sekumpulan wira entah dari mana, alih2 semua penjahat sudah dikepung.

Barisan pelakon dia mmg grand gila. Team ni kononnya mengambil upah menjalankan misi2 tertentu, terdiri daripada 6 org bekas askar (aku rasa la. diketuai oleh Mr. Rambo, diikuti Mr. Transporter, Mr. Universal Soldier, Mr. White Chicks, Mr. Wong Fei Hong and last but not least Mr. Gusti (aku tidak pasti kalau dia pernah jadi lead actor sebelum ni). Special appearance ala2 hindustan pun tidak dilupakan, sebab Mr. Terminator dan Mr. Die Hard pun ada. Walaupun tidak sampai 5 minit. At least cukup pakej la.. nasib saja Mr. James Bond tiada.

Kalau mo tau jalan cerita, bagus kamu tengok sendiri la. Bagi aku simple ja jalan cerita dia. Aku hari ni setakat mo jadi pengkritik filem tanpa gaji saja. Walaupun pelakonnya semua all-stars, tapi aku masih rasa cerita ni kurang logik. Sedang2 gawat peluru berterbangan sana sini, Mr. Transporter kita sibuk pula mo bunuh ala2 ninja style. Aku tau la dia pakar baling2 pisau, tapi takkan tu saja dia pandai. Kalau aku la jadi pakar baling pisau, kalau suda machine gun merata2 atas tanah bagus aku pakai ja. Buang tenaga aku ja pakai pisau segala. Sama juga la dgn Mr. Wong Fei Hong, org pakai bom segala, masi lagi dia guna cara ortodoks ala2 tai chi mo lawan penjahat. Kunun pakar martial arts, tapi kalau lawan dalam kumpulan sendiri kalah saja. nda la aku paham.

Apa pun, ada satu part yang aku rasa sgt2 logik sekali. Scene di mana Mr. Wong Fei Hong minta bayaran lebih sebab kononnya dia berusaha lebih dari yang lain.

"Kalau aku luka, luka aku la yang paling besar dari yang lain sebab aku yang paling kecil"

Hahaha memang betul. Kalau pun saiz luka dia sama, tapi sebab dia kecil luka tu nampak lagi besar. Apapun no point juga dia cakap, sebab sepanjang adegan letupan 30 40 kaki, dia sikit pun tidak luka.

Sekurang2nya, peranan Mr. Wong Fei Hong paling logik dalam cerita ni. Walaupun dia kalah dalam martial arts, at least ia logik sikit memandangkan lawan dia punya saiz 6 kaki 5 inci. Yang peliknya, zaman banyak pistol dan machine gun ni, masih lagi dia prefer martial arts berbanding senjata api. Kasi pakai baju gaun, letak rambut tocang panjang di kepala, kasi pakai kasut ala2 ballet, sah!! Macam Fei Hong sesat lokasi penggambaran saja.

Lawak2 dalam movie ni agak refreshing sikit. Bab yang lain masih di tahap lama. Bom meletup sana sini, penjahat semua berterbangan, tapi yang namanya hero masih mampu berjalan ala2 catwalk buat grand entrance. Peluru bertempiaran sana sini, penjahat baru sekali 2 tembak sudah mampus, tapi yang namanya hero masih lagi hidup tanpa sebarang kecederaan. Kalau penjahat kena tembak di tangan atau kaki suda nyawa2 ikan, tapi kalau jadi hero, pandai hilang pula luka tembakan tu di hujung2 cerita.

Paling best, cerita2 macam ni hero selalu sehelai sepinggang bawa machine gun satu, peluru boleh lilit bahu 2 round, bom paling minimum 3 biji, pisau optional. Hasilnya? satu markas tentera hilang.. jangankan org, bangunan pun lesap.. ish ish.. ini baru la..